Bab 7

Romance Series 7382

“Kau dah kenapa tiba-tiba nak datang minum kat sini?” kata Mail ketika dia menghidangkan minuman jus orange kepada Jelita di tingkat dua.
Jelita mengeleng kepala dan wajahnya kelihatan tidak gembira. Melihat Jelita tidak berkata apa-apa, Mail meninggalkannya dan sempat membaiki rambut ketika lalu di kawasan dinding bercermin.
Jelita mengeluh dan terus mengeluh. Sebenarnya dia merasakan dirinya bodoh kerana berkawan dengan seseorang yang disangkakan setaraf dengannya. Sangkanya Nubhan adalah pekerja biasa seperti biasa sama sepertinya dan itu yang membuatkan dia selesa. Sikap Nubhan yang peramah juga membuatkan dia selesa dengan Nubhan.
Herm tapi, kenapa dia tidak tahu dengan lebih awal, sekurang-kurangnya Nubhan tidak akan merasakan Jelita mendekatinya hanya kerana dia adalah boss kepada Santai Cafe. Jelita bukan ingin mengambil kesempatan, tetapi dia benar-benar tidak tahu akan perkara itu. Sekarang dia menjadi janggal mahu makan dan minum di Santai Cafe lagi. Pekerja-pekerja di Santai Cafe juga mungkin sudah biasa melihat wajahnya kerana dia selalu berkunjung ke situ.
Entah apa yang mereka fikirkan tadi sewaktu mereka melihat dia bersama-sama dengan boss mereka. Aduh! Malunya...
Khairy terpandang ke arah Jelita dan mengerut dahi melihat Jelita berada di situ ketika hari cutinya. Dia berjalan tanpa memikirkan apa-apa dan pantas menegur Jelita. Setelah itu dia menyedari Jelita bertemankan dengan minuman berjus.
“Hari ini bukan ke awak off day, kenapa awak ke sini?”
“Boss..saya tak ada tempat nak pergi boss. Kalau saya kat bilik pun bukan saya boleh buat apa..”
“Buatlah sesuatu pada buku nota awak tu”
Jelita termengkelan. Aduh, ini lagi seorang. Mesti dia tahu pasal hobi aku ni. Bisik Jelita dan dia pantas menyedut minumannya.
“Boss, saya datang ke sini sebagai pelanggan, air ni saya bayar tau boss”
“Ada saya cakap apa-apa ke?”
Jelita diam dan mengeluh perlahan. Kemudian dia teringat akan sesuatu.
“Boss kenapa boss tak beritahu yang Nubhan tu boss kepada Santai Cafe?” dengan wajah mengerutu dia berkata kepada Khairy.
Khairy mengerut dahi dan memandang lama ke arah Jelita. Kemudian dia juga teringat adegan ‘sweet’ Nubhan dan Jelita tadi. Kebetulan awal pagi itu dia datang ke Santai Cafe untuk mengajak Nubhan keluar bersarapan pagi tetapi dia melihat kedua-duanya seperti pasangan kekasih pula. Ketawa dan saling membalas senyuman. Setelah itu dia memutuskan untuk bersarapan bersendirian.
“Habis tu awak dengan diakan, kenapa tak tanya terus sahaja dekat dia?”
“Bukan, masalahnya selama ini saya ingatkan dia tu pekerja biasa macam saya je. dan baru tadi saya dapat tahu yang dia tu boss kepada Santai Cafe. Saya rasa bodoh sangat sebab tak tahu sebelum ini”
“Kenapa kalau awak tahu daripada awal, bolehlah awak berangan nak jadi isteri diakan..”
“Boss cakap merepek apa pula ni. Saya tak pernah terfikir nak jadi isteri dia ke atau kekasih dia pun. Saya selesa dengan dia sebab dia faham perasaan saya, jadi saya anggap dia macam kawan baik saya sendiri. Lagipun kat KL ni saya tak kenal dengan ramai orang. Sekurang-kurangnya bila ada seseorang yang tahu tentang saya, saya akan rasa terlindung dan selamat”
“Bukan awak tinggal dengan kak long awak ke?”
“Yalah, itu waktu saya sekolah menengah kat sini...eh! Macam mana boss tahu yang saya pernah tinggal dengan kak long saya...”
“Saya ni boss yang baik, saya ambil tahu semua hal staf-staf saya...” wajah Khairy serius sahaja dan tak nampak dia nak berbangga dengan perkara itu.
“Ouh..” Jelita merasa pelik sahaja akan hal itu.
“Lagipun dalam resume pun awak tulis pernah bersekolah menengah di Shah Alamkan dulu, sebab awak duduk dengan kak long awak berbanding keluarga awak kat Jengka”
“Ha? Ya..” dia mengakuinya dengan suara perlahan, dan masih terasa aneh dengan kata-kata bossnya. Kalau tidak silap tidak ada pula dia menulis dia tinggal dengan kak longnya. Dari mana pula bossnya tahu pasal kak long dia pula ni?
“Gembira nampak awak dengan dia tadi, Nubhan tak pernah tersenyum lebar macam tu sebelum ni..” kata-kata Khairy berbaur cemburu, tetapi tidak dapat dihidu oleh Jelita.
“Yalah, sayakan baik..” puji Jelita sendiri.
“Dia suka dekat awak kut, ada peluanglah awak nak jadi isteri boss pula selepas ini...”
“Boss ni sengaja nak mengusik saya ni. Tak ada maknalah boss, saya tahu di mana kedudukan saya” balas Jelita.
“Tapi kalau dia suka dekat awak, okaylah tu. Boleh awak berhenti kerja, dan dapatlah saya cari pekerja baru”
Jelita mengerut dahi dan matanya runcing memandang wajah Khairy yang setia berdiri di tepi mejanya. Banyak pula perbualan yang mereka bualkan tanpa disedari.
“Lagipun Nubhan tu anak tunggal, saya yakin kalau awak berkahwin dengan dia secara tak langsung awak akan menerima penama kedua untuk harta dia...”
Mendengar akan perkara itu, hati Jelita menjadi panas sahaja. Boss dia ingat dia ini perempuan yang jenis mata duitan ke?
“Boss saya tak suka bila boss cakap macam tu. Boss kena jaga hati saya juga. Saya bukan perempuan yang nak berkahwin atas kerana harta semata-mata. Kalau boss fikir saya ni perempuan materialistik, boss silap. Jangan-jangan boss cakap macam ni sebab boss pernah dikecewakan oleh seorang perempuan dan sebabkan itu boss cakap benda-benda negatif macam ni dekat saya”
Khairy memandang mata Jelita dengan tajam. Kemudiannya dia berkata sesuatu kepada Jelita.
“Saya tak pernah dikecewakan tetapi saya sendiri yang mengecewakan diri saya sendiri dan saya menyesal dengan apa yang saya dah lakukan kepada dia”
Melihat mata Khairy tajam memandang matanya, Jelita pantas melarikan wajahnya dan dia menyudahkan minumannya. Dia berasa sesuatu yang membuatkan dia tidak berasa selesa. Dan dia tidak faham kenapa bossnya mesti bercakap seperti itu kepadanya seperti dia telah melakukan sesuatu kepada lelaki itu.
Jelita bangun bertujuan ingin beredar tetapi namanya dipanggil selepas itu.
“Sampai bila awak nak seksa perasaan saya berterusan macam ni....”
“Ha? Boss cakap apa ni, saya tak faham...” masa bila pula aku permainkan perasaan dia? kenal rapat pun tak? Bisik Jelita.
“Awak sengaja buat macam ni sebab awak nak larikan diri daripada sayakan?”
“Masa bila saya nak lari, saya Cuma nak minta diri. Saya nak balik” beritahu Jelita naif.
Khairy menarik nafas perlahan. Hatinya sakit memikirkannya. Dia tidak faham kenapa Jelita berkelakuan seolah-olah mereka tidak pernah mempunyai apa-apa perhubungan sebelum ini. Apakah Jelita ingin menyakitkan hatinya setelah dia berlari meninggalkan Jelita dalam keadaan Jelita berlumuran darah dan terbaring di atas jalan raya sembilan tahun yang lepas.
Pada ketika itu, ingatannya terimbau kembali dan dia melihat mata Jelita basah dengan air mata sedang memandang ke arahnya, tetapi dia terus melarikan diri kerana dirinya yang serupa pengecut pada ketika itu tidak berani untuk melihat keadaan Jelita dan menganggap Jelita sudah pun mati.
Risau dengan keadaan bossnya yang dirasakan tidak stabil, Jelita pantas beredar meninggalkan Khairy. Khairy sempat memejamkan matanya ketika dia berpusing ke arah meja yang diduduki oleh Jelita tadi. Dia sedang mengawal perasaannya sendiri.
Apa yang dirasakannya sekarang adalah perkara yang paling menyakitkan dan dia tidak boleh berterus-terang apa-apa kepada Jelita. Dia yakin Jelita ingin mempermainkan perasaannya.
Jelita segera keluar dari Deflova Cafe dan ketika dia menuju ke pelintas jalan, tiba-tiba dia terkejut beruk apabila tangannya ditarik dan dipegang kejap mengikut rentak langkah lelaki itu. Terpinga-pinga Jelita dengan kelakuan Khairy. Dia tidak sangka yang bossnya akan bersikap seperti itu. Dia telah melakukan kesalahan kepada Khairy ke sebelum ini?
“Masuk!” arah Khairy dengan suara tegas ketika dia membuka pintu kereta sebelah penumpang untuk Jelita.
“Kita nak ke mana boss?” tanya Jelita separuh risau.
“Masuk sajalah...” Khairy bersuara meredam.
Dari jarak 20 meter, Nubhan terpandang ke arah Jelita dan juga Khairy ketika dia keluar dari Santai Cafe. Dia memerhati ke arah mereka sambil mengecilkan matanya sambil berbisik sendiri, nak ke mana pula mereka dan dia melihat Jelita seperti menolak untuk naik kenderaan Khairy dan khairy seperti memaksa.
Jelita memoloskan dirinya ke dalam kereta dengan wajah tertanya-tanya. Pintu kereta disebelahnya ditutup oleh Khairy dan Khairy masuk dan duduk di bahagian pemandu.
“Sekejap boss, kita nak pergi ke mana ni? Boss bersikap macam ni, buat saya rasa risau tahu tak? Macam nak culik saya pula..”
Khairy memandang lama ke arah Jelita dan membuatkan Jelita terdiam sejenak. Setelah itu, mata Jelita bulat membundar apabila tiba-tiba sahaja Khairy seperti ingin memeluknya ketika tangan kanannya melingkar ke pinggang Jelita, Jelita memejamkan matanya dan berdecit kecil, dan jantungnya laju berdegup.
Klik!
Jelita membuka matanya semula dan melihat dia sudah pun memakai tali pinggang keledar. Dia melihat ke arah Khairy yang berada di sebelahnya sedang memandu kenderaan Vios putihnya keluar dari kawasan parking. Jelita melepaskan keluhan lega, kerana dia sangka Khairy ingin melakukan sesuatu yang buruk kepadanya.
Khairy tenang memandu dan wajahnya tegang dari tepi.
“Boss, cakaplah kita nak pergi ke mana?” Jelita sudah letih menyoal soalan yang sama, tetapi dia masih tidak menerima jawapan daripada Khairy. Takkanlah bossnya ingin menculiknya pula.
Akhirnya Jelita memutuskan untuk diam dan melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Hampir 15 minit mereka di dalam kereta, dan akhirnya Khairy memberhentikan kenderaannya di sebuah bangunan pangsapuri. Kenderaannya dipandu menuju ke dalam basement tingkat tiga. Kemudiannya setelah Khairy memarkingkan kenderaannya di kawasan berpetak, lelaki itu keluar dahulu dan menuju ke pintu sebelah Jelita.
“Boss nak bawa saya ke mana ni?” Jelita mula berasa tidak senang.
Khairy menarik tangan Jelita dan membawa ke kawasan berlif. Mereka terus naik ke tingkat sepuluh, dan keluar kemudiannya. Jelita cuba mengeraskan dirinya sesekali tetapi Khairy lebih kuat menariknya. Jelita mula berfikir perkara yang tidak elok yang akan dilakukan oleh Khairy terhadapnya.
Khairy membawa dia masuk ke dalam sebuah rumah. Jelita cuba melawan secara senyap, dan cuba melepaskan tangannya tetapi tangan Khairy kuat melekap di tangannya.
Sehinggalah tubuhnya ditarik dan dia terduduk di atas sofa panjang di kawasan ruang tamu rumah tersebut. Mata Jelita sedikit bergetar dengan tindakan bossnya seperti itu. Dia mulai risau jika Khairy benar-benar akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya.
“Tuan Khairy sudah balik?” seorang wanita berusia 50 an datang ke ruang tamu dan matanya melihat seorang perempuan dengan wajah pucat berada di situ.
“Buatkan air untuk dia, dan mak Mah masuk bilik selepas itu, saya nak bercakap sesuatu yang penting dengan dia”
“Baik Tuan..” pembantu rumah tersebut beredar menuju ke dapur untuk membuatkan air dan setelah menghidangkan air dia menghilangkan dirinya ke dalam bilik rehat.
Jelita menelan air liur kesat dan wajahnya yang kepucatan dilihat oleh Khairy dari arah hadapan. Jelita tidak tahu ingin memberi respon yang bagaimana, dan dia merasakan dia adalah pekerja pertama yang menjejakkan kaki ke rumah boss mereka.
Apa yang paling membuatkan dia tidak berasa selesa adalah renungan lama daripada Khairy terhadapnya. Dan setelah itu, Khairy meninggalkannya bersendirian di situ membiarkan Jelita bersendirian untuk seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience