Bab 36

Romance Series 7360

“Nak, makanlah sedikit bubur ni. Penat Jelita masakkan” mak Mah meletakkan semangkuk bubur yang masih panas di atas meja lampu bersebelahan katil yang diduduki oleh Nubhan.
“Mak Mah panaskan semula bubur ni. Jelita beritahu Nubhan yang ajar dia cara nak masak bubur ajaib ni. Baik Jelita tu. Nubhan makanlah ya. Mak Mah keluar dahulu...”
Nubhan ditinggalkan bersendirian selepas itu. Dia melihat bubur itu dengan pandangan kesal. Dia kesal kerana menjerkah ke arah jelita tadi. Dia hanya mahu Jelita pergi dengan cara baik itu sahaja dan tiada alasan untuk dia mengapa-apakan Jelita seperti mana yang disuruh oleh seseorang kepadanya.
“Ibu, tunggu Nubhan. Nubhan akan datang selamatkan ibu...” dia berkata perlahan. Matanya berbinar-binar apabila dia teringatkan ibunya yang sentiasa di dalam bahaya. Kemudian matanya jatuh melihat ke arah kesan cakaran dan lebam di lengan kirinya. Hatinya menjadi sangat panas dan dia kelihatan sangat marah.
“Arghh!!” Nubhan meraup rambutnya dan mengosok wajahnya sehingga kemerahan.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama J terpapar di skrin telefon bimbitnya. Nubhan segera mengangkat dan terus menjerkah kepada si pemanggil.
“Kau nak apa lagi ha!? Aku dah kata dekat kau, yang aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia! Kenapa kau asyik paksa aku buat sesuatu terhadap dia!?”
Suara si pemanggil itu tergelak kecil.
“Relaxlah...kenapa nak marah-marah ni...aku bagi kau kerja sikit pun kau tak boleh nak buat, lepas tu nak lepaskan kemarahan kau dekat aku. Kau sedar tak, setiap minit dan setiap masa yang berlalu, nyawa ibu kau dalam bahaya. Bila-bila sahaja aku boleh cabut oksigen dia dan dia akan mampus! Hahahah....”
“Tak guna! Kau jangan berani apa-apakan ibu aku! Kau ni memang tak guna Maisarah!”
“Maisarah? Tak pernah-pernah kau panggil aku Maisarah? Kenapa? Kau rasa nama Jelita tu tak sesuai untuk aku ke? oh, mungkin Jelita tu hanya untuk seorang sahaja...”
“Jangan berani apa-apakan ibu aku..kalau tidak mati kau aku kerjakan”
Suara itu asyik ketawa sahaja. Dia gembira apabila Nubhan naik angin seperti itu.
“Takkanlah aku berani nak buat ibu aku sendiri macam tu...”
“Kau bukan anak dia! Kau tu hanya menumpang keluarga aku sahaja...”
“Well, mungkin betul cakap kau, tapi kau kena tahu satu benda ibu dan ayah kau sangat sayangkan aku umpama aku ni pengganti adik kau yang dah lama mati tu..kalau kau nak tengok ibu kau dalam keadaan baik-baik lebih baik kau selesaikan kerja kau, dan tunjukkan aku bukti, aku akan lepaskan ibu kau...”
Tut..tut..tut..
Nubhan menarik telefon dari telinganya dan matanya berbinar. Dia menangis sendiri. Dia hanya risaukan ibunya dan dia juga benci dengan ugutan perempuan tak guna itu!

****

NUBHAN keluar dari biliknya dan perlahan-lahan dia mencari Khairy di ruangan apartment milik sahabatnya itu. Mak Mah bekerja hanya di siang hari sahaja jadi hanya tinggal mereka berdua sahaja di situ.
Dia melihat Khairy sedang menyiapkan laporan bulanan di ruang tamu. Ketika dia mendekati, Khairy mengangkat wajahnya setelah dia merasai seperti ada orang yang berjalan ke arahnya.
“Nubhan? Kau lapar ke? Mak Mah ada sediakan nasi dan lauk kalau kau nak makan. Aku boleh panaskan...” Khairy berura-ura ingin bangun tetapi Nubhan segera menahan.
“Tak apa, kalau aku nak aku boleh ambil sendiri”
Khairy duduk semula dan dia melihat Nubhan turut sama duduk di sebelahnya dan sempat melihat kerjanya.
Seketika kemudian, Khairy mengemas kerjanya setelah dia selesaikan sebaik sahaja Nubhan tiba.
“Kau dah siap ke?”
“Hurm, dah. Mak Mah cakap kau makan bubur yang Jelita masakkan untuk kau siang tadi”
Nubhan mengangguk. Dia melihat sahaja Khairy mengemas kerja-kerjanya itu.
“Kau bosan ke duduk kat rumah. Kalau kau nak kita boleh keluar, lagipun aku tengok kau macam dah sihat sepenuhnya...”
“Kau nak aku keluar dari rumah kau ke?”
“Eh! Mana ada. Aku takut kau tu bosan. Lagipun seronok juga ada peneman aku kat sini. Tak adalah sunyi bila mak Mah tak ada...”
Nubhan tidak membalas apa-apa selepas itu. Dalam mindanya dia sedang berfikir akan sesuatu. Bagaimana cara untuk dia memberitahu perkara yang telah terjadi terhadapnya kepada Khairy. Patutkah dia meminta bantuan daripada Khairy kerana Khairy juga rapat dengan Jelita. Bolehkah dia melakukannya demi persahabatan mereka. Boleh ke Khairy mengapa-apakan Jelita dan...
“Kau tak apa-apa ke?”
Pertanyaan Khairy telah membuatkan dia sedikit terkejut. Jantungnya berdebar laju.
Nubhan pantas mengeleng dengan mulut tertutup rapat. Seketika kemudian, dia melihat Khairy sedang merenung ke arahnya.
“Ke..kenapa pandang aku macam tu?”
“Kau sebenarnya ada sesuatu nak beritahu pada akukan?”
Nubhan terdiam dan segera memandang ke arah hadapan.
“Sebenarnya siang tadi, Jelita diganggu oleh seorang lelaki. Lelaki itu bertindak dengan memeluk Jelita dari belakang tapi dia tak sempat nak buat apa-apa sebab aku sempat berlari ke arah Jelita”
Nubhan tidak beriak akan wajahnya. Dia pasti perkara itu akan berlaku kepada Jelita lambat-laun. Jika bukan dia yang melakukannya akan ada orang lain yang akan melakukannya malah lebih kasar daripadanya.
“Kau tak nampak terkejut pun...”
“Ha? Tak..aku sedang fikirkan perkara lain..jadi aku tak dengar apa yang kau beritahu tadi...” Nubhan berpura-pura tidak mendengar.
“Ada orang ganggu Jelita siang tadi...” Khairy meringkaskan lagi perkara yang telah berlaku kepada Jelita.
“Ouh..dia..dia tak apa-apa ke?” Nubhan berpura-pura risau.
“Aku ada waktu tu...” Khairy memandang lama ke arah Nubhan.
“Ouh..baguslah...”
Khairy perasan Nubhan sememangnya sedang melindungi sesuatu daripadanya. Tetapi dia masih tetap pada prinsipnya untuk tidak memaksa Nubhan menceritakannya jika Nubhan sendiri tidak mahu memberitahunya.
“Nubhan kau masih anggap aku kawan baik kaukan?” soal Khairy secara tiba-tiba.
Nubhan menoleh ke arah Khairy dan mereka sempat bertentangan mata.
“Kenapa tiba-tiba kau tanya macam tu?” Nubhan cuba tersenyum.
“Aku Cuma nak memastikannya...”
“Jadi?”
“Mungkin aku pernah abaikan kau dahulu, dan aku buat kau terluka sendiri dengan sikap aku. Aku minta maaf...” dia teringatkan email yang dihantar oleh Nubhan kepadanya dahulu.
“Aku tak ingat pun semua tu...” Nubhan ketawa sendiri.
Suasana kelihatan janggal antara mereka. Khairy tidak berani ingin bertanya sendiri kepada Nubhan mengenai orang tuanya.
“Nubhan, kadang-kadang kita terpaksa menipu untuk melindungi sesuatu, tapi lambat-laun ianya akan terbongkar dengan sendirinya dan pada saat itu kita akan rasa sangat menyesal kenapa tidak kita beritahu sahaja daripada mula”
Nubhan menundukkan matanya. Dia faham dengan maksud Khairy. Khairy mahukan dia bercakap benar. Mungkin itu yang Khairy mahukan daripadanya.
“Tapi ianya tak semudah itukan...mungkin kita takut penipuan kita itu akan melukakan hati orang yang kita sayang...” sambung Khairy lagi.
Setelah dia melihat Nubhan diam sahaja, Khairy memutuskan untuk masuk ke biliknya dan tidur sahaja. Memberi ruang kepada Nubhan untuk berfikir sendiri.
****

KHAIRY melepaskan nafasnya perlahan setelah dia kembali ke biliknya. Dia tidak percaya dia masih berlagak tidak apa-apa dihadapan Nubhan. Pintu biliknya dikunci, dan perkara ini belum pernah dilakukannya sebelum ini walaupun dia tinggal bersendirian di rumahnya.
Dia teringat kembali kejadian petang tadi, ketika dia masuk ke dalam bilik yang diduduki oleh Nubhan, dan pada waktu itu Nubhan berada di dalam tandas, kemudiannya telefon bimbit Nubhan berbunyi dan nama J tertera di skrin. Nombor itu berbelas kali menghubungi Nubhan namun satu pun tidak dijawab.
Khairy mengangkat panggilan itu dan sebaik sahaja dia meletakkan telefon di telinganya, dia terdengar suara seorang wanita kelihatan marah berkata sesuatu kepadanya.

“Sampai bila kau nak jauhkan diri kau daripada aku. Kau kena ingat nyawa ibu kau ada di tangan aku. Kalau kau tak buat macam apa yang aku suruh, aku akan sakitkan ibu kau. Aku akan sakitkan dia sedikit demi sedikit sampai dia mampus! Ingat Nubhan, sama ada kau bawa perempuan tu hidup-hidup atau mati sekali pun aku tidak peduli, asalkan perempuan tu mati! Aku nak dia menyesal dengan apa yang dia dah buat pada aku...”
Tut..tut...tut...
Panggilan terputus selepas itu.
Khairy pantas meletakkan kembali telefon bimbit Nubhan di atas meja lampu dan dia segera keluar dari bilik tersebut dengan wajah tertanya-tanya.
Perempuan? Siapa yang dimaksudkan oleh si pemanggil itu?
Dia teringatkan kemalangan yang berlaku kepada Jelita tadi. Mungkin disebabkan itu Nubhan terpaksa menghalau Jelita kerana tidak mahu Jelita mendekatinya lagi. Atau sebenarnya dia telah diugut untuk melakukan sesuatu kepada Jelita jika tidak ibunya dalam bahaya. Nubhan dalam keadaan terdesak dan dia tidak mempunyai pilihan yang lain selain dengan membawa Jelita kepada orang itu. Tapi apa yang Jelita telah lakukan kepada mereka? Kenapa Mereka cuba apa-apakan Jelita.
Apa yang Nubhan patut lakukan kepada Jelita? Jadi selama ini Nubhan bersikap baik dengan Jelita kerana mempunyai sebab sendiri.
Tuk..tuk..
Khairy tersentak sendiri dan lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Jantungnya pantas berdegup kencang. Matanya terbeliak kecil.
Dia menarik nafas untuk menghilangkan rasa gementarnya dan sebaik sahaja dia membuka pintu dia berlagak seperti biasa.
“Khairy, aku rasa aku nak keluar sekejap. Kau nak pesan apa-apa tak?”
“Ouh tak ..tak apa..kau nak guna kereta ke? Aku boleh pinjamkan...”
“Tak apa, aku okay...aku nak turun bawah sekejap je. Nak hilangkan peluh...”
“Oh okay..hati-hati...”
Nubhan beredar selepas itu. Khairy terus menarik nafas perlahan. Kenapa pula dia mesti berasa takut dengan Nubhan? Mungkin kerana panggilan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience