Bab 5

Romance Series 7360

“Boss baru kita tu, memang tak suka senyum ke? Aku senyum dekat dia, dia buat dont know je..” kata Mail separuh berbisik di telinga Jelita pada ketika mereka sedang mengelap dinding jernih bersama-sama semasa opening cafe.
“Dia nampak ke kau senyum?” balas Jelita sambil memandang ke belakang, risau kalau boss baru mereka berada berhampiran mereka.
“Dia masuk tadi, aku cuba tegur dia cakap ‘selamat pagi boss’ tapi dia tak pandang aku, takkanlah dia tak dengar suara aku kut...”
“Lain kali kau cakaplah kuat sikit, mana nak tahu dia ada masalah pendengaran”
Kedua-keduanya ketawa mengekek.
“NUR JELITA!”
Glurp! Mata Jelita terbuntang memandang wajah Mail. Kedua-duanya terus berhenti ketawa apabila nama Jelita dipanggil oleh boss baru mereka.
“YA!” balas Jelita dan setelah itu dia menghulur kain pengelap kepada Mail dan segera mendapatkan boss mereka yang berada di dalam biliknya.
“Ada apa boss?” tanya Jelita dengan rasa rendah dirinya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik lelaki itu.
Dilihat boss mereka sedang berdiri separuh menyandar di meja kerjanya sambil memeriksa fail biru di tangannya. Lelaki itu tidak menjawab pertanyaan Jelita dan dia kelihatan sangat fokus melihat fail biru tersebut.
“Boss?” Jelita cuba memanggil tetapi dia melihat boss mereka mengangkat tangan meminta Jelita diam pula.
La tadi dia panggil aku, tiba-tiba suruh aku diam pula. Bisik Jelita dengan rasa sedikit kecewa.
Tidak lama kemudian, tanpa memandang wajah Jelita dia menyoal sesuatu.
“Apa tugas awak dekat sini?”
“Tu...tugas? Tugas saya? Macam biasalah boss, tugas saya sebagai waitress kat sini dan kerja-kerja sampingan lain, buat opening setiap pagi mengikut shift kemudian, tolong kat dapur sesekali, kemudian mengemop lantai, lap tingkap, sudu, cawan dan mangkuk dan memberi service terbaik kepada pelanggan”
“Kenapa tadi saya macam terdengar awak cakap benda yang tak elok pasal saya”
Jelita membesarkan matanya seperti dia sangat terkejut dengan perkara itu.
“Ap..apa maksud boss? Mana ada saya mengumpat pasal boss”
“Saya boleh baca air muka awak kalau awak berbohong dengan saya Jelita”
“Boss salah faham ni. Saya...”
“Sudah! Saya nak awak sambung kerja dan sila kurangkan bercakap”
“Habis tu kalau saya nak bercakap mengenai kerja?”
“Bercakap bila perlu”
Jelita terdiam dan dalam hatinya macam-macam yang ingin diluahkan kepada boss baru mereka itu. Panggil dia hanya kerana itu, membuatkan Jelita sempat membentak kecil ketika boss mereka tidak memandang ke arahnya.
“Ada apa-apa lagi tak boss?”
“Keluar, pergi sambung kerja” dan kemudian boss mereka menuju ke rak fail-fail stok makanan yang berada di dalam almari besi. Masih tidak memandang ke arah Jelita walau sedikit pun.
Jelita teringat akan sesuatu ketika dia melihat jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan pukul 9 pagi.
“Boss, saya nak minta keluar kejap boleh tak? Nak pergi beli breakfast”
“Dah tahu nak masuk kerjakan kenapa tak breakfast awal-awal lagi”
“Biasanya waktu-waktu macam ni Cik Sakinah benarkan kami pergi breakfast kejap, ala boss tak lama pun kami pergi makan kat arked depan ni je boss”
Lelaki itu tidak memberi respon yang baik. Dia seperti tidak membenarkan Jelita untuk pergi bersarapan pagi.
“Boss bolehlah. Nanti saya tak ada tenaga, siapa yang nak gantikan tempat saya layan pelanggan?”
“Tak apa, saya boleh cari pekerja baru” balas lelaki itu dengan suara dingin.
Jelita mengangkat tangan mengisyarat ingin menumbuk lelaki itu pada ketika lelaki itu berdiri membelakanginya.
“Terpulang pada awak, selangkah awak keluar dari Deflova Cafe, saya akan bagi notis pecat untuk awak...”
“Yalah, saya tak keluar. Saya akan sambung kerja. Keluar dulu...” kata Jelita dengan suara seakan-akan merajuk.
Kenapalah boss mereka ni tak ada hati dan perasaan. Dia tak tahu ke sarapan pagi itu sangat penting untuk memulakan aktiviti harian. Berkira betul!
Jelita menampak ke dinding jernih semula dan Mail masih berada di situ.
“Weh, kenapa muka kau macam tu? Boss cakap apa?”
Jelita memasamkan mukanya dan matanya memandang pintu bilik boss mereka.
“Aku minta nak keluar breakfast, dia tak bagi. Dia cakap kalau aku keluar selangkah dari sini, dia akan bagi notis pecat kat aku...” kata Jelita berbisik tetapi dengan nada geram.
Mail termengkelan dan dia memegang bahu Jelita sedikit.
“Kau sabar eh! Aku faham perasaan kau. Tak apa, aku ada bawa bekal lebih. Nanti kita makan sama-sama”
Pujuk Mail yang memahami. Wajah Jelita kembali ceria semula tetapi tatkala dia teringatkan boss mereka, wajahnya berubah marah semula.
Tak apa Jelita, hari ini hari dia, tunggu sajalah esok lusa hari dia pula...bisik Jelita menyedapkan hati sendiri.

****

TEPAT JAM 12 tengah hari, tiba waktu rehat. Cafe ditutup setengah jam untuk memberi rehat kepada setiap pekerja. Seperti biasa, dengan berbekalkan roti sandwich yang dibeli di kedai serbaneka dan juga secawan mug coffee biasa menjadi peneman Jelita. Dia berada di tingkat atas, mengadap dinding jernih, melihat bangunan-bangunan kedai di hadapan cafe mereka.
Dia lebih suka menikmati makanan-makanan yang berasaskan roti daripada memakan nasi. Itu lebih memudahkan dirinya untuk menikmati rehatnya sambil mencari idea lalu idea itu dicoretkan ke dalam buku notanya.
Tangan kirinya memegang roti sandwich dan tangan kanannya memegang pen.
Sedang dia bersendirian tanpa diganggu oleh sesiapa, seseorang sedang memerhati ke arahnya. Mata itu memandang lama ke arah Jelita. Hairan, pagi tadi beria-ia ingin keluar untuk bersarapan pagi, bila tiba waktu makan tengah hari tidak pula dia mahu mengambil staff meal yang disediakan oleh Deflova Cafe.
Lelaki itu berjalan ke arah Jelita dan cuba mengintai melihat apa yang sedang Jelita lakukan bersendirian.
Jelita tidak menyedari seseorang sedang curi-curi melihat isi yang ditulis di dalam notanya sehinggalah dia terbau perfume milik seseorang yang menyengat hidungnya. Jelita menoleh ke tepi dan tersentak melihat boss mereka berdiri berhampiran dengannya. Jelita pantas menutup buku notanya dan dia terbangun terus dari tempat duduknya.
Khairy melihat roti yang separuh digigit oleh Jelita dan melihat Jelita selepas itu.
“Kenapa tak ambil staff meal?”
“Saya akan ambil selepas habis waktu bekerja” beritahunya.
Khairy memandang lama ke arah Jelita dan matanya tertacap pada mulut Jelita. Menyedari akan hal itu, Jelita berasa tidak selesa dan dia mulai berfikiran yang bukan-bukan.
Kenapa boss tengok bibir aku? Menarik ke pada dia, ke pekat sangat lip gloss aku ni? bisik Jelita. Kemudiannya perlahan-lahan dia menelan air liur.
“Ke..kenapa boss tengok saya macam tu?” tanya Jelita sedikit gugup.
“Memang perempuan sengaja meninggalkan sisa makanan pada mulut mereka ya kalau ada lelaki yang sedang memberi perhatian kepada mereka”
“Ha?” Jelita terfikir kata-kata Khairy.
“Ni” jari telunjuk lelaki itu menunjuk di bibir bawahnya.
Jelita menyapu bibirnya dan wajahnya kemerahan setelah ada sisa mayonis yang menempek di bibirnya. Malunya tidak kira setelah ditegur oleh boss mereka.
“Tolong behave”
Khairy beredar selepas itu.
Perasaan Jelita tiba-tiba sahaja menjadi suram. Setiap kali lelaki itu bercakap dengannya atau menegurnya sesuatu, akan timbul perasaan aneh di dalam hatinya. Perasaannya yang membuatkan dia menjadi sedih secara tiba-tiba. Tetapi, betul ke dengan apa yang dia rasakan pada ketika itu. Hal itu dirasainya sejak dari malam mereka bertemu di Santai Cafe, dan pada mulanya dia tidak mahu mengendahkannya tetapi selepas kejadian tadi, hatinya berubah kecewa dan sedih.
“Ke sebab dia tak suka senyum, sebab tu aku rasa macam tak seronok, hermm..mungkin” kata Jelita dan setelah itu kembali duduk di tempatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience