Bab 16

Romance Series 7360

Dari Kuala Lumpur mereka ke jeti Tanjung Gemok dengan menggunakan laluan Pantai Timur. Kemudiannya mereka menaiki feri Tanjung Gemok yang mengambil masa 1.5 sehingga dua jam untuk sampai ke Pulau Tioman. Mereka berhenti di Tekek dan sampai dalam sekitar jam tiga petang. Kemudiannya, mereka terus berangkat ke chalet dan terus check in di situ.
Chaletnya pula betul-betul depan pantai ibarat buka pintu je terus ke pantai. Angin tak payah ceritalah, memang kuat boleh terbang semua benda. Er..macam menipu je. Banyak juga buaian berjaring yang diikat di antara dua batang pokok di situ.
Tiada sebarang aktiviti pengumpulan sehingga ke waktu petang. Hanya pada waktu malam sahaja mereka diharuskan untuk berkumpul dan makan malam bersama-sama dengan ber’barbeque’.
Jelita berkongsi bilik dengan pekerja shift pagi, satu bilik dua orang. Cukuplah untuk keselesaan masing-masing. Seramai 11 orang termasuk Khairy yang mengikuti percutian itu.
Sampai sahaja di bilik Jelita berehat di katil bujangnya dan memerhati rakan sebiliknya sedang asyik mengambil gambar. Sejak dari tadi kerjanya asyik berselfie, sudah bermacam-macam gaya yang dibuatnya, duck face, dolpin, muka cemek dan banyaklah lagi. Sehinggakan Jelita pun tidak dihiraukan.
Setelah beberapa minit, Jelita keluar kembali dari chalet dan pandangan pertama yang dilihatnya adalah air biru dan pasir putih jernih yang terbentang di atas landai. Angin pula terus meniup wajahnya. Shawl yang dipakai melambai-lambai di sekitar tubuhnya. Dia berjalan hampir ke buaian jaring dan menikmati alam semulajadi di situ.
Indahnnya, bila mata dipejam dan merasai tiupan-tiupan angin bayu, burung-burung bernyanyi dan keadaan sekeliling yang lari dari kesibukan di bandar. Inilah alam natural yang dia ingin. Sememangnya sesuai untuk menghilangkan rasa stress.
Jelita kemudiannya duduk di buaian berjaring tersebut sambil mengadap ke arah laut. Tiba-tiba terbit idea untuk menulis, tapi buku notanya pula dalam beg di chalet. Nak patah balik rasa macam malas nak bangun, sebab dah selesa duduk di situ. Ketika dia sedang menikmati ciptaan indah Allah S.W.T, kemudiannya sepasang kaki bersandal hitam berhenti di belakangnya.
Sengaja tidak mahu ditegur Jelita terlebih dahulu, tetapi kemudiannya tiba-tiba sahaja Jelita menoleh ke belakang dan terkejut melihat Khairy senyap-senyap berada di belakangnya. Wajahnya terus berubah terkejut.
“Boss ni, buat terkejut saya sajalah” kata Jelita sedikit marah. Dia kembali memandang ke hadapan semula. Khairy melangkah ke hadapan dan dia terus duduk di atas pasir turut mengadap ke arah laut.
Jelita memandang belakang, kiri dan kanannya, risau jika pekerja lain nampak mereka berdua duduk di situ bersama-sama.
“Kita datang sinikan nak release tension. Tak payahlah risau sangat kalau ada yang melihat. Tak salahkan kalau saya cuba rapat dengan pekerja saya”
“Boss cakap memanglah senang, tapi mereka tu suka berfikiran lain. Nanti dikatakan saya mengampu bosslah apalah” kata Jelita tidak senang.
“Jelita, boleh tak kalau awak bercakap dengan bahasa yang elok, suara lemah-lembut macam awak bercakap dengan Nubhan. Tak payahlah suara macam nak marah-marah ni”
Jelita menjeling kecil.
“Masalahnya boss yang suka buat saya tak nak cakap dengan boss elok-elok”
“Habis tu Nubhan layan awak lainlah ni...”
“Ya, dia adalah jenis lelaki idaman saya. Dia tak simpan jambang sampai ke telinga macam boss, dia tak sombong dan dia pandai mengambil hati saya” Jelita bersikap berterus-terang kerana berasa sedikit tertekan dengan lelaki itu.
Khairy memegang jambang kesayangannya dan kemudian dia memandang ke arah Jelita.
“Mana-mana saya pergi ramai yang idamkan jambang macam saya ni tau. Lagipun saya jaga dengan elok. Ramai juga wanita yang cuba mengorat saya hanya kerana jambang saya ni”
“Yang pasti dalam ramai-ramai wanita yang suka dengan jambang boss tu bukannya saya! Saya tak suka jambang boss tu sebab berserabut je saya tengok” amboi bukan main lepas lagi dia bercakap.
Khairy ketawa kecil.
“Habis tu kalau saya buang jambang saya ni, awak nak terima saya balik ke?”
Jelita terdiam kemudiannya. Dia buat dah, dia buat dah...
Laju sahaja jantungnya berdegup, nak-nak bila mata lelaki itu memandang lembut ke arahnya.
“Diam tu betullah. Jadi mesti sekarang awak tengah berfikir rupa saya tanpa jambangkan?”
“Boss jangan nak perasan okay”
“Eh! Siapa kata saya perasan. Saya memaksudkannya” Khairy ketawa lagi. Suka benar dia melihat Jelita bengang dengannya.
Dari jauh Mona dan Lisa memerhati dari tingkap chalet yang mereka duduki pada ketika itu. Mona berasa tidak gembira sebaik sahaja dia melihat Khairy ketawa apabila bersama-sama dengan Jelita. Dia yakin Jelita sebenarnya cuba mengorat boss mereka untuk kenaikan pangkat dan menyingkirkannya dari menjadi pembantu boss.
Hatinya menjadi panas sahaja.
“Aku rasa tak sedap hati tengok Jelita mula nak rapat dengan boss. Hidung aku ni dah start bau hati busuk” perlinya.
“Tak baiklah fikir macam tu Mona, aku rasa boss layan pekerja semua sama je. Kalau kau buat baik dengan boss, boss akan layan kau dengan baik”
“Macam tulah maksud aku, Jelita tu buat baik dengan boss mesti ada sebab punya, aku tahulah. Lagipun kau tengok tu, kita semua kenal boss tu selalu serius sahaja tapi kalau dengan Jelita bukan main lebar dia senyum. Entah apa yang Jelita dah suap kat boss pun tak tahulah...” kata Mona dengan rasa penuh iri hati.
Tidak seperti Mona, Lisa memandang ke arah Jelita dan Khairy dengan senyuman.
“Tapikan, Jelita tukan cantik. Mestilah boss tertarik dengan dia. Sudahlah cantik, baik pula tu. Hari tu, dia pernah pinjamkan aku duit, waktu aku tengah sesak. Katanya duit tu boleh bantu aku serba-sikit kat sini”
“Eleh kau, orang tu baru bagi kau duit sikit dah puji melambung pula” Mona menjeling ke arah Lisa.
“Cantik apalah sangat. Harap pakai tudung je. Kau ingat orang yang pakai tudung tu semuanya baik-baik ke. Tutup kat luar, tapi dalam tu mesti busuk”
“Mona, tak baiklah kau cakap macam tu dekat Jelita, kalau dia tahu kau cakap macam ni, mesti terasa hati dia”
“Eh! Kau kalau nak kawan rapat dengan aku kau ikut je apa yang aku buat dan apa yang aku cakap. Jangan nak sebelahkan si Jelita tu pula!” selepas memberi amaran kepada Lisa, Mona beredar keluar dari chalet selepas itu. Niatnya ingin mendekati Khairy dan juga Jelita.
Mona sengaja berdehem kasar untuk menarik perhatian mereka. Wajahnya masam mencuka sahaja pada ketika itu.
“Boss, saya nak bincang sesuatu dengan boss”
Kemudian, Mona memandang tajam ke arah Jelita, berharap Jelita akan faham dan pergi dari situ meninggalkan mereka berdua.
Setelah itu, tanpa berkata apa-apa Jelita beredar pergi. Ketika dia berjalan meninggalkan mereka, Khairy masih memandang ke arah Jelita sehinggalah Mona berkata sesuatu kepada Khairy.
“Boss, malam ni jadi ke nak berbbq?” sudah tahu sengaja bertanya lagi.
“Ya, saya dah selesaikan dengan penjaga kat sini, dan mereka pinjamkan kita tempat pembakar. Jadi malam ni beritahu dekat semua kita berkumpul selepas Isyak, around 9 pm, okay?”
“Okay boss!”
“Ada apa-apa lagi ke?”
Mona tersengih. Dia ingin sekali melihat Khairy tersenyum mesra ke arahnya, seperti mana lelaki itu tersenyum ke arah Jelita.
“Urm boss, boleh tak kalau boss senyum sikit kat saya?”
Khairy memandang serius ke arah Mona dalam tempoh yang singkat.
“Boss kalau dengan Jelita senyum sampai ke telinga, kalau dengan pekerja lain, boss tak pernah nak senyum macam tu” beritahu Mona berterus-terang.
“Saya akan senyum, bila saya rasa nak senyum sahaja dan mengikut orang dan mood saya sendiri”
“Oo, maknanya kalau dengan Jelita boss senyumlah. Tak bolehlah pilih kasih macam tu boss. Saya ni lagi tinggi pangkat daripada mereka. Sepatutnya boss kena lebih mesra dengan saya...”
Khairy memandang tajam ke arah Mona. Dia faham benar dengan maksud Mona yang mulai iri hati itu.
“Mona, awak pekerja bawahan saya. Untuk apa saya bermesra dengan pembantu saya sendiri lagipun awak bukan pilihan saya. Jadi be profesional dalam bekerja”
Mona termalu sendiri dengan kata-katanya.
“Kalau awak nak tahu, saya dah lama kenal dengan Jelita. Kami sangat rapat dulu, jadi tak menjadi masalah kalau saya rapat dengannya semula”
Pertama kali dia mendengar perkara itu, Mona sedikit terkejut. Dia langsung tidak menyangka yang boss mereka berhubungan rapat dengan Jelita rupanya.
“Dah, saya pergi dulu” Khairy beredar pergi meninggalkan Mona terkebil-kebil dengan perasaan malu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience