Bab 10

Romance Series 7360

10

Dua hari namanya tidak disebut oleh Khairy dan dia berasa sedikit selesa, tetapi setiap kali mata mereka berlaga, Jelita akan terlebih dahulu melarikan matanya dan berpura-pura sibuk dengan kerjanya. Dia tidak mahu berbual apa-apa dengan lelaki itu. Jika boleh waktu bekerja dia mahu bekerja sahaja dan apabila tamat bekerja dia akan segera pulang ke biliknya dan lelaki itu tidak ada alasan untuk berbual dengannya.
“Jelita kenapa sejak dua hari ini aku tengok kau fokus je dengan kerja kau” tegur Mail yang menyedari tingkah-laku Jelita.
“Haruslah fokus, habis tu kau nak aku kena marah dengan boss”
“Taklah, maksud aku, sebelum ni dengan Cik Sakinah, kau tak adalah perfect macam ni. Ada kau bergurau juga, ini serius sahaja muka kau”
Serius sangat ke muka aku? Bisik Jelita.
“Eh! Aku nak tanyalah kau kenapa nampak macam nak mengelak dari jumpa boss je. Hari tu Mona suruh kau tolong beritahu dekat boss pasal stok barang kat stor yang dah habis tapi kau pasing kat Nana pula padahal Nana tu ada kerja lain nak kena buat”
Jelita tersengih sahaja.
“Kau ada buat salah dengan boss ea?” Mail mengertak.
“Ma..mana ada..”
Jelita terlihat Mona berjalan ke arah mereka dengan wajah masam. Nampak dia baru keluar dari bilik boss mereka.
“Korang ni tak ada kerja lain ke, asyik nak bergosip je. Pergilah buat kerja tu?” marah Mona dengan secara tiba-tiba.
Mail menyengetkan bibirnya dan dia sememangnya tidak suka kepada Mona.
“Mengampu boss tak dapat mulalah nak naik angin dengan orang...dia tak nampak ke semua pelanggan tengah santai makan. Bukannya ada pelanggan baru masuk pun” kata Mail sebaik sahaja Mona berjalan jauh dari mereka.
Jelita tersenyum tawar sahaja.
Setelah itu dia melihat ada dua orang pelanggan lelaki melangkah masuk ke dalam Deflova Cafe dan Jelita pantas mendapatkan mereka untuk mengambil pesanan.
Ketika dia sampai di meja D-4, dia memberi dua buah menu nipis kepada dua orang pelanggan tersebut. Kedua-duanya membaca senarai menu yang tersedia.
“Kami baru lagi kat kawasan sini jadi ini kali pertama kami datang makan di sini, apa yang paling special kat sini ya?” tanya seorang lelaki berkumis dan wajahnya ceria sahaja memandang ke arah Jelita.
“Urm, selalunya kalau yang special sedikit Pasta Delights, Local Delights dan Dessert Delights. Kami ada juga makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Untuk pencuci mulut istimewa kami sudah semestinya Deflova Cake. Sesuailah dengan nama cafe ni” beritahu Jelita dengan senyuman ramah.
“Ouh, semua macam sedap-sedap belaka. Kalau macam tu, boleh awak orderkan apa-apa jenis meal yang special kat sini dan juga minumannya sekali”
“Sekarang waktu brunch, apakata kalau saya syorkan encik berdua, Seafood Aglio Olio. Kami menggunakan seafood yang fresh daripada pembekal kami, macam mana?”
“Herm, macam menarik juga. Bolehlah, kami tak kisah apa-apa pun. Lagipun kami berhajat nak cuba setiap jenis menu kat sini bila-bila kami singgah ke sini lagi”
“Okay kalau macam tu, dua Seafood Aglio Olio. Minumannya saya syorkan minuman berjus ya? Supaya tak cepat muak dan elok untuk penghadaman perut”
“Okay, set. Kami nakkan pesanan itu”
Jelita mencatit di buku nota kecilnya, dan dia mengambil kembali buku menu yang disua oleh mereka dengan senyuman ramah.
“Sila tunggu seketika ya encik” Jelita beredar kemudiannya dan menghantar pesanan ke dapur. Mudah sungguh ada pelanggan yang tak banyak songeh seperti mereka. Menerima sahaja apa yang disyorkan, tetapi apa yang disyorkan semestinya tidak akan menghampakan perut pelanggan.
Dilihat Mail yang sedang melayan seorang pelanggan wanita berusia awal 30 an dengan ramah. Jelita berdiri di tepi meja kaunter dan memerhati ke arah setiap pelanggan. Dengan cara ini dia akan alert jika ada pelanggan yang memerlukan ‘service’nya sebagai waitress.
Kemudiannya, dia melihat Khairy sedang memandang ke arahnya ketika lelaki itu sedang bercakap-cakap dengan pekerja yang lain. Jelita cuba tidak memandang mata lelaki itu, tetapi sesekali dia mencuri untuk melihat jika lelaki itu benar-benar memandang ke arahnya.
Jantungnya akan berdegup dengan pantas jika dia teringatkan kembali kejadian dia berada di pangsapuri lelaki itu. Sikap lelaki itu juga berubah pada waktu itu, dan cara dia memandang ke arah Jelita bukan pandangan seorang atasan kepada pekerja bawahannya tetapi pandangan seorang lelaki yang merindui kekasih lamanya.
Kerana terlalu berdebar, dia menjadi gementar dan perutnya tiba-tiba sahaja menjadi tidak sedap. Dia cuba menarik nafas perlahan untuk menenangkan perasaannya sendiri, tetapi seminit selepas itu, dia terus ke tandas pekerja untuk membuang apa yang patut. Manakan tidak dia menjadi gementar setiap hari setelah mengetahui lelaki itu mulai memberi perhatian kepadanya sejak dari kejadian itu. Sudahlah tersalah orang.
Herm...

****

“MACAM mana kerja hari ini? Okay?” soal Nubhan selepas dia menghidangkan coffee latte kepada Jelita yang memilih untuk duduk di meja bar sahaja.
“Herm, tak seronok dan situasinya tak sama macam dengan Cik Sakinah dahulu. Walaupun dia tu garang, tapi saya lebih pilih dia daripada adik dia yang ada penyakit aneh tu”
Nubhan ketawa apabila Jelita memanggil kawan baiknya ‘aneh’.
“Dia buat awak tak selesa ke?”
“Dia asyik lihat saya je bila ada peluang. Mana saya pergi mata dia akan mengekor. Macam evaluate pekerja hanya saya seorang sahaja. Walaupun dia tak datang dekat dengan saya, tapi saya tetap tak selesa dengan cara dia memandang ke arah saya” luah Jelita.
“Cubalah terangkan perkara yang sebenarnya kepada dia” Nubhan memberi cadangan realistik.
“Ha? Memang saya boleh buat macam tu tapi saya sendiri memerlukan masa...” wajahnya menjadi pilu secara tiba-tiba.
“Bila difikirkan balik, saya rasa bodoh sangat waktu saya remaja dahulu. Baru tingkatan dua dah pandai menyimpan perasaan kepada pelajar tingkatan lima. Siap tulis surat pula tu...aduh malunya...” kedua-dua tangannya melekap di kepalanya. Matanya bergetar kecil.
“Tapi saya tak rasa surat-surat awak tu awak nyatakan perasaan awak dekat diakan”
“Ha?” Jelita mengangkat kepalanya dan dia memandang senyuman pada wajah Nubhan
“Awak baca surat saya juga ke?” mata jelita terbeliak kerana terkejut.
“Saya pernah terbaca dalam dua pucuk surat sebelum ini itupun Khairy yang minta saya baca, sebab dia cakap ayat awak nampak comel-comel sahaja dan saya tak rasa ada perkara yang memalukan dalam tu. Awak tulis awak suka dengan sikap Khairy dan nampak diri dia sebagai seorang abang”
Jelita menundukkan kepalanya semula. Dia berasa malu pula dengan Nubhan.
“Saya malu dengan awak sekarang?”
“Hahaha, tak ada sebab pun awak perlu malu dengan saya. Lagipun mungkin saya seorang sahaja yang berasa cemburu dengan Khairy sebab dia terima surat-surat comel itu daripada awak”
Jelita mengangkat wajahnya semula dan dia tersipu-sipu malu. Setelah itu dia menyisip minuman ke dalam mulutnya.
“Mungkin kalau orang itu adalah saya, saya pasti akan mencari penulis surat yang sebenar”
Jelita tersentuh dengan kata-kata Nubhan.
“Maaf sebab saya tak perasan yang kita satu sekolah dahulu dan awak kawan baik kepada Khairy”
Nubhan tersenyum ringan.
“Tak apa, lagipun waktu sekolah, kami berdua jarang bersama, hanya di dalam kelas sahaja. Keluar dari kelas kami buat hal masing-masing”
“Ouh”
“Tapi saya tak perasan pula waktu tu ada pasangan kembar di sekolah”
Jelita tersenyum ringkas sahaja.
“Saya dengan kembar saya tu berlainan kelas. Dia di kelas pertama dan saya di kelas ketiga. Dia lebih pandai daripada saya. Kami juga tak bersama-sama pada waktu rehat, dan mungkin disebabkan itu orang tak perasan yang kami berdua adalah pasangan kembar. Lagipun saya rasa Jelita Maisarah mungkin malu apabila bersama dengan saya. Kami berdua mempunyai sikap yang sangat berbeza, dia lebih pandai berkawan, lebih pandai dalam pelajaran dan lebih pandai menjaga keadaan dirinya. Saya adalah sebaliknya. Tapi saya pakar dalam matematik” Jelita memberitahu dengn bersemangat mengenai kepakaranya itu.
“Tapi mungkin itu adalah kelebihan dirinya...” Jelita tersenyum tawar.
“Saya dengar yang kembar awak tu ditimpa kemalangan jalan raya macam yang awak beritahu saya hari itu”
“Herm ya...” mata Jelita jatuh ke atas permukaan kaunter bar dan dia mengingati kembali kejadian itu.
“Waktu kemalangan itu berlaku, adalah hari jadi kami. Kebiasaannya kami akan sambut bersama-sama. Tetapi sewaktu kami berusia 15 tahun, Jelita Maisarah telah memberitahu segala-galanya dan dia meminta maaf kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada saya. Katanya dia tidak boleh berpisah dengan Khairy. Khairy tidak tertarik dengan surat-surat yang saya berikan kepadanya dan saya hilang kata-kata. Setelah itu apabila mengingati kembali yang Jelita Maisarah telah berbohong kepada saya, saya berasa sangat marah dan terluka tetapi saya tak boleh nak lakukan apa-apa”
“Kalau begitu kenapa tidak awak beritahu perkara yang sebenar sahaja. Jelita ini peluang awak untuk dapatkan kembali perhatian Khairy” walaupun dalam hatinya dia sedikit cemburu, tetapi dia harus memberi sokongan kepada Jelita sebagai seorang kawan.
Jelita mengeleng.
“Macam yang saya cakap, ianya perkara yang sangat sukar untuk saya lakukan. Saya tak boleh Nubhan. Saya tak tahu kenapa saya tak boleh berterus-terang dengan dia, kalau saya beritahu kepada dia tentang segala-galanya dia akan kecewa bukan?”
Dalam masa yang sama dia memikirkan perasaan Khairy.
“Tapi sebenarnya awak sedang menyeksa perasaan dia sendiri. Dia akan lebih marah dengan cara awak mendiamkan diri. Dia akan menyangkakan yang awak adalah Jelita Maisarah”
Jelita terdiam dan memikirkan kata-kata Nubhan.
“Kalau begitu awak nak saya tolong awak dan beritahu segala-galanya kepada Khairy?”
“Jangan, saya tak nak lagi” Jelita mengeleng.
Nubhan mengeluh kecil dan dia memandang ke arah Jelita. Melihat wajah Jelita yang kerungsingan hatinya juga berasa tidak gembira. Dia hanya mahu melihat Jelita sentiasa tersenyum sahaja.
“Baiklah kalau itu yang awak, tapi kalau awak perlukan pertolongan daripada saya, beritahu sahaja kepada saya, saya akan ada untuk awak”
Jelita tersenyum sedikit lega dan menyisipkan lagi minuman ke dalam mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience