Bab 28

Romance Series 7360

Jelita mengeluh perlahan sebaik sahaja melihat skrin telefonnya yang tidak berbalas pesanan mesej dan juga panggilan telefonnya tidak diterima. Sesuatu telah berlaku kepada Nubhankah? Kenapa dia seperti ingin menjauhkan diri daripada Jelita? Dia telah melakukan kesilapankah?
Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya, membuatkan wajahnya kemurungan.
Dia melihat ada seorang pelanggan lelaki berkemeja dan bersinsing lengan, masuk ke Deflova Cafe. Dia mengambil menu dan terus mendapatkan pelanggan itu. Sepertinya wajah itu sangat familiar pada pandangannya. Dia mendekati meja A-13 dan dia menghulur menu kepada pelanggan lelaki itu dengan senyuman ringan, dan selepas itu segera mengeluarkan buku catitannya.
Pelanggan lelaki itu tersenyum memandang ke arahnya sehinggalah Jelita memandang kembali ke arahnya dengan wajah berteka-teki. Benar, dia seperti pernah melihat wajah lelaki itu sebelum ini tetapi dia tidak ingat di mana.
“Jelita? Ini saya Hisyam. Awak tak ingat saya ke?”
Jelita terdiam seketika cuba memikirkan lelaki yang mengelar dirinya Hisyam.
“Kita pernah berjumpa dulu kat pasaraya, waktu tu awak keluar membeli-belah dengan boss awak, Khairy?”
Jelita terngaga sedikit apabila dia baru mengingati lelaki itu.
“Oh, Encik Hisyam, saya ingat...”
Lelaki itu tersenyum melirik ke arahnya. Matanya penuh dengan godaan, sengaja mahu mencari tumpuan Jelita yang sepertinya bukan seorang yang mudah tertarik dengan sifatnya itu.
“Erm, Encik Hisyam nak order apa?” Jelita malas mahu melayan Hisyam yang nampak seperti mahu mengodanya pula.
“Boleh awak orderkan sesuatu yang menarik dekat sini? Awak pun tahukan ini kali pertama saya ke sini?”
“Erm, Encik Hisyam tengoklah dekat sini, ada set-set dengan harga menarik dekat sini. Kami menyediakan menu Italian dan minuman fresh” jawapan yang diberikan agak bersimpang dari apa yang Hisyam mahukan.
Hisyam terus merenung ke arah Jelita. Jelita mulai tidak selesa dengan pandangan mata gatal lelaki itu. Kenapalah dia yang harus mengambil pesanan lelaki ini. Kalaulah dia tahu, lebih baik dia minta tolong Mail sahaja.
“Kalau saya nak awak temankan saya sekali boleh, berapa harganya pula?”
Wajah Jelita sudah kemerahan bercampur sedikit malu dan bengang. Permintaan Hisyam seperti dia itu perempuan tidak mempunyai maruah. Jelita berwajah tegang.
“Kalau macam tu saya akan pilih makanan yang special di Deflova Cafe. Sila tunggu untuk seketika” Jelita pantas beredar pergi. Dia perlu bersikap profesional, fikirnya mungkin Hisyam sengaja mahu mempermainkannya.
Dia kebelakang dan menulis menu istimewa mereka pada hari ini di dalam catitan dan terus menghantar ke dapur. Seketika kemudian dia keluar dengan wajah masih tegang sehingga disedari oleh Mail.
“Wey, kenapa muka kau masam je ni?” tanya Mail yang baru sahaja mengambil pesanan dari sekumpulan pelajar perempuan.
“Tu pelanggan lelaki yang duduk kat meja A-13 tu. Ada ke dia minta aku temankan dia sekali, lepas tu siap tanya berapa lagi harga aku. Dia ingat aku ni perempuan tak ada maruah ke?” beritahu Jelita dengan suara tidak terlalu kuat. Hanya Mail seorang sahaja yang mendengarnya.
Mail mencebir bibir, sepertinya dia tidak terkejut dengan situasi itu.
“Buat bodoh sudahlah, bukannya dia boleh buat apa-apa dekat kau pun” Mail melihat kukunya yang bersih lalu ditiup kukunya itu.
“Memanglah dia tak boleh buat apa-apa dekat aku, tapi masalahnya dia tu nampak gatal kau tahu tak”
“Kau janganlah fikir macam tu, be profesional. Kalau dia buat apa-apa dekat kau, kau berhak untuk tegur perangai dia tu” Mail beredar selepas itu.
10 minit kemudian pesanan untuk Hisyam siap. Dengan hati berat, Jelita pergi menghantarnya juga. Sepinggan spagetthi carbonara seafood dan segelas jus lemon dihidangkan untuk Hisyam.
“Selamat menjamu selera” kata Jelita dengan senyuman ringkas. Ketika dia ingin beredar, tiba-tiba tangannya disentuh dan dipegang oleh Hisyam.
Jelita cuba menarik semula dengan wajah terpinga-pinga.
“Temankanlah saya kat sini, saya tak ada selera nak makan kalau seorang diri” beritahu Hisyam.
Jelita cuba melihat sekelilingnya risau jika ada mata yang memerhati. Mujurlah tidak ada ramai pelanggan pada ketika itu.
“Encik Hisyam, tolong jaga kelakuan Encik Hisyam” Jelita bersuara sedikit rendah tetapi garang.
“Relax lah, baru pegang sikit...” Hisyam melepaskan tangan Jelita dan terus menyentuh sudu dan garfunya.
Khairy tiba-tiba muncul di belakang Jelita dan kerana itu Hisyam pantas melepaskan tangan Jelita. Jelita memandang wajah Khairy dengan pandangan tidak selesa dan dia terus beredar dari situ.
“Kau tak cakap pun nak datang sini?” tanya Khairy. Bukannya dia tidak perasan tadi Hisyam memegang tangan dan mengusik Jelita tadi, dan kebetulan dia terdengar perbualan Jelita dan Mail dan kerana itu dia memerhati perilaku Hisyam dan sengaja mendekati meja yang diduduki oleh rakannya itu.
Hisyam tidak berani berbuat apa jika Khairy ada bersama.
“Takkan aku nak datang makan kat sini pun tak boleh kut” Hisyam ketawa sambil menyuap spagetthi ke dalam mulutnya..
“Pandai pekerja kau pilihkan menu untuk aku” kata Hisyam dan menyedari Khairy merenung tajam ke arahnya.
“Jelita is my precious employee kat sini, jadi tolong hormati dia juga” tegur Khairy dengan suara rendah tidak mahu orang lain mendengar dan memalukan Hisyam di situ.
Hisyam ketawa sahaja dan dia mencebir bibir tidak kisah.
“Jangan risaulah, aku tak boleh buat apa-apa pun selagi kau ada kat sini” Hisyam tersenyum ringkas ke arah Khairy.
Khairy beredar selepas itu. Khairy tidak gemar dengan perangai Hisyam yang seorang kaki perempuan. Dia risau jika Hisyam akan menganggu Jelita lagi selepas ini. Ketika dia sedang memeriksa pekerja-pekerjanya melakukan kerja, mata Khairy sempat memandang ke arah Jelita dan Jelita turut sama memandang ke arahnya, sepertinya Jelita ingin mengadu sesuatu kepada Khairy melalui riak wajahnya.

*****

Tuk..tuk..
Jelita mengetuk permukaan pintu bilik boss mereka dan terdengar arahan masuk, Jelita menolak pintu ke dalam untuk melepaskan dirinya dan setelah itu merenggangkan sedikit pintu bilik.
Khairy mengangkat wajah dan memandang ke arah Jelita yang berjalan ke arahnya dengan wajah sedikit keresahan.
“Kenapa Jelita?” dia bertanya terlebih dahulu.
“Boss, boleh tak kalau saya nak buat kerja overtime hari ni?”
“Overtime? Tapi semua pekerja cukup untuk malam ni, kecualilah kalau ada yang tak dapat datang kerana sakit ke apa ke”
“Oh..” Jelita memandang lama ke arah Khairy sehingga Khairy pula yang berasa segan. Jelita tidak pernah bersikap seperti ini dengannya pada sebelum ini.
“Kenapa Jelita, ada sesuatu yang awak nak beritahu pada saya ke?”
“Urm..sebenarnya...saya..saya...”
Jelita menarik nafas dalam dan matanya bergetar kecil.
“Saya takut”
Wajah Khairy berubah. Dia duduk dengan tegak dan kedua-dua tangannya berada di atas meja.
“Beritahu saya Jelita ada sesuatu yang berlaku ke?”
Jelita mengangguk kecil.
“Saya tak pernah lagi kena gangguan seksual, tapi sikap kawan boss tu buat saya rasa tak selesa dan dia cuba sentuh saya di bahagian lain...” dia menundukkan wajahnya, sedikit malu dan bengang.
Dia teringat sewaktu lelaki itu memanggilnya untuk kali kedua untuk menambah minuman, Hisyam cuba untuk meraba bahagian punggungnya pula. Tetapi mujurlah dengan tindakan pantas, dia berjaya menjarakkan dirinya.
“Kenapa awak tak beritahu saya dengan lebih awal tentang hal macam ni!” tiba-tiba Khairy bersuara tegas mengejutkan Jelita.
Jelita berasa gugup melihat wajah garang Khairy. Kemudian dia melihat khairy bangun dari tempat duduknya dan melihat ke arah luar melalui tetingkap. Dia mendengar Khairy menarik nafas dalam. Kemudiannya, Khairy berjalan ke arahnya dan melihat ke arahnya dengan wajah sedikit risau.
“Beritahu saya terus kalau perkara seperti itu berlaku kepada awak lagi selepas ini. Kalau awak nampak dia, jangan berhenti tapi larikan diri...awak faham tak?”
Jelita mengangguk perlahan. Dia berasa lega setelah mengadu perkara itu kepada Khairy.
Jelita ingin beredar pergi tetapi Khairy menghadang dengan tubuhnya membuatkan jantung Jelita mulai berdebar laju. Mereka berdiri dengan sedikit rapat.
“Saya tak suka bila ada orang ganggu awak dan awak jadi takut seperti ini. Kalau awak perlukan saya, saya akan melindungi awak Jelita”
Jelita terpaku mendengar kata-kata lelaki itu. Entah kenapa hatinya senang mendengar ungkapan itu. Dia ingin tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu tetapi wajahnya tidak mahu mengikut kata hatinya.
Tuk..tuk..
Tumpuan mereka terganggu apabila Mona mengetuk pintu dan terus menjengul kepala ke dalam. Khairy memandang ke arah Mona dengan pandangan tidak senang dan Jelita segera beredar keluar sambil diperhatikan pula oleh Mona dengan pandangan tidak suka tanpa pengetahuan Khairy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience