Bab 37

Romance Series 7360

Nubhan berhenti sebaik sahaja dia tiba di kawasan basement aras satu. Matanya tajam mencari sesuatu. Dia terasa seperti diikuti dan dia terdengar seperti bunyi tapak kasut berjalan laju ke arahnya. Nubhan segera mencari secara liar dan kemudian dari kawasan gelap dia melihat ada sebentuk tubuh memakai hoodie gelap dan berkasut sedang berdiri mengadap ke arahnya.
Nubhan memandang ke arah bentuk tubuh itu dan kemudian kakinya tergerak ke belakang apabila dia melihat tubuh itu semakin menghampirinya. Matanya terbuntang dan ketika dia cuba masuk semula ke dalam lif, tiba-tiba bahunya ditarik kuat dan tubuhnya terpusing ke arah lelaki itu dan tanpa sepatah kata sisi perutnya ditikam dengan screw driver kecil.
Dia terbongkok dan cuba melepaskan diri daripada lelaki itu. Setelah itu dia terjatuh di kaki lelaki itu sambil memegang kesan tikamannya. Wajahnya mulai kepucatan menahan rasa sakit. Dia mengerang kecil. Matanya bertentangan dengan mata lelaki itu.
“Dia arahkan aku untuk sampaikan salam kepada kau dan beri kau pengajaran kerana sikap kau yang pentingkan diri...harap kau akan berubah dan buat seperti apa yang dia suruh...”
Lelaki itu beredar pergi dengan langkah panjang dan kemudian hilang di dalam kegegelapan. Nubhan melihat tangannya yang berlumuran darah. Dia cuba bangun dengan sendiri dan kemudian menutup kesan lukanya dengan sweater labuh yang dipakainya. Dia kembali masuk ke dalam lif dan menekan butang 10.
Tiada tempat yang lebih selamat selain daripada apartment mewah Khairy. Dia menahan rasa sakitnya dengan mata yang sudah berbinar. Sebenarnya dia sengaja turun ke bawah setelah menerima pesanan ringkas yang meminta dia turun ke bawah, dan jika dia berkeras lelaki tadi akan mencarinya di apartment Khairy. Dia tidak mahu Khairy diapa-apakan. Biarlah dia terluka sendiri asalkan Khairy tidak diapa-apakan.
Sampai di tingkat 10 dia berjalan sambil memegang dinding sepanjang ke apartment Khairy. Langkahnya terasa berat dan dia semakin sakit. Matanya semakin kabur dengan air mata. Sekurang-kurangnya ini adalah pergorbanannya untuk menyelamatkan semua orang yang dia sayang di dunia ini.

****

KHAIRY melihat jam di atas meja lampunya yang menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dadanya berasa debar lain macam sahaja dan membuatkan dia teringat akan Nubhan. Dia sudah pulangkah? Walaupun dalam masa yang sama dia berasa takut dengan cara Nubhan, tetapi dia masih memikirkan yang Nubhan adalah sahabat baiknya dan tidak mungkin Nubhan akan mengapa-apakannya pula.
Dia kemudian bangun dari pembaringannya dan berjalan keluar dari bilik. Dia terdengar bunyi suara sayup-sayup seperti orang sedang mengerang kesakitan. Bulu romanya tegak berdiri. Tak mungkin ada perkara misteri pula di dalam apartmentnya. Dia berjalan perlahan sehingga ke ruang tamu dan bunyi itu semakin jelas sehinggalah dia melihat Nubhan terbaring di sofa, dan dia melihat ada tompokan darah pada baju tshirt di bahagian dalam yang dipakai oleh Nubhan.
“Nubhan!” Khairy pantas mendapatkan Nubhan dan segera melihat keadaan Nubhan yang sedang menahan kesakitan.
“Ap..apa yang dah berlaku pada kau...si....siapa yang buat kau macam ni!!” suaranya gugup dan kuat.
Khairy segera bangun untuk mendapatkan telefon bimbitnya dan dia terus menghubungi ambulan. Setelah itu dia kembali untuk melihat keadaan Nubhan. Wajah Nubhan pucat teruk pada ketika itu dan itu lebih merisaukan Khairy. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Nubhan. Dia dirompakkah?
“Ya Allah, apa dah jadi pada kau ni? Beritahu aku Nubhan, siapa yang buat kau macam ni?! siapa?”
Khairy terus memegang tangan Nubhan untuk memberi kekuatan kepada sahabatnya itu. Dan matanya mulai kemerahan. Dadanya sebak melihat Nubhan sakit seperti ini.
“Jangan risau..ambulan akan sampai..kau tak akan apa-apa...Cuma tolong kuatkan hati kau untuk lawan kesakitan ni...” Khairy setia di sisi Nubhan.
Ya Allah, selamatkan sahabatku, aku masih belum bersedia untuk kehilangannya...bisik Khairy berkali-kali.
10 minit selepas itu ambulan tiba dan Nubhan terus dibawa ke HKL untuk rawatan kecemasan. Khairy turut berada di dalam ambulan untuk menjadi penjaga kepada Nubhan. Sepanjang perjalanan ke hospital, Nubhan telah diberi rawatan kecil dengan menggunakan bantuan alat pernafasan dan dia dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri. Khairy menangis secara diam dan hatinya sangat sakit melihat keadaan Nubhan seperti itu. Dia akan pastikan orang yang telah membuat Nubhan seperti ini akan menerima pembalasannya.

****

KETIKA dia sampai, dia melihat Khairy berada di atas kerusi, duduk separuh bongkok dan kedua-dua tangannya bersatu dan hampir ke dahi. Pada ketika itu juga dia melihat ada kesan darah kering pada tangan Khairy.
Jelita duduk di sebelah Khairy dan melihat dengan pandangan simpati kepada lelaki itu. Kemudiannya, Khairy mengangkat wajahnya dan dia menoleh ke arah Jelita. Matanya masih berbekas dengan air mata dan wajahnya kelihatan kesedihan.
“Nubhan, bagaimana dengan dia?” soal Jelita dengan suara gugup.
“Doktor baru pindahkan dia ke wad ini selepas operation. Dia masih belum sedarkan diri. Mujurlah tikaman itu tidak terlalu dalam...jika tidak dia mungkin akan...” Khairy menarik kepalanya semula dan memandang ke bawah, terdengar keluhan berat daripadanya.
“Saya ingatkan selepas saya hantar pesanan kepada awak, awak tak akan datang melawat dia selepas apa yang dia buat kepada awak...”
“Dia tetap sahabat saya. Takkan kerana hal sekecil itu saya perlu ambil hati. Lagipun sesuatu telah berlaku kepada diakan..saya risaukan dia juga...” beritahu Jelita.
Mereka duduk di situ hampir 10 minit lamanya dan kemudian Jelita bangun dari tempat duduknya untuk melihat Nubhan dari luar pintu.
“Doktor tak benarkan pelawat masuk kecuali penjaganya sahaja. Jadi saya akan stay kat sini..” kata Khairy kemudiannya.
“Ouh...”
Dia melihat jam di tangannya, sudah pun menunjukkan pukul tiga pagi. Esok pagi dia kena masuk kerja awal, sepatutnya sekarang adalah waktu istirehatnya tetapi tak mungkin dia nak pentingkan diri sendiri pula.
“Saya akan temankan boss kat sini...”
“Maafkan saya Jelita sebab panggil awak ke sini, pasti awak rasa sedikit terbeban. Esok pagi awak kena masuk awalkan...”

“Eh! Tak apa boss, saya okay..apa yang penting hati saya rasa lega bila tengok keadaan Nubhan sendiri. Saya rasa bersyukur sekurang-kurangnya dia tak apa-apa...”
“Terima kasih Jelita...saya tak tahu nak hubungi siapa, lagipun awak juga rapat dengannya...”
Jelita tersenyum simpul. Dia kembali duduk di sebelah Khairy.
“Boss pun mesti penat jugakan, kalau boss nak turun ke bawah pergi minum dulu tak apa, pergilah. Saya akan duduk di sini sementara boss tak ada...”
“Urm, saya rasa nak minum coffee. Maafkan saya sebab menyusahkan awak...”
“Boss, saya dah cakap banyak kali dah, tak ada apa yang perlu boss minta maaf daripada saya. Nubhan kawan saya juga, jadi saya pun kena ada rasa bertanggungjawab terhadap dia. Boss tak perlulah fikir macam tu..”
Khairy tersenyum kelat. Dia menganggukkan kepalanya dan kemudian beredar selepas itu. Dia menuju ke lif, dan ketika dia berjalan ke sana, dia sekadar memandang sekilas ke arah lelaki yang memakai baju hitam, seluar hitam dan memakai topi. Wajahnya tidak jelas kelihatan baru sahaja keluar dari lif. Mereka berselisih bahu.
Khairy berhenti secara tiba-tiba apabila hatinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sahaja dari penampilan lelaki itu. Dia mengikut langkah lelaki itu dari belakang. Lelaki itu berjalan ke arah Jelita yang bersendirian pada ketika itu.
Langkah lelaki itu semakin lama semakin perlahan ketika mendekati Jelita.
“Jelita!” Khairy sengaja melaung nama Jelita dan membuatkan Jelita mengangkat muka dan menoleh ke arah tepi. Jelita segera bangun dari kerusi dan dia melihat ada seorang lelaki melintasinya dengan cepat tanpa mengangkat wajahnya.
“Boss?” Jelita berwajah pelik ketika dia melihat Khairy kembali kepadanya.
“Dah minum ke? Cepatnya...”
Khariy mengelengkan kepalanya. Dia memandang lama ke arah laluan yang dilalui oleh lelaki itu.
“Kenapa boss?”
“Tak...tak ada apa-apa..urm saya rasa saya tak jadi nak pergi minum kat bawah. Tak apalah saya akan duduk dengan awak kat sini..”
Khairy kembali duduk di sebelah Jelita. Kedua-duanya terdiam.
“Boss tak nak tengok Nubhan kat dalam ke?”
“Saya dah tengok dia tadi. Biarlah dia rehat”
Siapa lelaki misteri itu? Dia nampak mencurigakan. Bisik Khairy.
“Jelita, tadi awak ke sini awak rasa ada orang ikut awak tak?”
“Ha? Tak..tak ada. Kenapa?” Jelita pantas mengelengkan kepalanya.
“Urm, tak ada apalah...” mungkin hanya perasaan dia sahaja. Mungkin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience