Bab 24

Romance Series 7360

Sejak dari dia mula masuk ke dalam bilik, dua tiga kali dia berjalan mundar-mandir sendiri dan melihat ke luar. Kemudiannya dia juga akan berdiri di muka pintu biliknya sambil memerhati pekerja-pekerjanya yang sedang melakukan tugas masing-masing hampir beberapa minit dan kemudian masuk semula.
Dia cuba membetulkan kesilapannya pada hari semalam. Dia yakin Jelita pasti sangat marah kepadanya kerana dia dapat melihat dari pandangan Jelita. Pasti Jelita berfikiran bukan-bukan mengenai dirinya. Dia juga berasa malu dengan apa yang telah berlaku antara dia dan Alia. Pada ketika itu, dia hanya berniat mahu memyambut Alia daripada terjatuh tetapi Alia pantas memeluknya dan menangis di sisinya pula.
Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya, setelah dia melihat Jelita beredar pergi dengan renungan tajam, dia terus melepaskan Alia dan membawa Alia ke kerusi dan berura-ura ingin mencari Jelita tetapi ketika dia melangkah ke luar dari biliknya, dia tidak tahu di mana kedudukan Jelita pada ketika itu.
Hari ini dia menunggu Jelita masuk kerja awal pagi seperti biasa tetapi bayangan Jelita tidak kelihatan. Dia tidak apa-apakah atau sebenarnya dia jatuh sakit? Hendak ditelefon dia risau Jelita tidak mahu mengangkatnya. Tapi hanya dengan cara ini sahaja dia dapat tahu keadaan sebenar Jelita.
Jelita tersentak apabila tiba-tiba ada panggilan telefon daripada Khairy sewaktu dia sedang belajar membuat minuman tiga pelangi daripada Nubhan. Dia mengerut dahi kemudiannya.
Jarinya menolak ke sebelah mengangkat panggilan itu dan dia meletakkan telefon bimbitnya di telinga kirinya. Nubhan ada berhampiran dengannya sedang mengisar buah strawberi di dalam mesin pengisar.
“Hello, boss” dia menjawab dengan tidak bersemangat.
Nubhan menoleh sekilas ke arah Jelita. Sudah mengenali orang yang menelefon Jelita.
“Jelita, awak tak datang kerja ke hari ni?”
“Sayakan tengah off day” jawab Jelita bernada malas.
“Ouh..ya ke..?” Khairy mengaru dahinya yang tidak gatal. Aduh! Buat malu sahaja.
“Awak kat mana tu?”
“Saya dengan Nubhan”
“Ouh..urm, okay. Sorry ganggu”
“Ya..” panggilan ringkas itu ditamatkan.
Ketika Jelita memutuskan panggilan terlebih dahulu, Khairy kembali duduk di kerusinya dan bersandar penuh di situ sambil matanya berpusing-pusing memikirkan sesuatu.
Apa jenis hubungan yang mereka ada, kerana setiap kali sesuatu berlaku antara dia dan Jelita, Jelita pasti akan bersama-sama dengan Nubhan selepas itu. Mereka sangat rapat dan Khairy kurang selesa dengannya. Dia tidak boleh memaksa Nubhan untuk meninggalkan Jelita secara tiba-tiba dan dia tidak boleh membuat Jelita meninggalkan Nubhan juga.
Alia juga menyangkakan Jelita adalah kekasih kepada Nubhan tetapi masih dalam keadaan ragu-ragu. Mungkin jika ianya betul, Alia tidak boleh menerimanya seratus-peratus kerana dia masih mempunyai perasaan kepada Nubhan.
Makin dia memikirkannya fikirannya menjadi semakin berserabut, jadi dia memanggil Mona untuk meninggalkan Deflova Cafe dan keluar seketika dengan alasan mencari barang.
Jarak antara Deflova Cafe dengan Santai Cafe hanyalah setakat 17 meter sahaja dan berselang-seli dengan bangunan-bangunan kecil di situ jadi Khairy memutuskan untuk berjalan kaki sahaja. Jika naik kenderaan nak kena cari parking pula.
Dengan berjalan kaki hanya mengambil masa lebih kurang daripada lima minit sahaja. Cuaca tengah hari itu agak terik dengan bahang matahari dan juga bercampur-aduk dengan pencemaran asap kenderaan. Ketika dia masuk ke dalam Santai Cafe, dia berasa selesa kerana berada di dalam ruang berhawa dingin.
Suasana di dalam Santai Cafe sangat tenang, ruang-ruang kosong diduduki oleh anak-anak muda yang datang belajar berkumpulan serta makan dan minum di situ. Lagu-lagu English hits dipasang tidak terlalu kuat, cukup untuk halwa telinga mendengarnya.
Kemudian seseorang datang mendekatinya.
“Sir Nubhan dengan Cik Jelita ada kat dapur, kalau Encik Khairy nak, boleh jumpa mereka kat situ” salah seorang pekerja Nubhan yang mengenali Khairy memberitahu.
Khairy mengangguk dan dia dibawa ke dapur.
“Sir Nubhan, kawan baik Sir datang” beritahu pekerja lelaki muda itu.
“Ouh” Nubhan menyambut kehadiran Khairy. Dia tidak menjangka yang Khairy akan datang ke cafenya.
Jelita bagaikan cicak tertelan kapur ketika dia mendengar nama Khairy disebut oleh Nubhan. Dia pantas memusingkan tubuhnya ke belakang dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan pada ketika itu. Nak berpura-pura yang dia sebenarnya okay ke? Aduh! Kenapa tiba-tiba nak mengelabah pula ni.
Yang boss ni pun satu, kenapa datang sini pula? Pergilah jaga cafe dia tu...getus hati Jelita tidak berpuas hati.
Dia terdengar mereka berbual tetapi dalam nada perlahan dan kemudian senyap selepas itu. Mungkin mereka berdua berbual di luar. Jelita menarik nafas lega buat seketika. Kemudiannya matanya memundar bulat apabila terdengar derapan kasut perlahan-lahan menuju ke arahnya.
Siapa? Siapa tu? Hati Jelita tertanya-tanya.
Nubhan ke?
“Urm, Jelita” lembut sahaja namanya dipanggil dan dia sangat pasti suara itu sangat berbeza daripada Nubhan. Siapa lagi yang akan panggilnya Jelita selain Nubhan di sini tetapi mendengar sahaja namanya dipanggil oleh suara garau itu, hatinya mulai berdebar-debar.
“Awak?”
Jelita terpaku.
“Awak, saya tahu awak mesti nak tahu perkara sebenar apa yang dah jadi semalamkan, saya nampak cara awak pandang saya macam mana, jadi saya datang sini sebab saya nak terangkan apa yang awak tengok semalam bukan seperti apa yang awak fikirkan..” Khairy mula menerangkan segala-galanya kepada Jelita yang dilihatnya dari tepi.
Jelita perlahan-lahan memusingkan tubuhnya ke arah Khairy. Wajah Khairy jelas menunjukkan wajah orang yang serba-salah.
“Kebetulan waktu itu, Alia dia hampir-hampir jatuh dan saya terpaksa menangkap tubuh dia, tapi selepas itu tiba-tiba dia memeluk saya dan menangis. Pada masa yang sama pula awak nampak saya. Saya bercakap benar Jelita..”
“Kenapa boss perlu terangkan semua ini dekat saya? Kita bukan ada hubungan istimewa pun”
“Saya nak beritahu awak yang saya bukan lelaki yang suka mengambil kesempatan, saya berniat ingin membantu tetapi saya tak tahu pula dia akan memeluk saya”
“Jadi, penting ke untuk saya tahu semua ni?” Jelita cuba berlagak seperti dia tidak kisah, tetapi dalam hatinya dia berasa lega kerana Khairy menerangkan perkara itu kepadanya dan jelas menunjukkan dirinya penting buat Khairy. Jadi Khairy tidak mahu dia salah faham dan berasa sakit hati.
“Ya ianya penting untuk awak tahu. Dalam hati saya tak ada sesiapa pun yang saya mahukan, kecuali awak Jelita”
Kulit wajahnya terasa bahang dan dia berasa bahagia dengan kata-kata Khairy, tetapi dia tidak mahu menunjukkan wajahnya gembira mendengar kata-kata itu, kerana tidak mahu terlalu mudah memberi hatinya kepada Khairy.
Jelita malu apabila dirinya menjadi renungan oleh Khairy. Mungkin Khairy mengharapkan dia akan berkata sesuatu. Jelita memusing badannya mengadap ke arah bekas water heater dan dia ingin menuang air itu ke dalam mug besar. Mungkin kerana gugup setelah menyedari tingkah-lakunya diperhatikan oleh Khairy tangannya mengigil ketika ingin menuang air panas tersebut.
“Aduh!”
Khairy pantas mendapatkan Jelita dan menarik Jelita jauh dari bekas water heater tersebut. Wajahnya mulai kerisauan dan dia melihat tangan Jelita yang sedikit kemerahan. Khairy menuju ke arah kabinet tinggi dan mencari sesuatu di dalamnya kemudian dia beralih ke arah peti ais besar dan matanya meliar mencari tin susu di situ. Kemudian dia berjalan pantas ke arah Jelita yang sedang menahan rasa sakit, tanpa berkata apa-apa dia melumur di sekitar tangan Jelita yang terkena air panas.
Dia membuat dengan berhati-hati dan meniup tangan Jelita dengan hembusan nafas mulutnya. Dia mengangkat kepala dan melihat mata Jelita sedikit berair dan setelah itu dia melepaskan tangan Jelita.
“Berhati-hati lain kali, janganlah cuai sangat” marah Khairy secara tiba-tiba. Hilang terus wajah serba-salahnya tadi.
Jelita diam tidak berkata. Dia berasa senang dengan cara Khairy melayannya. Lelaki itu terlihat risau ketika tangannya terkena air panas.
Tidak lama kemudian, Nubhan masuk ke dalam kawasan dapur dan terus menuju ke arah mereka. Seketika dia terdiam melihat ke arah Jelita dan Khairy silih berganti.
“Okay tak ni?” tanya Nubhan yang tidak tahu situasi yang telah berlaku kepada Jelita.
“Tangannya terkena air panas, jadi aku lumurkan dengan susu pekat kat tangan dia tu...”
Nubhan pantas melihat tangan Jelita dengan wajah sedikit risau.
“Awak okay?”
Mata Khairy tajam memandang ke arah Nubhan.
Jelita mengangguk.
“Tak apa sikit je ni...”
“Kalau macam tu saya nak awak balik ke bilik sekarang dan berehat, cuti-cuti macam ni elok duduk dalam bilik je” beritahu Khairy seperti memberi arahan pula.
Nubhan mengangguk bersetuju.
“Betul tu, awak baliklah dulu. Nanti saya boleh ajarkan buat minuman lain pula...”
Mata Khairy tidak lekang memandang wajah Nubhan yang bermanis muka itu. Dilihat Nubhan yang menghantar Jelita keluar dari situ. Langsung tidak menghiraukannya yang ditinggalkan bersendirian di situ pula.
“Saya tak sempat nak lap air yang tumpah tadi...” beritahu Jelita rasa sedikit tidak selesa.
“Tak apa, saya boleh lapkan nanti. Apa yang penting awak balik dulu, lagipun boss awak tu macam tak nak awak duduk kat sini je..” Nubhan sempat berkata perlahan.
Jelita tersenyum tawar. Sewaktu dia menoleh ke belakang dia melihat Khairy berjalan ke arah mereka dan dia sempat meninggalkan pesanan kepada Nubhan sebelum beredar pergi.
Nubhan menunggu Jelita melintas lintasan Zebra untuk ke seberang jalan sehinggalah Khairy berdiri di sebelahnya.
“Jelita pesan suruh beritahu kat kau yang dia berterima kasih kat kau sebab bantu lumurkan susu kat tangan dia tadi..” Nubhan memberitahu dengan senyuman kecil ke arah Khairy.
“Herm..” Khairy berlagak seperti dia okay sahaja akan hal itu.
“Apa yang kau dan Jelita bualkan kat dalam tadi?”
Khairy memandang tanda amaran ke arah Nubhan. Dia melanggar bahu Nubhan dan terus berjalan ke sebelah kiri menuju ke arah Deflova Cafe semula.
Nubhan ketawa perlahan sambil mengelengkan kepala.
“Jealouslah tu...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience