Bab 33

Romance Series 7360

Jelita sekadar memandang ke arah Santai Cafe dan melihat ke dalam dan dia melihat Nubhan berada di dalamnya sedang bercakap-cakap dengan pekerjanya. Dia memandang ke hadapan semula sambil mengeluh, tetapi secara tiba-tiba dia menoleh ke kirinya semula dan melihat dengan lebih lama ke arah Nubhan.
Wajahnya berubah gembira apabila dia melihat Nubhan benar-benar ada di Santai Cafe. Dia terus menuru masuk ke dalam dan terus mendapatkan Nubhan. Senyumannya tidak lekang dari wajahnya.
“Awak! Awak dah balik?” Jelita terus bersuara ceria.
Pekerja Nubhan tersenyum sahaja dan dia meninggalkan mereka berdua. Nubhan tersenyum mesra ke arah Jelita.
“Hai” Nubhan mengangkat tangan kirinya dan melambai ke arah Jelita.
“Kenapa awak tak pernah angkat panggilan saya dan balas pesanan mesej saya. Kenapa awak diam macam tu sahaja. Awak buat saya risau tahu tak? Khairy pun sedang mencari awak..dah seminggu lebih awak senyap macam tu je” wajah Jelita berbaur sedih dan gembira.
Nubhan memandang sahaja ke arah Jelita ketika Jelita meluahkan rasa tidak puas hatinya. Dia gembira dapat melihat wajah Jelita semula dan keadaan Jelita kelihatan baik-baik sahaja pada pandangannya.
“Baguslah awak tak apa-apa...” Jelita melihat Nubhan dari atas sehingga ke bawah dengan pandangan lega. Tetapi kemudian dia terlihat kesan lebam dan cakar di bawah lengan kanan Nubhan ketika Nubhan berpusing ke arah kaunter ingin melihat pekerjanya.
Wajah Jelita berubah.
“Awak, kenapa dengan tangan awak tu..ada kesan lebam dan cakar. Awak tak apa-apa ke?”
Elok sahaja Jelita berkata seperti itu, Nubhan terus menarik tangannya ke belakang dan dia mengelengkan kepalanya sambil tersenyum sahaja.
“Awak tak perlu risau. Ini luka biasa je. Saya terjatuh sebenarnya beberapa hari yang lepas...”
“Jatuh? Betul ke ni?”
“Saya cuba panjat batu besar di tepi pantai, tapi kaki saya tersalah pijak lumut dan saya terjatuh...” beritahu Nubhan. Dia tidak berniat mahu membuat Jelita risau akannya.
“Betul ke ni?”
Nubhan mengangguk.
“Awak janganlah risau..”
“Awak dah letakkan ubat ke kat tangan awak tu...”
“Oh dah. Tak perlulah buat muka macam tu. Saya tak apa-apa...”
Jelita melihat ke arah Nubhan dengan pandangan simpati, walau bagaimanapun dia gembira kerana Nubhan sudah pun kembali ke Santai Cafe.
“Mari kita bercakap di bilik kerja saya...” ajak Nubhan secara tiba-tiba. Sebelum ini Nubhan belum pernah lagi mengajak Jelita berbual di bilik kerjanya. Habis kurang pun mereka akan berbual di tingkat atas sambil menikmati minuman hangat bersama-sama.
Nubhan mengajaknya duduk di sofa berbentuk tangan yang berada di penjuru biliknya.
Ketika Nubhan mengajaknya duduk, Jelita sempat melihat kesan lebam dan cakaran pada tangan Nubhan. Betul ke Nubhan terjatuh sendiri atau sebenarnya kesan cakaran dan lebam itu dibuat oleh orang lain. Wajah Nubhan juga nampak sedikit cekung.
Nubhan menutup pintu rapat dan dia kembali duduk di sofa tangan berwarna merah.
“Jelita baguslah kalau awak tak apa-apa...”
Jelita mengerut dahi sendiri. Kenapa pula dengannya?
“Saya risau sesuatu akan berlaku kepada awak”
“Saya tak faham kenapa awak perlu risaukan saya, sedangkan kami yang sedang risaukan tentang awak. Ke mana awak telah pergi Nubhan? Kenapa awak tak pernah angkat telefon dan balas pesanan kami?”
Nubhan memandang ke bawah. Kedua-dua tangannya bersatu dan tidak lama kemudian matanya memandang ke arah Jelita dengan pandangan risau.
“Jelita awak kena lebih berhati-hati selepas ini. Kemana sahaja awak pergi dan apa sahaja yang awak buat, awak kena berhati-hati dan tolong jangan bersendirian kalau awak nak ke mana-mana”
“Nubhan, kenapa ni?” Jelita mulai risau melihat keadaan Nubhan.
“Dan saya tak boleh selalu bersama-sama dengan awak lagi selepas ini? Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada awak...”
“Kejap, saya betul-betul tak faham kenapa awak cakap macam ini kepada saya. Ada orang berniat tidak baik ke terhadap saya? Tapi siapa? Saya tak pernah buat musuh dengan sesiapa pun” Jelita mulai berasa risau. Dia berharap Nubhan sekadar berlakon sahaja. Dia lebih rindukan senyuman Nubhan berbanding wajah cekungnya dan riak kerisauan yang terserlah pada wajahnya sekarang.
“Janji dengan saya...” tiba-tiba Nubhan pantas memegang tangan Jelita dan wajah Jelita brubah terkejut. Dia cuba menarik tangannya kembali tetapi Nubhan memegang erat dan kejap kedua-dua tangannya.
Jelita tidak tahu bagaimana mahu memberi respon kepada Nubhan. Dia masih dalam keadaan terpinga-pinga dengan sikap Nubhan.
“Jelita, please ingat apa yang saya beritahukan kepada awak. Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada awak...”
Tiba-tiba pintu bilik Nubhan terkuak dan seseorang melangkah masuk ke dalam tanpa ketukan pintu terlebih dahulu. Jelita dan Nubhan memandang ke arah Khairy yang datang tanpa mereka sedari. Mungkin Khairy telah diberitahu kedudukan Nubhan pada ketika itu oleh pekerja Nubhan sendiri.
Lebih mengejutkan apabila Khairy melihat Nubhan memegang kedua-dua belah tangan Jelita dengan erat. Wajahnya berubah tidak senang.
“Janji dengan saya...” Nubhan masih menunggu jawapan daripada Jelita. Jelita terpaksa mengangguk supaya Nubhan melepaskan kedua-dua tangannya. Jelita tidak tahu bagaimana ingin berada dalam situasi mereka bertiga pada ketika itu. Khairy sudah semestinya tidak suka apabila melihat Nubhan memegang tangannya tadi.
Ketiga-tiga mereka terdiam dalam suasana janggal. Tidak lama kemudian, Khairy bersuara dan berkata sesuatu kepada Nubhan. Dia menyedari keadaan Nubhan seperti tidak terurus. Wajahnya sedikit cekung seperti orang tidak cukup tidur.
“Nubhan, kenapa kau tak beritahu aku yang kau dah balik. Kemana kau dah pergi?” tanya Khairy dengan suara sedikit tinggi. Dia berasa bengang melihat keadaan Nubhan, tambah-tambah lagi setelah dia melihat Nubhan memegang tangan Jelita tadi.
“Aku minta maaf kalau aku dah buat kau dan Jelita risaukan aku...”
“Gila ke kalau kami tak risaukan kau! Kau kawan baik aku dan Jelita sendiri dah anggap kau sebagai abangnya, apa dah jadi dengan kau ni? Kenapa muka kau cengkung dan keadaan kau macam tak terurus” tiba-tiba Khairy bersuara marah. Lehernya tampak kemerahan pada ketika itu.
Nubhan tidak menjawab terus pertanyaan Khairy. Matanya berbinar pada saat itu.
“Arghh!” Khairy menuru laju ke arah Nubhan dan dia meragut leher baju kemeja Nubhan dan sebelah tangannya diangkat seperti dia mahu menumbuk wajah Nubhan sahaja dan pada masa itu terdengar pekikan Jelita pula.
“Khairy!” dia cuba menghalang Khairy daripada menumbuk wajah Nubhan.
Khairy terhenti dan dia terus menolak Nubhan kasar ke belakang. Dadanya sedikit berombak menahan rasa bengang dan marah. Matanya masih terbayang-bayang Nubhan memegang tangan Jelita tadi. Apa sebenarnya yang dia mahu Jelita berjanji dengannya tadi sehingga dia perlu memegang tangan Jelita seperti itu.
Jelita sendiri tidak perasan yang dia menyebut nama bossnya sebagai Khairy. Ianya adalah tindakan refleksi yang dia sendiri tidak sedar.
“Aku ni siapa pada kau?! Kenapa kau tak bagitahu aku tentang perkara yang sebenar tentang ibu bapa kau” suaranya kedengaran bergetar ketika dia meluahkan perkara yang bermain-main di fikirannya beberapa hari ini.
Nubhan bangun dengan perlahan dan dia berdiri mengadap ke arah Khairy. Dia tersenyum memaksa diri melihat wajah tegang Khairy. Kemudiannya dia berjalan rapat ke arah Khairy. Kedua-duanya saling bertentangan mata kemerahan.
“Aku suka bila kau panggil aku kawan baik kau...” Nubhan tersenyum lemah. Kepalanya terasa berpusing-pusing dan matanya kabur melihat wajah Khairy.
Tiba-tiba Nubhan jatuh rebah ke pangkuan tangan Khairy ketika Khairy menyedari Nubhan seperti mahu jatuh pengsan sahaja. Dia pantas menangkap dan memeluk tubuh Nubhan dengan erat.
“Nubhan...Nubhan...” Jelita memanggil dengan suara risau kemudiannya.
“Boss kita kena bawa dia ke hospital sekarang juga. Dia nampak sangat sakit...” beritahu Jelita dengan suara risau.
Khairy mengangguk laju.
“Tolong panggil pekerja dia seorang, untuk bantu saya bawa Nubhan ke bawah”
“Baiklah..”
Jelita berlari keluar dan tergesa-gesa memanggil pekerja Nubhan. Kelam-kabut pekerjanya berlari memanjat tangga setelah mendapat tahu yang boss mereka jatuh pengsan secara tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience