Bab 38

Romance Series 7360

Urm, selesanya.
Jelita membetulkan kepalanya dan kemudian matanya terbuka bulat. Dadanya berdebar laju pada ketika itu kerana bangun dalam keadaan tersentak. Dia menarik kepalanya apabila menyedari dia mengunakan bahu Khairy sebagai pengalas kepalanya. Dilihat jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul enam setengah pagi.
Khairy turut sama tersedar dan mulai mengerak-gerakkan tubuhnya sendiri. Jelita segera bangun.
“Boss dah pukul enam setengah pagi ni. Saya nak kena balik dulu..Subuh pun belum lagi ni..”
Khairy mengangkat tangan kepada Jelita tanpa memandang wajah Jelita. Dia masih dalam keadaan mengantuk.
“Kita solat di surau hospital dahulu dan kemudian saya akan hantar awak balik”
“Oh okay...”
Agak-agak boss perasan tak aku tidur kat bahu dia. Aduh! Apa yang kau dah buat ni Jelita. Nanti boss ingat kau nak ambil kesempatan pula. Tapi aku rasa aku tidur statik je tadi macam mana boleh terlentok jatuh atas bahu boss pula ni?
“Jelita!”
“Ha? Ya boss apa dia?” Jelita tersentak sendiri. Risau kalau bossnya ingin berkata mengenai sesuatu.
“Lepas solat, tunggu depan surau”
“Oh..okay!” fuh!! Lega, mungkin dia tak perasan kut, sebab aku yang jaga dulu..
Kemudiannya Khairy menghantar Jelita pulang ke bilik sewa cafe yang dikhaskan untuk pekerja wanita sahaja. Sebelum keluar dari kereta, Jelita ingin bertanyakan sekali lagi jika bossnya tidak ingat apa-apa tentang dia tertidur di bahu Khairy pagi tadi.
“Urm boss, saya..saya ada perkara nak tanya dekat boss?”
“Apa?”
“Boss ingat tak kalau saya...saya...” aih! Takkan nak beritahu tentang perkara sebenar pula. Bukan ke nampak macam dia yang buka rahsianya dahulu.

“Urm, tak ada apalah...ha, boss masuk kerja tak hari ni?”
“Saya akan masuk tengah hari ni. Saya nak jaga Nubhan untuk pagi ni..”
“Oh okay, saya akan beritahu dekat Mona nanti”
“Tak apa, saya akan beritahu sendiri dekat dia nanti. Kalau awak yang beritahu dia, dia akan rasa pelik pula...”
“Oh...okay...terima kasih boss sebab hantarkan saya...”
“Terima kasih juga sebab temankan saya pagi ni...”
Jelita mengangguk dan kemudian terus keluar dari kenderaan Khairy.
Lebih baik tak payah tanya, alang-alang dia pun tak cakap apa-apa. Mungkin dia sendiri tak sedar kut...bisik Jelita pasti!
****

NUBHAN tersedar dari lenanya, dan apabila dia membukakan matanya dia melihat Khairy duduk di kerusi tepi katilnya dan sedang membaca majalah ringan yang telah disediakan. Kemudiannya Khairy mengangkat wajahnya dan dia melihat ke arah Nubhan yang sudah pun terjaga. Dia segera menutup majalah dan terus berdiri untuk melihat wajah Nubhan dengan lebih jelas.
“Kau dah sedar?”
Matanya mengerdip perlahan. Dia sangka dia sudah pun mati, tapi ternyata yang dia masih lagi hidup dan perasaannya itu menjadi realiti apabila dia melihat wajah Khairy sedang tersenyum gembira memandang ke arahnya.
Ketika dia cuba bangun, dia berasa sakit di bahagian sisi perutnya membuatkan dia mengeluh kesakitan. Khairy membantunya meninggikan bantalnya.
“Doktor cakap tikaman tu tak dalam ...”
Nubhan tidak memberi respon akan itu. Walaupun tidak terlalu dalam tetapi sakitnya seperti mahu mati sahaja.
“Kau tak kerja ke?” soal Nubhan apabila menyedari Khairy berada di situ menemaninya pada pagi itu.
“Aku akan masuk tengah hari nanti, tapi selepas aku tengok kau makan tengah hari dulu. Kemudian petang aku datang sini untuk jaga kau sampai malam, dan sampai esok pagi dan sampai kau keluar dari hospital..”
Sekurang-kurangnya dia harus bersyukur walaupun tiada sesiapa yang berada di sisinya tetapi dia masih ada Khairy, sahabat baiknya.
Dia memandang ke arah Khairy yang sedang menuang air masak ke dalam gelas. Khairy kelihatan tenang sahaja pada pagi itu tidak seperti malam tadi. Dia tahu Khairy menangis di sisinya melihat dia berlumuran darah dan Khairy juga turut memegang tangannya malam itu kerana ketakutan.
“Nah, minumlah air masak ni dahulu. Nanti aku akan beritahu dekat jururawat untuk bawakan kau makanan pagi”
Nubhan menyisip sedikit air masak yang dihulur oleh Khairy. Kemudian dia memerhati lagi ke arah Khairy. Dilihat wajah Khairy dengan lama sehingga Khairy mulai menyedari yang dia sedang direnungi oleh sahabatnya itu.
“Kenapa? Ada sesuatu pada muka aku ke?” Khairy menyentuh kulit wajahnya.
“Kenapa kau nampak tenang sahaja?”
“Ha?”
“Kau tak nak tanya aku apa-apa ke, kenapa aku jadi macam ni?”
Khairy tersenyum tawar dan dia mengelengkan kepalanya.
“Kenapa?” tanya Nubhan kembali. Jika dia menjadi Khairy, sudah semestinya dia akan menjadi tidak tenang, fikirannya akan berserabut dengan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab sehingga sekarang, sedangkan jawapannya sudah ada di hadapan matanya.
“Peluang”
“Hurm?” Nubhan menyengetkan sedikit kepalanya. Matanya mengecil mendengar perkataan itu keluar dari mulut Khairy.
“Maksud kau?”
“Peluang untuk kau beritahu dan peluang untuk kau terus diamkan diri”
Nubhan melarikan matanya ketika Khairy melihat ke arahnya semula.
Khairy tersenyum selepas itu.
“Dalam dunia ni, aku hanya ada mama, kakak aku dan juga kau antara orang yang paling rapat dengan aku jadi percaya antara satu sama lain adalah penting dalam perhubungan kita...”
“Tapi..kadang-kadang orang yang paling rapat dengan kita akan berbohong dengan kita bukan, orang yang paling kita tak akan jangka...” Nubhan kembali memandang mata Khairy seperti dia ingin menyampaikan sesuatu yang tersirat.
“Dan orang itu terpaksa berbohong untuk menyelamatkan orang yang dia sayangi atau untuk kepentingan dirinya sendiri”
“Kalau macam itu, yang mana kau rasa lebih kuat, berbohong untuk menyelamatkan orang yang dia sayangi atau untuk kepentingan diri sendiri”
“Untuk dia, semestinya untuk kepentingan dirinya sendiri”
“Dia?” Khairy mengerut dahi.
“Orang yang paling rapat dengan kau, kau tak akan boleh hidup tanpa dia...” Nubhan cuba memberi hint kepada Khairy untuk menyimpulkan maklumat yang diberikannya.

****
“Ya, saya tahu dia mama boss. Tapi kita bukan berniat nak cakap dia berbohong dengan kita, mungkin dia sebenarnya tahu akan sesuatu Cuma dia tak boleh nak beritahu dekat boss, atau dia segan dengan saya. Boss anak dia, mungkin kalau boss pujuk dia cakap elok-elok mungkin dia akan beritahu dekat boss...”
Suara Jelita bermain-main di fikirannya ketika dia sedang memandu pulang.
“Tapi..kadang-kadang orang yang paling rapat dengan kita akan berbohong dengan kita bukan, orang yang paling kita tak akan jangka...”
Suara Nubhan pula bermain di fikirannya dan ianya berselang-seli dengan apa yang mereka beritahu kepadanya. Kenapa Jelita begitu yakin yang mamanya sedang merahsiakan sesuatu daripada mereka sebelum ini dan kenapa Nubhan juga nampak seperti itu.
Apakah sebenarnya, Jelita dan Nubhan tahu akan sesuatu lebih daripadanya sendiri?
“Kenapa Khairy tak cakap nak datang sini, kalau tidak boleh mama masakkan sesuatu...” Rozita tersenyum lebar melihat wajah anaknya.
“Tak ada apalah ma. Khairy teringat dekat mama sebab itu Khairy datang sini. Ini ada buah pelam, Khairy beli kat tepi jalan tadi..pelam manis buah kegegemaran mama”
Rozita segera mengambil dan membawanya ke dapur. Mengambil dua tiga biji dari dalam plastik dan membasuhnya sebelum meletakkannya di dalam besen kecil. Kemudian di bawa ke meja makan setelah melihat anaknya duduk di situ.
Rozita mulai mengupas pelam manis itu dengan wajah gembira. Dia sangat mengemari buah pelam manis itu dan tidak menjangka yang anaknya akan membelikannya pula.
Khairy merenung lama ke arah mamanya dan suara Nubhan dan Jelita masih bermain di fikirannya seperti mendesak dia untuk bertanya kembali kepada mamanya.
“Sesuatu dah berlaku malam tadi” Khairy memulakan perbualan.
“Herm? Kenapa?” Rozita memandang sekilas ke arah anaknya ketika dia sedang mengupas kulit pelam manis itu.
“Nubhan diserang malam tadi dan dia sekarang berada di hospital”
Rozita berhenti mengupas secara tiba-tiba. Mendengar sahaja nama Nubhan, dadanya mulai berdebar-debar. Apa yang telah berlaku kepada anak itu?
Dan kemudian dia segera mengupas kembali.
“Tapi kami tak tahu sama ada dia diserang oleh perompak atau ada orang yang mengupah dia untuk diserang”
Rozita berdecit kecil apabila tiba-tiba pisau pemotong buah itu telah menguris isi kulitnya dan membuatkan jarinya berdarah serta-merta.
“Mama tak apa-apa ke?” Khairy pantas mengambil tisu lalu ditekup pada kesan luka di tangan mamanya itu.
“Biasalah, kalau main dengan pisau ni, memanglah akan berdarah...”
Khairy segera memandang wajah mamanya cuba melihat eksperiasi wajah mamanya ketika berkata seperti itu. Khairy duduk kembali dan membiarkan sahaja mamanya mengesat darah pada lukanya sendiri.
Selepas itu Rozita memandang wajah anaknya.
“Kenapa Khairy? Ada sesuatu yang tidak kena ke?”
Khairy segera mengelengkan kepalanya.
“Ma, Khairy tiba-tiba teringat kereta arwah ayah tu. Sayangkan kalau dibiar lama kat dalam garaj, lebih elok kalau mama gunakan sahaja. Tak perlulah naik teksi kalau nak kemana-mana” tiba-tiba dia teringatkan pula kereta arwah ayahnya.
“Tak payahlah. Mama lebih suka kalau ianya terus macam tu. Sekurang-kurangnya kalau mama rindu dengan arwah bapa kamu mama akan duduk kat garaj tu dan lihat kereta tu...”
“Khairy teringatlah nak pandu kereta papa tu, kalau ada rosak apa-apa boleh Khairy repairkan”
“Tak perlulah! Kenapa nak baiki pula!” tiba-tiba sahaja Rozita seperti menentang gayanya membuatkan wajah Khairy berubah.
Apabila menyedarinya, Rozita kembali berwajah serba-salah.
“Tak maksud mama, tak perlulah. Mama tak nak ianya dibaiki sebab mama tak nak apa-apa pun yang berubah. Biarkan ianya seperti itu..”
“Ouh...kalau itu yang mama nak....” ketika dia melihat gerak-geri mamanya, kelihatan mamanya tidak suka apabila dia menyebut mengenai kereta arwah papanya. Kenapa tiba-tiba mama meninggikan suara kepadanya tadi. Mungkin kalau dia mulai menyebut mengenai ibu bapa Nubhan, bagaimana pula perubahan wajah mamanya. Kebiasaannya kalau sesuatu telah berlaku kepada orang yang kita kenal sudah semestinya kita tersangat ingin tahu apa yang telah berlaku kepada mereka, tetapi mamanya lebih kepada seperti ingin melarikan diri daripada berbincang mengenai hal mereka.
Mama tahu akan sesuatu...

*Hai guys this is me, Dhia. Baru-baru ni Dhia ada join satu aplikasi Joylada, boleh donwload for android and ios users. Jadi Saya pilih awak ada versi baru yang lain sedikit, Joylada lebih kepada novel chat+story, so memang interesting, dan lebih sempoi.. so korang boleh follow Dhia kat situ juga.. Taip "Saya pilih Awak".

jalja..

Share this novel

nurain qhadirah
2020-01-21 18:38:30 

tak sambung da ke ? ke buat sambungan lain dkt apps yg awk suru instal tu?

sai
2019-09-12 19:31:12 

mana smbungan lg?


NovelPlus Premium

The best ads free experience