Bab 25

Romance Series 7360

Khairy menghentikan keretanya setelah masuk ke dalam kawasan parking. Dia mengambil barang-barang peribadinya dan keluar selepas itu. Sewaktu dia menutup pintu keretanya, dia menoleh ke arah hadapannya dan matanya terus bertembung dengan mata Jelita yang dalam perjalanan menuju ke Deflova Cafe.
Jelita melihat seketika dan tanpa senyuman dia berjalan ke arah Deflova Cafe dan masuk ke dalam. Khairy menarik nafas perlahan dan tersenyum tawar sendiri sebelum melangkah masuk ke dalam Deflova Cafe.
“Good morning boss!” sapa Mail dengan suara ceria sebaik sahaja melihat Khairy melangkah masuk ke dalam.
Khairy mengangguk kecil dan dia terus berjalan masuk ke dalam biliknya.
“Jelita, jom pergi breakfast”
Jelita menjuih bibir ke arah pintu bilik boss mereka.
“Pergilah cakap dengan boss dulu. Asyik aku je yang kena, eh tapi bukannya selalu kau ke yang akan minta ‘keizinan’ daripada boss ke?” Mail menuding jari ke arah muka Jelita.
Jelita mencemikkan wajahnya dan matanya membundar seketika.
“Pergilah cakap, asyik aku je...”
“Kau mesti ada buat something yang boss tak suka sebab tu kau jadi pengecut macam ni pulakan...”
“Eh! Mana ada! kau jangan nak ubah topik pula ey? Sekarang ni kau pergi pula cakap kat boss...”
“Ala pergi sajalah breakfast, buat apa nak minta izin dengan boss pula. Dulu dengan Cik Sakinah, tak payah nak minta izin pun. Sampai waktu breakfast, pergilah keluar sekejap...”
“Yalah, tapi kita kenalah cakap dengan dia dulu, mana nak tahu dia cari kita ke apa ke?”
Mail menjuih bibir, dan tidak lama kemudian dia mengalah dan terus ke bilik boss mereka untuk meminta keizinan keluar bersarapan pagi.
Jelita menunggu di meja kaunter. Lima minit kemudian, Mail keluar dan wajahnya seperti ingin menyatakan sesuatu kepada Jelita, dan setelah itu Jelita melihat Khairy turut sama keluar dari biliknya.
Mail berjalan pantas ke arah Jelita dan cuba mengatakan sesuatu dalam bahasa isyarat tetapi tidak difahami oleh Jelita. Khairy berhenti di meja kaunter dan memandang ke arah Mail dan Jelita.
“Jom, saya nak ikut kamu berdua pergi breakfast sekali. Biasanya kamu berdua makan kat mana?”
Jelita terpaku seketika. Tak pernah-pernah Khairy mengikut mereka bersarapan sekali tetapi tiba-tiba sahaja hari ini. Dia tak sarapan dekat rumah dia ke? Bukan ke ada pembantu rumah ke? Bisik Jelita dengan wajah kurang selesa.
Mail mengangguk dan dia berjalan keluar dahulu. Jelita masih berdiri di kaunter memerhati belakang Khairy yang sudah separuh keluar dari Deflova Cafe. Kemudian, Khairy memandang ke arah Jelita.
“Jomlah, tak nak breakfast dengan saya ke?”
Jelita tidak menjawab tetapi selepas itu dia turut keluar dan sempat mengunci pintu utama cafe sebelum beredar.
Ketika mereka ingin melintas jalan, beberapa kali Khairy memandang ke belakang, melihat ke arah Jelita yang sengaja berjalan lambat kerana tidak mahu berjalan bersebelahan dengan Khairy. Ketika lampu isyarat pejalan kaki ingin bertukar merah, tiba-tiba Khairy menarik pergelangan tangan Jelita dan memegangnya kejap dan pantas menarik Jelita sehingga ke seberang jalan dengan selamat.
Jelita tergamam pada ketika itu dan matanya memandang tajam ke arah Khairy. Ketika Khairy menariknya tadi, dia merasakan masa dan minit seakan-akan perlahan, segala pergerakan kenderaan dan orang awam menjadi lambat. Sebaik sahaja kedua-dua tapak kasutnya berhenti jauh dari lintasan zebra, Khairy menoleh ke arah Jelita dan melihat wajah Jelita berubah-ubah.
Dan pada ketika itu, Jelita melihat setiap pergerakan yang lambat mulai menjadi normal kembali dan tanpa sedar bahunya dilanggar kasar dari belakang oleh seseorang dan hampir-hampir membuat dia terjatuh ke hadapan tetapi sepasang tangan yang bertenaga memegang kedua-dua belah bahunya dan pada ketika itu matanya bertembung dengan pe milik mata berwarna hitam pekat itu.
Khairy menolak bahu Jelita ke belakang semula dan Jelita berdiri dalam keadaan lebih stabil semula.
“Jom...” kerana tidak mahu Jelita berasa malu, Khairy pantas mengajak Jelita kembali dan melihat ke arah Mail yang sudah pun sampai di sebuah restoren sederhana kecil.
Kali ini Jelita dan Khairy sampai bersama-sama. Sewaktu memilih kerusi di meja, Jelita tidak tahu posisi tempat mana yang lebih selesa, dan tiba-tiba Mail memilih tempat duduk yang tidak berhadapan dengan Khairy mungkin kerana tidak berasa selesa. Jadi, nak tak nak Jelita terpaksa duduk di hadapan Khairy. Air muka Khairy kena juga dijaga, takkan nak duduk jauh pula walaupun duduk satu meja yang sama.
Mail dan Jelita memilih menu yang sama iaitu roti canai telur mata dan segelas teh tarik, dan Khairy memilih memakan nasi goreng ikan bilis dan kangkung serta jus orange.
Ketika menunggu pesanan tiba, Khairy cuba berbual dengan Mail dan Jelita tetapi hanya Mail sahaja yang membalas. Mula-mula nampak Mail sedikit janggal tetapi lama-kelamaan dia menjadi banyak mulut pula. Bukan susah pun kalau nak berkawan dengan Mail, mula-mula sahaja dia malu, lama-lama mesralah dia.
Hanya Jelita seorang sahaja yang tidak banyak bersuara dan sekadar memasang telinga sahaja, dan pada ketika itu ingin sahaja dia menukar tempat duduknya dengan Mail, biar Mail sahaja yang duduk di hadapan Khairy dan bukannya dia.
Pesanan mereka yang ditunggu selama sembilan minit sampai selepas itu. Khairy melihat Jelita menikmati roti canainya dengan kurang berselera. Kerana diakah, Jelita tidak lalu untuk makan?
Mail perasan mata Khairy memandang ke arah Jelita dan pandangan itu sangat lama dan membuatkan Mail berfikir sesuatu. Jangan-jangan betullah apa yang digosipkan oleh mereka sebelum ini yang Jelita dan boss mereka mempunyai hubungan secara diam tetapi mereka cuba untuk merahsiakan hubungan mereka. Lagi satu dia juga perasan apa yang telah berlaku ketika mereka melintas jalan tadi. Boss mereka bersikap gentleman kepada Jelita.
Cemburunya...getus hati Mail.
“Urm boss, saya nak tanya satu soalan boleh?” tanya Mail secara tiba-tiba.
“Urm tanyalah” Khairy segera melarikan matanya dan memandang ke arah Mail dan selepas itu dia menikmati nasi gorengnya.
“Boss dah ada kekasih belum?” satu soalan yang melibatkan dua perasaan pada ketika itu.
Dan mata Jelita perlahan-lahan diangkat dan dia memandang wajah Khairy yang tidak menjangkakan Mail akan bertanya soalan itu kepada boss mereka.
“Urm, saya sendiri tak tahu, kadang-kadang rasa macam ada, kadang-kadang macam tidak dihiraukan dan kadang-kadang macam diperlukan semula...”
Jelita segera melarikan matanya apabila Khairy memandang wajahnya sekali imbas. Jelita faham dengan maksud Khairy.
“Maksud boss, kekasih boss tu tak pernah hargai boss ke apa?” Mail cuba bersikap ‘mesra rapat’ pula dengan Khairy.
Khairy tersenyum simpul.
“Mungkin juga. Dia tahu saya sedang menunggu dia, tapi dia cuba uji saya selama mana saya boleh bertahan mengerja dia. Atau sebenarnya...” mata Khairy memandang perlahan ke arah Jelita, “dia nak tahu sejauh mana saya simpan perasaan saya terhadap dia...”
Mail memandang ke arah Jelita. Dia sangat pasti Jelita dan boss mereka sememangnya mempunyai hubungan, lihat sahaja dari cara boss mereka bercakap dan memandang ke arah Jelita.
Dan hanya Jelita sahaja kelihatan tidak tentu arah ketika Khairy menjawab pertanyaan Mail.
“Pada pendapat sayalah, kalau saya jadi boss, saya mungkin dah cari orang lain sahaja, yalah buat apa tunggu orang lama-lama kalau orang tu tak nak dengan kita...” sengaja Mail berkata seperti itu ingin memancing perhatian Jelita yang menjadi bisu secara tiba-tiba.
“Saya tak nak tinggalkan dia untuk kali kedua, saya dah serik dan sekarang saya sedang dihukum atas kesalahan meninggalkan dia dahulu sebab itu dia bersikap dingin dengan saya, tapi saya tahu yang dia tidak pernah lupakan saya...Jelita?”
Mata Mail membulat apabila tiba-tiba Khairy menyebut nama Jelita. Jadi betullah kekasih boss adalah Jelita, dia patut sebarkan gosip terbaru ini di dalam group mereka. Mail mengeluarkan telefon bimbit mereka dan pantas ke Whatsup group Deflova untuk sebarkan gosip itu.
‘Korang aku ada new hot story nak bagitahu kat korang....’
Mail pantas menaip dengan mata bersinar-sinar.
“Jelita kenapa tak luak pun roti canai awak tu?” soal Khairy.
‘kekasih boss adalah Jelita...’
Jelita tersentak apabila bunyi Whatsupnya masuk dan dia segera membaca dengan mata bulat. Jantungnya bagaikan terhenti pada ketika itu.
Khairy mengeluarkan telefon bimbitnya dan dia turut membaca pesanan Whatsup yang baru masuk.
“Mail...” Jelita bersuara halus dan dia memandang tajam ke arah Mail yang baru menyedari akan sesuatu.
“Opss!” mata Mail terbeliak dan dia segera menutup mulutnya yang terbuka luas. Dia terlupa dalam group Deflova mereka ada Khairy sekali.
Jelita menarik nafas dalam dan dia segera menundukkan wajahnya sambil memegang dahinya. Aduh! Malunya...apa Mail dah buat ni...
‘serius ke ni? jadi betullah gosip kita selama ni yang boss memang dah lama sukakan Jelita’
Balas Nana.
‘hahaha, tak sangka pula yang mereka tu secret couple dalam Deflova cafe’
Balas pekerja lelaki yang siap menghantar emoticon pasangan lelaki dan perempuan dan lambang hati di antara mereka.
‘Weh! Nak sebarkan maklumat pun agak-agaklah...ada bosskan dalam ni...okay caw dulu..’
‘Please remove me from this group, thank you’ balas Nana.
‘No comment’
‘Matilah nak’
‘Sedang mencari penyampai maklumat tidak berhemah itu’ balas Khairy kemudiannya dan matanya merenung tajam ke arah Mail.
Mail tersengih seperti kerang busuk dan dia lekas menghabiskan roti canainya dan selepas itu segera meminta diri setelah yakin sarapan pagi kali ini adalah di bawah boss mereka.
Jelita tidak tahu bagaimana dia ingin berdepan dengan Khairy setelah hal mereka disebarkan di dalam group Whatsup Deflova sebentar tadi.
Khairy menarik nafas perlahan dan dia bersandar di kepala kerusi serta matanya memandang ke arah Jelita. Jelita dalam keadaan tidak selesa pada ketika itu. Dia berasa sangat janggal, malu dan tidak tahu bagaimana ingin berdepan dengan Khairy. Khairy pun satu kenapa dia asyik pandang ke arah Jelita sahaja, memanglah nampak sangatlah siapa yang dimaksudkan Khairy tadi.
Jelita meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan, hanya sedikit sahaja roti canai yang dimakannya. Selera paginya hilang begitu sahaja.
“Selain Umobile, Digi, Celcom, Maxis, Tunetalk dan penggunaan data yang berkelajuan tinggi, Mail internet yang lebih pantas daripada semua jenis telco yang ada..” beritahu Jelita dengan wajah janggal.
Khairy menahan senyuman. Dia berasa lucu dengan kata-kata Jelita.
“Habislah saya lepas ni...” Jelita mengeluh perlahan.
“Biar sajalah, semua orang dah tahukan...”
“Boss pun satu kenapa setiap kali jawab soalan Mail boss asyik pandang saya, memang terang-teranglah Mail boleh baca...” Jelita berwajah mengerutu ketika menyampaikan rasa tidak puasnya.
“Benda betul, takkan saya nak pandang muka Mail lama-lama, nanti Mail ingat saya syok dengan dia pula”
“Mesti kecoh nanti, habislah saya...”
“Beritahu saja yang kita memang dah lama kenal dari sekolah lagi. Tak payahlah nak selindung apa-apa lagi. Lambat-laun semua orang akan tahu juga...”
“Boss, saya tak nak masuk kerja hari ni boleh?” pinta Jelita dengan wajah terdesak untuk meminta cuti. Dia sudah dapat membayangkan dirinya akan dikelilingi oleh rakan sekerja yang lain dan berbagai soalan akan ditujukan kepadanya.
“Habis tu awak ingat, awak seorang je nak cuti? Saya? Takkan nak biar saya hadap seorang diri kut semua ni...”
Wajah Jelita sedih sahaja. Runsing dia memikirkan perkara yang akan berlaku kepadanya selepas ini.
“Sudahlah, kalau awak buat tak tahu saja kalau mereka tanya apa-apa kat awak. Buat dunno sudahlah. Cepatlah makan, nak kena masuk kerja pulakan”
Jelita masih tidak mahu menyentuh makanannya sehinggalah Khairy berkata sesuatu kepadanya.
“Awak nak saya suap awak ke baru nak makan..” Khairy ingin menyuap nasi goreng ke dalam mulut Jelita, tetapi Jelita menolak dan kembali menghabiskan roti canainya seolah-olah dia sedang mengunyah chewgum.
Khairy tersenyum sahaja melihat wajah dan gelagat Jelita yang tidak tentu arah. Comel sahaja gayanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience