Bab 20

Romance Series 7360

Kebetulan Nubhan terlihat ke arah Jelita yang sedang menunggu rapid bas untuk mengunjungi klinik dan mengambil surat MC memandangkan dia sendiri telah diberi kelonggaran untuk bercuti pada hari Isnin itu. Badannya terasa panas sejak awal pagi tadi ketika dia sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kemudian dia mendapat pesanan mesej daripada Khairy.

Tak perlu masuk kerja hari ni. Ambil MC sahaja dan pergi klinik kalau rasa tak sihat.

Pesanan itu dibaca tanpa dibalasnya. Jelita berasa tidak gembira setiap kali dia memikirkan perkara yang telah berlaku kepadanya semalam. Gara-gara terkejut dengan sergahan Lisa, dia terjatuh ke dalam air. Memalukan! Sememangnya memalukan.
Tetapi dia harus bersyukur sekurang-kurangnya dia tidak mati pada ketika itu.
Pin..pin...
Jelita terdengar bunyi hon yang di’pin’kan ke arahnya. Dia melihat cermin sebelah pemandu diturunkan dan dia melihat kepala seseorang mengarah ke arahnya.
“Jom...” ajak Nubhan.
Tanpa menolak dia terus mendapatkan lelaki itu dan menaiki kenderaannya.
“Kalau tahu sakit kenapa tak minta tolong saya hantarkan, lagipun saya free pagi ni” kata Nubhan sekadar menoleh sekilas ke arah Jelita.
Jelita berbaju sweater labuh, dan berselendang Kek Nis. Hidungnya tampak kemerahan dan hidungnya berasa tidak selesa gara-gara hingus yang asyik mahu keluar sahaja. Dia mengeluarkan sapu tangan yang dibawanya dan pantas mengesat air di hidungnya.
“Khairy bagi saya cuti hari ni dan dia suruh saya pergi ke klinik untuk ambil MC” beritahu Jelita dengan suara sedikit sengau.
“Yalah, awak pun tak sihatkan. Ni badan awak terasa panas ke?”
“Herm, sikit, tapi selsema ni makin teruk, sebab tu kena bawa kain tuala ni, kalau tidak susahlah...” dia terbersin secara tiba-tiba. Matanya berasa pedih dan kemerahan. Dia dalam keadaan tidak selesa.
“Erm, awak apakata kalau awak tutup aircond dan kita guna udara luar sahaja, sebab saya rasa tak selesa...” beritahu Jelita.
“Oh okay, lagipun awak tak boleh dalam keadaan sejukkan..” Nubhan menutup aircond keretanya dan terus menurunkan tingkap mereka.
“Ah..Choo!!” Jelita terbersin lagi.
“Sorry Nubhan, saya tak boleh nak kawal diri saya. Saya..Ah..Chooo!! sorry..selsema ni..menyusahkan!” Jelita memarahi dirinya sendiri.
“Tak apa, saya faham. Awak jangan risau saya okay, lagipun antibodi saya kuat. Saya tak akan berjangkit..”
Jelita dan Nubhan tidak berbual panjang selepas itu, memandangkan Jelita sendiri berasa tidak selesa dalam keadaan selsemanya yang semakin teruk. Sampai sahaja di klinik swasta, Nubhan menemani Jelita. Seperti biasa, agak ramai yang sedang menunggu nombor giliran mereka dipanggil. Jelita berulang-ulang kali pergi ke tandas untuk membasuh muka dan tangan, risau jika dia membawa wabak selsemanya dan terkena kepada orang lain.
Hampir sejam kemudian barulah namanya dipanggil dan dia masuk ke dalam bilik untuk diperiksa oleh doktor. Nubhan menunggu di luar betul-betul di hadapan kaunter ubat. Selang enam minit selepas itu, Jelita keluar dengan muka ‘toya’, muka orang tidak bersemangat. Dia kembali duduk di sebelah Nubhan sementara dipanggil untuk mengambil ubat pula selepas itu.
Selepas mengambil ubat mereka kembali ke kenderaan Nubhan.
“Minumlah air botol ni, buat untuk makan ubat sekali. Mana nak tahu lekas awak makan ubat, lekas selsema awak tu berkurangan”
Jelita tidak menolak dan dia segera memakan ubat selsema dan ubat demam sekaligus.
“Terima kasih Nubhan, awak baik sangat sebab sanggup hantar saya pergi hospital dan tunggu dengan saya kat sini. Sudahlah lama pula tu, mesti awak rasa penatkan?”
“Tak adalah, saya okay je, lagipun awakkan tak sihat. Hari ni hari awak, esok lusa hari saya pula” Nubhan tersenyum manis.
“Awaklah orang yang paling rapat dengan saya kat sini selain rakan sekerja saya yang lain dan awak jugalah yang selalu ada bila saya kesusahan..awak memang bestfriend saya” beritahu Jelita.
Nubhan tersenyum sahaja setelah mendapat gelaran ‘bestfriend’. Biar pun tidak dianggap istimewa tetapi itu sudah memandai, sekurang-kurangnya dia telah membuatkan gadis itu selesa dengannya.
Ketika memandu tanpa memasang muzik untuk memberi keselesaan kepada Jelita untuk berehat seketika, tiba-tiba mereka terdengar bunyi berkeriuk yang agak kuat dan pantas menarik tumpuan Nubhan pada ketika itu.
Jelita memandang ke arah Nubhan dengan pandangan malu.
“Awak belum bersarapan lagi ke?”
Jelita mengeleng, jujur.
“Kalau macam tu kita balik ke Santai Cafe dan saya akan sediakan bubur ajaib untuk awak”
“Ha? Bubur ajaib? Bubur apa?”
“Adalah, bubur ni tradisi keluarga saya dan awak pasti akan menyukainya”
“Awak tak rasa ke saya akan hilang selepas makan bubur ajaib awak tu?” Jelita berniat untuk bergurau.
Nubhan ketawa kecil.
“Jangan risau, bubur ajaib saya tu akan membuatkan awak tak sedar yang awak dah menghabiskan semangkuk bubur. Tapi awak kena bersabar dulu sebelum dapat menikmati bubur ajaib saya”
“Baiklah! Saya nak sangat makan bubur ajaib awak tu, pastikan sedap tau?!”
“Promise!”

*****
SEBELUM dihidangkan dengan bubur ajaib Nubhan, Jelita dihidangkan dengan roti bakar dahulu untuk mengisi perutnya yang kosong. Mereka berdua berada di kawasan dapur cafe. Jelita melihat Nubhan bermain dengan pisaunya yang tajam sambil memotong bahan-bahan yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam bubur ajaibnya.
Nubhan memakai baju kemeja dan kedua-dua lengannya disinsingkan, menampakkan urat muscle lelakinya serta mengenakan apron yang diikat di paras pinggang. Penampilannya terserlah dan dia nampak seperti sedang melakukan komersial TV. Hidungnya mancung, matanya kelihatan lembut dan senyumannya tidak pernah lekang dari wajahnya, rambutnya juga bergaya. Ketinggiannya hampir mencecah 179 cm. Dia sesuai untuk menjadi model TV mahupun majalah.
Orangnya ada rupa tetapi masih single. Beruntunglah siapa yang dapat memilikinya tetapi sering kali Jelita terfikir dua tiga kali sebelum ini, kenapa dia tidak terpikat dengan ketampanan Nubhan. Nubhan sangat baik orangnya, pandai mengambil hati, memberi kata-kata nasihat dan juga seorang yang bijak dalam perniagaan dan paling utama dia sangat suka tersenyum. Bukan tersenyum gatal tu ya..
Mungkin inilah orang kata, bila hati dah sayang bukan paras rupa menjadi ukuran. Dia tidak berasa teruja atau mahu mengelempur apabila bersama-sama dengan Nubhan, dia juga tidak berasa gementar apabila lelaki itu tersenyum lama ke arahnya. Tetapi tidak kepada Khairy, apabila bersama Khairy jantungnya sering kali berdegup pantas, dan adakalanya tiba-tiba dia berasa rindu kepada lelaki itu dan adakalanya dia ingin pergi jauh daripada lelaki itu dan tidak mahu bertemu dengan lelaki itu langsung.
Apakah jenis perasaannya itu?
Hampir satu jam menunggu, dan akhirnya bubur ayam yang dimasak sudah pun siap. Satu mangkuk bubur dihidangkan kepada Jelita, dan siap berhias lagi, membuatkan Jelita tiba-tiba menjadi berselera untuk makan. Tidak dilupakan segelas air fresh orange, dan Jelita tersenyum sebelum melihat ke arah Nubhan.
“Terima kasih awak, saya tak sangkalah awak ni memang baik...baik sangat...” puji Jelita.
Nubhan ketawa berdecit.
“Tak ada apalah, lagipun sayakan sedang melayan orang yang sedang sakit ni..”
Jelita merasai bubur ayam tersebut, rasanya yang hangat melegakan tekak dan hidung Jelita.
“Macam mana, sedap tak bubur ajaib saya tu?”
Jelita mengangkat ibu jari naik ke atas.
“Sedap sangat-sangat. Saya rasa saya boleh habiskan dua mangkuk bubur kalau macam ni. Memang sedaplah. Awak cakap bubur ajaib ni tradisi keluarga awak ya, urm boleh tak kalau saya nak minta resepi?” Jelita tersengih.
Nubhan sedang memikirkannya.
“Saya belum pernah berkongsi resepi dengan sesiapa pun sebelum ini sebab tak ada orang yang mengetahui tentang bubur ajaib saya ni, tapi awak orang pertama yang rasa bubur ajaib saya ni, jadi dengan bermurah hati saya akan bagi resepi dekat awak”
“Tapi, memang sedaplah. Kalau bubur awak ni dijual di cafe awak pun okay apa. Buat untuk sarapan pagi..”
“Awak nak tahu kenapa bubur ajaib saya ni sedap?”
Jelita mengangguk laju.
“Saya masak dengan penuh kasih-sayang..”
Jelita terdiam ketika mata mereka bersatu. Suasana menjadi janggal secara tiba-tiba.
“Ibu saya yang ajar saya macam tu. Setiap masakan ibu, saya akan makan dengan penuh berselera, sebab ibu saya masak dengan penuh kasih-sayang. Jadi kata ibu, kalau kita nak buat orang lain gembira dengan masakan kita, buat dengan sepenuh hati yang ikhlas. Itu resepi utama yang perlu ada dalam setiap masakan kita” beritahu Nubhan.
“Ya, saya setuju tu..eh, pelik selsema saya makin baiklah..”
Nubhan tersenyum simpul.
“Awakkan makan ubat selsema tadi, sebab tu awak dah okay sedikit. Tapi ubat selsema awak tu tak mengantuk ke?”
“Ahalah, baru saya perasan. Biasanya ubat selsema yang saya makan sebelum ni, biasanya mengantuk, tapi kali ini saya tak mengantuk pula, mungkin ianya bukan jenis ubat yang mengantuk kut..”
Mata Nubhan terpandang ke arah hadapan di sebalik wajah Jelita. Air mukanya berubah selepas itu. Senyumannya hilang terus. Jelita memandang wajah keruh Nubhan dan dia menoleh ke belakang melihat ke arah seorang wanita berambut curl panjang sedikit perang, memakai blaus labuh mengikut bentuk badan sehingga paras lutut, dan berayban karamel kemudiannya berhenti di tepi meja Jelita.
“Hai Nubhan, i am sorry. I just need to talk with you about something? Can’t we?”
Jelita memandang ke arah wanita itu. Rasanya dia pernah melihat wanita itu sebelum ini, jika tidak silap wanita inilah yang datang ke Santai Cafe pada malam itu untuk bertemu dengan Nubhan.
Nubhan mengambil masa untuk menjawab pertanyaan wanita itu. Kemudiannya dia memandang ke arah Jelita.
“Alia, kalau awak nak cakap apa-apa cakap sajalah kat sini”
“But I think we needs the privacy”
“Saya tak boleh pinjamkan masa untuk awak, sebab saya sedang bersama-sama dengan seseorang..” Nubhan memandang ke arah Jelita yang terhenti menikmati bubur ajaib Nubhan.
“Ouh...” wanita itu menanggalkan rayban karamelnya dan dia memandang ke arah Jelita dengan pandangan sedikit kecewa dan juga terselit sedikit cemburu.
“Awak dah ada pengganti rupanya”
“Untuk apa saya tunggu lagi kalau hati saya dah terpaut kepada seseorang, jadi kenalkan ini kekasih saya, Jelita dan kami bakal bertunang tidak lama lagi...”
Mata Jelita bulat mendengarnya, dan dia melonggo kecil. Nubhan memandang ke arahnya seperti sedang memberi isyarat kepadanya untuk mengakui pembohongan Nubhan. Mungkin Nubhan mempunyai rancangan sendiri untuk mengelakkan dirinya daripada wanita itu.
“Hai, saya Alia, bekas kekasih Nubhan...” Alia menghulurkan tangan kepada Jelita dan dia sengaja menekankan ‘bekas kekasih’ sambil matanya sempat menjeling ke arah Nubhan.
“Urm, saya Nur Jelita, panggil Jelita” ketika dia mengenalkan dirinya kepada Alia, matanya sempat menjeling ke arah Nubhan.
Nubhan berwajah serius pada ketika itu.
“Jadi bagaimana awak boleh melenturkan hati lelaki ini untuk terima awak, sedangkan dia masih sangat sayangkan saya...”
“Alia, stopped!” Nubhan bersuara tinggi, pertanyaan Alia membuatkan hatinya tidak keruan.
“Ha?” Jelita tidak faham dengan kata-kata wanita itu. Dia menarik semula tangannya dan memandang wajah Nubhan cuba meminta pertolongan. Dia tidak hebat dalam menipu orang seperti ini. Nak-nak mengaku sebagai kekasih, sudahlah tu bakal menjadi tunang pula tu.
“Saya tahu awak selalu ambil tahu mengenai saya. Khairy beritahu saya yang awak masih single selepas awak tinggalkan saya secara tiba-tiba...”
“Berhenti mengarut Alia. Awak yang tinggalkan saya dulu. Awak yang pergi dengan lelaki lain, dan awak cakap saya yang tinggalkan awak dulu. Ya, memang sebelum ini saya masih single, sebab saya risau saya akan beri cinta dan kasih-sayang saya kepada orang yang salah tapi sekarang saya dah bertemu dengan seseorang yang telah bukakan hati saya untuk kembali mencintai, dan orang itu adalah Jelita”
Dada Alia sedikit berombak. Dia tidak percaya wanita itu adalah kekasih kepada Nubhan, dan dia menyedari tidak ada apa yang menarik pun tentang wanita itu. Wajahnya pucat tanpa bermake up, setahunya dia sangat memahami cita rasa Nubhan. Lelaki itu sukakan wanita yang modest, glamor, dan pandai menjaga keterampilan diri, dan semua itu ada padanya. Tetapi kenapa wanita bertudung ini pula yang menjadi perhatian Nubhan.
“Kalau macam itu, boleh saya berbual dengan awak, Jelita?”
“Er?” Jelita tahu dia perlu melakukan sesuatu dan akhirnya dia mengangguk.
Nubhan kelihatan tidak setuju mengenai perkara itu. Dia juga perlu melindungi Jelita. Tetapi kemudiannya Jelita bangun dari kerusinya dan dia menuju ke tempat duduk yang lain yang telah dipilih oleh Alia.
Nubhan berharap tidak ada sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience