BAB 6

Romance Series 7484

Dia melambai ke arah seorang gadis yang berada di seberang jalan. Dia melihat lampu isyarat pejalan kaki yang masih merah. Hari ini adalah hari lahir gadis itu dan dia telah membeli sesuatu untuk gadis itu. Mereka telah berjanji untuk menyambut hari lahir bersama-sama. Sambil menunggu lampu isyarat, mereka saling membalas lambaian.
Pada ketika itu Khairy berusia 18 tahun dan gadis itu 15 tahun. Mereka belajar di sekolah menengah yang sama dan saling mengenali hampir dua tahun. Dalam usia yang masih muda mereka telah menyimpan perasaan antara satu sama lain dan berjanji untuk menempuh kejayaan bersama-sama.
Lampu isyarat sudah hampir bertukar hijau, wajah Khairy sudah kelihatan tidak sabar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan dia melihat nama mamanya terpacul di skrin telefon. Khairy pantas menjawab dan matanya memandang ke arah lain sehinggalah dia terdengar bunyi tayar berdecet dan juga rempuhan kecil yang berlaku di hadapan matanya.
Dia terdengar suara orang awam riuh-rendah di situ. Dia memanjangkan lehernya mencari wajah gadis kesayangannya sehinggalah dia melihat sesuatu. Beg hadiah di tangan kanannya terlucut jatuh tanpa disedarinya dan dia melihat gadis kesayangannya terbaring di atas jalan raya sambil memandang ke arahnya dengan lumuran darah pada wajahnya.
“JELITAAA!!!”
Khairy tersentak bangun dari tidurnya. Dia menolak dirinya bangun dan duduk dalam 90 darjah. Dia mengusap wajahnya sehingga kulitnya yang cerah menjadi kemerahan. Dia beristigqfar di dalam hatinya beberapa kali.
Jelita? Mereka mempunyai nama yang sama dan wajah yang sama, tetapi kenapa gadis itu seperti tidak mengenalinya. Apa yang telah berlaku kepada gadis itu setelah kejadian kemalangan itu. Khairy berasa sangat cemas dan dia telah melarikan diri dari situ. Dia menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku. Jika dia tidak memanggil Jelita untuk datang berjumpa dengannya mungkin Jelita tidak akan terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia tidak akan dilanggar oleh sebuah kereta.
Tak mungkin Jelita masih lagi hidup. Dia sendiri yang melihat keadaan Jelita. Banyak darah yang keluar dari anggota tubuh Jelita. Tetapi siapa gadis yang bekerja di Deflova Cafenya sekarang. Jika itu Jelita sudah semesti gadis itu akan mengecam wajahnya.
Khairy menghempas tubuhnya jatuh ke atas tilam kembali dan perlahan-lahan air matanya bertakung di kelopak matanya. Fikirannya menjadi tidak senang dan membuatkan dia hampir-hampir mahu gila memikir akannya.
Kemudiannya dia memejamkan matanya semula tidak mahu memikirkan apa-apa lagi.

****

“HAI GOOD MORNING!” suara ceria milik seorang gadis menegur Nubhan dari tepi.
Pada ketika itu, Nubhan sedang memilih buah-buahan segar di pasar pagi, Shah Alam dan kemudian dia tidak menjangka seseorang yang mengenalinya akan menegurnya di situ.
“Jelita? Hey, awak beli barang juga ke?”
“Aha, beli barang sikit. Beli buah?”
Nubhan mengangguk. Kelihatan wajahnya gembira dapat menemui Jelita di situ.
Dilihat Jelita turut sama melihat buah-buahan yang tersusun rapi di situ, diambil dan kemudian diletak semula.
“Awak beli untuk barangan cafe ke?”
Jelita melihat ke dalam troli Nubhan yang penuh dengan barang-barang memasak.
“Ya,”
“Urm, banyak barang yang awak kena beli ni. Pekerja lain tak datang bantu ke? Kasihan awak kena jadi kuli pula” rungut Jelita.
Nubhan tersenyum sambil mengelengkan kepalanya. Jelita masih tidak mengetahui akan perkara yang sebenar. Tetapi gelengannya tidak dilihat oleh Jelita kerana pada ketika itu Jelita tertarik melihat buah-buahan segar yang berada di situ.
“Hari ni awak tak bekerja ke?” tanya Nubhan.
“Ouh, hari ni saya off day..” Jelita tersengih.
“Tapi kalau boleh saya nak bekerja je, tapi boss baru ni tak bagi buat overtime, takut tak mampu nak bagi gaji pekerja kut...” sempat lagi dia mengutuk Khairy.
Nubhan ketawa kecil.
“Kalau macam tu awak nak ikut saya ke cafe, boleh temankan saya. Sambil-sambil tu mungkin awak boleh belajar untuk buat drip coffee latte. Ikut kegegemaran awak”
“Tak apa ke?” Jelita nampak teruja kelihatannya.
“Nanti boss awak marah pula kalau bawa orang lain masuk dapur”
“Tak adalah, saya rasa dia tak ada masalah mengenai hal itu. Lagipun awakkan pelanggan tetap kami”
“Urm, baiklah. Saya nak ikut awak dan saya akan tolong awak bawa barang-barang nanti. Macam banyak nak kena bawa ni...”
“Okay...”
Selepas membeli barang, mereka pulang ke Santai Cafe dengan menaiki kenderaan Nubhan. Cafe baru sahaja dibuka pada jam sembilan pagi itu.
“Awak kerja shift pagi pula ke?”
“Urm, hari ni saja buat kerja lebih, macam awak cakap overtime..” Nubhan tersenyum lalu mengambil dua bungkusan plastik Tesco dari tangan Jelita, setelah dia melihat Jelita bersusah-payah membawa barang-barang makanan ke dalam cafe.
Jelita membuntuti belakang.
“Awak tunggu kat dalam kaunter dulu, saya simpan barang-barang ni kat dapur belakang kejap..”
“Ouh okay!”
Jelita bersendirian di bahagian kaunter bar panjang dan dia melihat keseluruhan cafe dari dalam kaunter bar. Ciri-ciri yang terdapat pada Santai Cafe adalah ciri-ciri Cafe Hipster yang menjadi trend pada zaman moden sekarang. kebanyakkan anak muda suka datang melepak, makan dan minum di Santai Cafe. Mereka boleh membuat parti kecil, ruang khas untuk orang solo, dan juga bekeluarga. Selain itu akan dihalusi dengan rentak lagu jazz.
Cafenya dua tingkat sama seperti Deflova Cafe. Deflova Cafe bertemakan sentuhan Inggeris yang menyediakan makanan barat yang halal. Bentuk fizikal dan ubahasuaiannya yang juga berbeza, dan paling utama sekali mereka menghidangkan kek jenama sendiri dan sangat laris dijual berbanding makanan yang lain.
Nubhan kembali ke dalam kaunter dan memberi apron kepada Jelita.
“Pakailah, nanti baju awak kotor” kata Nubhan seraya tersenyum kecil.
Jelita mengambil dan memakai pada tubuhnya setelah itu dia memusingkan badannya dan melihat tubuh tinggi lampai itu turut memakai apron yang sama.
“Wah, saya rasa macam saya bekerja kat sini pula...” kata Jelita dengan nada ceria.
Nubhan ketawa kecil. Dia sedang menyediakan peralatan untuk membancuh coffee.
“So, awak nak belajar buat air apa?”
“Saya suka dengan capuccino”
“Okay, saya ajarkan awak, tapi kita guna mesin ya, lebih mudah”
Jelita mengangguk laju.
Nubhan mengeluarkan biji espresso yang berada di dalam guni kecil dan diletakkan di dalam mangkuk berkaca sebanyak mana yang diperlukan untuk membuat dua cawan capuccino. Kemudian dia juga mengeluarkan susu rendah lemak 120ml dari dalam peti rendah.
Nubhan meminta Jelita untuk mengiling biji espresso selepas itu. Agak kekok pada mulanya kerana ini adalah kali pertama dia membuat minuman barat tersebut tetapi dalam masa yang sama dia berasa teruja untuk melakukannya dan tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan sebenar capuccino yang akan dibuatnya nanti.
Pada ketika dia mengiling biji espresso, Nubhan berdiri dengan sebelah tangan menongkat tubuhnya di atas meja bersebelahan dengannya sambil mengajar dia untuk mengiling dengan baik.
“Giling sampai betul-betul halus...”
“Okay”
Setelah proses mengiling, yang mengambil masa tujuh minit, untuk pertama kali buat Jelita, biji espresso yang sudah halus di masukkan ke dalam penapis saringan di dalam mesin espresso.
“Kita suaikan suhunya dahulu, awak tekan butang steam, okay lepaskan wap tongkat untuk buang sisa wap, perlahan-lahan...kenapa tangan awak mengigil ni. Relax...” Nubhan faham Jelita sudah semestinya agak gementar menggunakan mesin buat pertama kalinya. Risau jika dia tersalah tekan butang.
“Masukkan susu ke dalam wadah logam, kat tepi tu...ya...good...” Nubhan mengajar Jelita satu persatu.
“Okay kita start steam susu...”
Ketika mesin espresso dinyalakan, kedengaran bunyi berdenyit yang sangat keras dan membuatkan wajah Jelita berubah jika dia telah melakukan kesilapan pada mesin. Melihat Jelita sedikit cemas, Nubhan ketawa bersahaja.
“Jangan risau, memang macam tu bunyinya..betullah tu apa yang awak buat...”
“Ouh...” Jelita tersenyum bodoh.
“Permukaan susu dah naik tu, turunkan sedikit picther supaya hujung pipa steam dalam 1 cm dari permukaan susu”
“Macam mana ni, saya tak faham...” Jelita kembali gelisah semula.
Nubhan berdiri di belakang Jelita dan tiba-tiba tangan Nubhan menyentuh tangan kanan Jelita dan membawa tangan Jelita memegang pitcher dan membuat proses menurunkan hujung pipa steam sehingga susu mengembang hampir tiga perempat dari jumlah susu awal dan kemudian berhenti supaya dapat menghasilkan buih yang baik.
Pada ketika itu, wajah Jelita sudah kemerahan apabila tangan kanannya tiba-tiba sahaja dipegang oleh Nubhan dari arah belakang. Belakang bahunya juga sedikit bersentuh dengan dada lelaki itu. Nubhan masih belum menyedari akan keterlanjurannya itu, dan ketika Jelita cuba mencari ruang untuknya, barulah Nubhan melepaskan tangan Jelita.
“Sorry...” kata Nubhan “awak tak selesa ke?”
Jelita tersenyum gugup.
Nubhan memberi ruang kepada Jelita dan dia ke tepi berbanding duduk di belakang Jelita seperti tadi.
Dada Jelita macam nak pecah sahaja apabila Nubhan seperti tadi, tiba-tiba memegang tangannya untuk mengajar Jelita menurunkan pitcher.
Setelah suhu susu sekitar 60 darjah celcius, mesin dimatikan dan susu perlu dibiarkan tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin, kerana jika terlalu panas rasa manis asli susu akan hilang.
Jelita melihat sendiri, Nubhan mengoyang-goyangkan wadah logam secara perlahan untuk mendapatkan busa susu lebih padat.
“Okay steaming susu dan selesai, sekarang kita beralih kepada yang utama pula, tuangkan air ke dalam penapis saringan espresso tadi kemudian hidupkan mesin espresso semula sampailah mesin espresso mengeluarkan essperesso”
Jelita melakukan seperti yang diarah oleh Nubhan. Setelah segala-galanya selesai, kini tinggal untuk menuangkan susu perlahan-lahan ke dalam mug espresso dengan posisi yang tepat.
Rupanya tidaklah berapa cantik seperti hiasan-hiasan profesional tetapi aroma capuccino itu sudah dapat dihidu oleh Jelita dan membuatkan dia sudah tidak sabar untuk merasai air tangannya sendiri.
“Wah! Dah siap pun...” kata Jelita berpura-pura mengesat peluh di dahinya.
Nubhan berdiri di sebelahnya dan mereka berdua sudah terhidang dengan capucinno yang dibuat oleh Jelita sendiri.
“Selamat minum...” kata Jelita dan tangannya sudah pun memegang mug capucinno.
Satu sisipan demi sisipan melalui mulutnya.
“Wah...” Jelita berasa bangga kerana dia berpeluang untuk membuat minuman kesukaannya sendiri.
“Macam mana? Mudahkan?”
Jelita terdiam memikirkannya dengan senyuman.
“Susah sikit waktu nak buat buih tu..sebab macam leceh pula...”
Nubhan ketawa dan dia memuji capucinno Jelita.
“Tak apa, pratice makes perfect, selalu awak buat lama-lama pandailah..”
“Tapi saya tak berpeluang nak buat sebab saya tak ada mesin espresso ni, lagipun kat Deflova Cafe pun bukan mengutamakan minuman macam ni, semuanya jenis berjus-jus. Lagi satu, saya bukan bekerja di bahagian dapur pun...”
“Kalau macam tu, apakata kalau setiap off day awak ke sini dan kita buat minuman berbeza, saya akan ajarkan awak...”
“Serius? Wah, awak ni mesti pekerja kesayangan boss awakkan. Kalau awak berhenti kerja, mesti dia lagi susah nak cari pekerja yang berbakat macam awak..awak memang pandai bahagian-bahagian ni ke?”
“Urm, waktu study dulu, saya bekerja dengan pak cik saya. Pak cik saya profesional dalam membuat minuman-minuman macam nilah. Dari situ saya belajar dan lama-lama saya jadi berminat nak pergi dengan jauh. Lari dengan kursus yang saya ambil waktu dekat universiti dulu”
“Ouh, kadang-kadang tak semestinya apa yang kita belajar dulu kat universiti adalah gambaran kerjaya kita pada hari ini. Tapi awak ambil kursus apa dulu”
“Saya pelajar arkitek”
“Serius?! Wah! Urm, kalau awak belajar arkitek, bukan ke kerjaya tu lebih luas. Maksud saya, saya bukan nak cakap pekerjaan awak sekarang ni tak berapa bagus tapi macam sayanglah. Urm, diploma ke degree?”
“Degree”
“Ouh...” Jelita agak terkejut mendengarnya.
“Tapi sebenarnya saya sendiri yang memilih kerjaya ni, dan Santai Cafe ni saya yang deko”
“Ha? Maksud awak?”
“GOOD MORNING SIR?” kemudian terdengar suara tiga orang pekerja lelaki menegur Nubhan sebaik sahaja mereka masuk melalui pintu utama. Ketiga-tiga mereka memandang ke arah Jelita yang berada di dalam kaunter bersama-sama boss mereka.
Nubhan mengangguk dan menghadiahkan senyuman kepada pekerjanya.
Jelita memandang Nubhan dengan penuh tanda tanya. Keliru seketika kenapa pekerja di situ memanggil Nubhan dengan panggilan hormat. Setelah ketiga-tiganya ke belakang untuk punch card, Jelita terdiam seribu bahasa.
“Jelita, sorry kalau saya tak beritahu awak tentang diri saya yang sebenar, sebenarnya Santai Cafe ni saya yang punya, dan saya adalah boss tempat ini”
“Ha?!” Jelita menjadi bingung untuk seketika. Adakah selama ini dia terlalu bodoh untuk tidak memikirkannya dan terus menganggap Nubhan hanya sekadar pekerja biasa sahaja.
“Betul ke ni?”
Nubhan mengangguk. Risau apabila dia melihat wajah Jelita yang sedikit terkejut mendengarnya. Sudah pasti Jelita akan berasa janggal untuk berbual-bual dengannya selepas ini setelah mengetahui akan hal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience