Bab 27

Romance Series 7360

Baru dua hari dia tidak bertemu dengan Nubhan dan Jelita merasakan dirinya sangat tidak gembira kerana tidak ada orang yang mahu mendengar ceritanya dan tidak ada orang yang mahu memberi perhatian kepadanya. Ianya seperti kehilangan seorang adik-beradik yang sangat rapat.
Ketidakgembiraannya itu dapat dilihat oleh Khairy yang sengaja lalu di situ kerana mengetahui Jelita selalu lepak sambil membuat kerjanya di Santai Cafe pada setiap malam. Khairy melangkah masuk ke dalam dan dia terus ke meja Jelita. Ketika dia masuk, pekerja-pekerja Nubhan menyapa mesra ke arahnya.
Khairy menolak untuk mengambil order dan memberi isyarat ingin bertemu dengan Jelita.
Jelita menyedari kehadiran Khairy dan menganggak Khairy pasti akan datang kepadanya. Kerana tidak ada modal untuk menulis Jelita menutup buku notanya dan juga laptopnya. Dia sudah bersedia untuk bertegur sapa dengan Khairy yang baru pulang dari Deflova Cafe.
“Buat apa?”
“Menulis” jawab Jelita sepatah. Dia mengemas mejanya.
Khairy menarik kerusi dan duduk di meja solo Jelita.
“Nubhan mana?” tanya Khairy.
“Boss pula yang tanya saya, bukan ke boss dengan Nubhan tu kawan baik ke?”
“Habis tu, bukan awak dengan dia rapat ke?”
Jelita berdecit kecil.
“Dia cakap nak pergi bercuti selama seminggu, tapi tak tahu dekat mana?”
“Bercuti?”
Jelita mengangguk.
“Patutlah awak nampak tak seronok je” Khairy berkata dengan sedikit cemburu.
“Mestilah. Diakan kawan baik saya merangkap macam abang saya sendiri”
Khairy tidak membalas setelah Jelita berkata seperti itu. Dilihat Jelita seperti mahu menunjuk sahaja yang dia sangat rapat dengan Nubhan.
“Kalau macam tu mungkin awak tahu tarikh hari lahir dia...” duga Khairy.
Jelita mengerut dahi. Dia tidak mengetahui akan tarikh lahir Nubhan. Dahinya mengerut apabila Khairy sengaja membuat dia terhenyak untuk seketika.
“Nampak, kata rapat sangat, tapi hari lahir dia pun awak tak tahu...” Khairy memerli sekali membuat mimik muka.
“Manalah saya tahu pasal tu..dia yang tak beritahu kat saya...”
“Dah tu lain kali tanya. Hari ni hari lahir dia...” Khairy memberitahu.
“Ha?! Serius!” Jelita bersuara terkejut.
Khairy mengangguk.
“Saya tak tahu pun hari ni birthday dia....” Jelita mengeluh perlahan.
“Mesti dia sunyi...” kata Jelita apabila memikirkan perihal Nubhan. Ayahnya meninggal dan ibunya masih dalam koma.
Hanya Khairy sahaja yang tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Jelita. Kenapa pula Nubhan mesti berasa sunyi?
“Boss tak tahu ke?” Jelita menyoal apabila melihat wajah Khairy kelihatan pelik sahaja.
“Tahu apa?”
“Pasal orang tua Nubhanlah. Ibu bapanya pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya, ayahnya meninggal dunia dan ibunya masih dalam koma hampir beberapa tahun..”
Makin rapat kerutan dahi Khairy. Dadanya berdebar-debar apabila mendengar maklumat penting itu.
“Kenapa saya tak tahu tentang hal ni? Kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pun dekat saya..”
“Tengok, siapa yang rapat dengan siapa sekarang ni? Boss pun tak tahu pasal hal nikan?”
Khairy memikir dengan mendalam. Lidahnya kelu untuk bersuara. Dia kelihatan teragak-agak untuk menyoal kepada Jelita bagaimana kejadian itu berlaku. Kenapa Nubhan merahsiakan hal sepenting ini daripadanya. Bukankah mereka rapat?
“Boss tanyalah kat dia nanti. Mungkin dia terlupa kut nak beritahu dekat boss..”
Khairy menarik nafas dalam dan matanya sedikit kemerahan. Dia sangat rapat dengan orang tua Nubhan, tetapi dia tidak sangka perkara sebegini berlaku kepada keluarga Nubhan pula. Hatinya berdebar-debar dan bagaikan mahu pecah sahaja. Dia sangat terkejut apabila mendengar berita itu.
Beberapa kali dia mengeleng kepala keresahan dan menarik nafas dalam sambil diperhati oleh Jelita. Jelita juga tidak berkata apa-apa selepas itu. Fikirnya Khairy benar-benar tidak mengetahui akan perkara itu, berdasarkan air mukanya yang tampak keresahan lain macam sahaja.

****

BEBERAPA tahun yang lepas, Nubhan sedang sibuk menguruskan urusan cafe yang baru ingin dibukanya setelah mendapat modal dan pinjaman bank. Kemudiannya, dia menerima panggilan telefon daripada pihak hospital dan meminta dia sebagai pewaris untuk datang melihat orang tuanya yang kemalangan jalan raya.
Sebaik sahaja dia tiba di hospital, ayahnya dikhabarkan telah pun meninggal dunia sewaktu kejadian dan ibunya koma. Hatinya luluh pada ketika itu kerana mereka adalah satu-satunya manusia yang dia ada di dalam dunia ini.
Apa yang paling dia terkejut sekali, kemalangan itu berlaku akibat daripada silap pemandu lain yang memakan jalan ketika ingin memotong dari arah hadapan. Ayahnya hilang kawalan untuk memandu dan kenderaan tersebut terus merempuh penghadang jalan. Kemudiannya dia melihat seorang wanita menangis bagaikan nak rak, dan wanita itu terus memegang kedua-dua belah tangannya lalu tidak berhenti-henti meminta maaf.
“Maafkan aunty Nubhan, maafkan aunty, aunty tidak sangka semua ini berlaku ianya bagaikan sekelip mata....” wanita itu menundukkan kepalanya cuba mencium tangan Nubhan untuk meminta maaf, tetapi Nubhan pantas menarik tangannya dan memandang wajah wanita awal 40 an itu dengan mata kemerahan.
“Disebabkan kecuaian aunty memandu kereta, aunty dah bunuh ayah saya! Ibu saya koma gara-gara aunty. Saya tak boleh nak maafkan aunty dengan semudah itu. Saya benci aunty!” Nubhan menepis tangan wanita itu ketika lengannya cuba dipegang.
“Nubhan, aunty minta maaf...” dia melaung di kawasan koridor hospital, sudah tidak malu dengan pandangan jururawat dan orang awam yang lalu di situ.
Nubhan beredar dengan linangan air mata. Dia tidak boleh mengawal emosinya di situ, dan dia memerlukan seseorang untuk memujuk hatinya. Seseorang yang rapat dengannya supaya bebanan pada bahunya dapat diringankan.
Dia cuba mengawal emosinya sebelum menghubungi sahabat baiknya. Dia menghantar email sahaja, kerana itu adalah komunikasi yang paling murah dan cepat. Dia berharap Khairy akan membacanya dan segera membalas emailnya melalui telefon bimbit.

Khairy, aku perlukan kau sekarang. Aku dah tak ada sesiapa yang boleh aku percayakan sekarang. Cepat balas email aku.

Tiga hari berlalu, emelnya tidak dibalas oleh Khairy. Mungkin Khairy sangat sibuk dengan pengajiannya di luar negara sehingga tidak sempat ingin membalas emelnya. Dalam tempoh tiga hari itu, dia perlu menguruskan arwah ayahnya dengan mengadakan kenduri tahlil dan memanggil kenalan-kenalan sahabat yang dikenali.
Seminggu berlalu dan Khairy membalas emelnya dengan penggunaan ayat yang ceria dan emoticon yang pelbagai.

Hari ni aku ada picnic dengan classmate aku. Seronok betul bila dapat berkumpul ramai-ramai. Oh ya, awek korea tu cakap dia nak berkenalan dengan kau lepas aku tunjuk gambar kau kat dia.

Luluh hati Nubhan apabila membaca emel yang dihantar oleh Khairy. Khairy tidak bertanya langsung mengenai emel pertamanya. Seharusnya dia berasa pelik kenapa Nubhan menulis email seperti itu kepadanya. Hatinya kecewa dan sedih.
Emel Khairy tidak dibalasnya hampir tiga tahun lamanya. Hubungan mereka semakin renggang dan fikir Nubhan, Khairy pasti sudah mempunyai ramai kenalan rapat yang lebih menarik selain daripadanya.

****

KHAIRY langsung tidak dapat melelapkan matanya. Dipusing ke kiri, matanya tidak mahu terlelap, pusing ke kanan, perkara sama tetap berlaku. Dalam kepalanya penuh dengan Nubhan. Dia asyik memikirkan Nubhan, dan masih berasa pelik dan hairan kenapa Nubhan tidak memberitahu perkara sepenting itu kepadanya.
Dia teringat ingin membaca emel-emel yang lepas. Dia membuka laptopnya dan terus memeriksa emailnya di situ. Dia mulai membaca email yang lama-lama. Hampir 10 minit kemudian dia menemui email lama yang dihantarnya pada tahun 2013. Email itu adalah email terakhir yang dihantarnya kepada Nubhan tetapi tidak berbalas.
Tangannya meng’klik’ email yang dihantar oleh Nubhan. Dia membaca dengan wajah berteka-teki. Hatinya mulai berdebar-debar sedikit keresahan. Nubhan ada memberitahu yang dia memerlukan dirinya tetapi Khairy tidak membalasnya hampir seminggu dan tiba-tiba seminggu selepas itu Khairy menghantar email mengenai picnic bersama rakan sekelasnya sewaktu dia belajar di oversea dahulu.
Ya Allah, mungkin pada waktu itu Nubhan benar-benar ingin memberitahunya mengenai ibu bapanya. Kenapa tidak dia membalas email Nubhan dan bertanyakan apa yang telah berlaku berbanding dia menceritakan kegembiraaanya bersama-sama rakan sekelasnya. Khairy termenung lama cuba memahami perasaan Nubhan pada ketika itu.
Kemudiannnya dia teringat ingin menghubungi Nubhan sahaja. Dilihat jam yang sudah pun menunjukkan pukul satu pagi. Dia berharap Nubhan akan mengangkat panggilannya. Biarlah dia dimarahi kerana menganggu waktu rehat Nubhan, apa yang paling penting dia ingin mendengar suara Nubhan dan memastikan dia tidak apa-apa pada ketika itu.
“Hello,” kedengaran suara Nubhan menjawab dengan suara masih segar.
“Nubhan, kau ada kat mana sekarang? Kenapa kau tak beritahu kat aku kalau kau nak pergi kemana-mana. Kau buat aku risau tahu tak sepanjang malam ni...” Khairy terus menyerang Nubhan dengan pertanyaannya.
Nubhan terdiam buat seketika sebelum dia menjawab pertanyaan Khairy.
“Aku spent time dengan family aku, kami bercuti selama seminggu ni”
Kini giliran Khairy pula mengerut dahi. Spent time dengan family dia? Bukan ke Jelita beritahu yang ayah Nubhan telah pun meninggal dunia dan ibunya koma? Siapa yang betul dan siapa yang salah sebenarnya ni?
“Oh ya ke?”
“Ya, kami baru saja lepas berbabeque bersama-sama. Oh ya mereka sampaikan salam kepada kau...”
“Oh...” Khairy menjawab salam dengan hati berdebar.
Kenapa suara Nubhan menampakkan dia okay sahaja. Betul ke ni?
“Mereka sihat ke? Dah lama aku tak bertemu dengan mereka” Khairy bertanya dengan wajah keanehan. Pelik dengan soalannya tetapi dia berharap Nubhan akan memberitahu segala-galanya kepadanya.
“Alhamdulillah...” jawab Nubhan dengan suara perlahan.
“Kau bercuti dekat mana?”
“Villa ayah aku kat Pahang”
“Ouh..erm, kau tak apa-apa ke ni?”
“Kenapa kau tiba-tiba tanya aku soalan macam ni? Aku okay sajalah..” Nubhan ketawa sendiri “Khairy sorry, ibu aku panggil kat bawah, aku turun dulu ya..jumpa nanti”
“Ouh..okay..bye..”
Panggilan dimatikan selepas itu. Khairy mengerut dahi sendiri sambil melihat skrin telefonnya.
Nubhan dia agak lain kelihatannya seperti dia cuba menyorokkan sesuatu daripadanya. Fikir Khairy, dia akan mencari tahu perkara sebenar yang telah berlaku. Tak mungkin Jelita membuat cerita kepadanya mengenai orang tua Nubhan. Tak mungkin pula Nubhan mahu membohongi Jelita untuk mendapat simpati daripada Jelita dan mereka rapat kerana itu.
Khairy menarik nafas perlahan dan dia mulai terlelap selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience