BAB 2

Romance Series 7360

Jelita memasang telinga ketika dia mendengar dua orang staf atasnya berbual sesuatu dengan Cik Sakinah di bilik kerjanya. Pintu bilik pula tidak ditutup rapat pada ketika itu. Dia hanya kebetulan lalu di situ.
“Cik Sakinah, betul ke apa yang kami dengar, Cik Sakinah nak serahkan cafe ni dekat boss baru. Cik Sakinah dah fikir masak-masak ke? Kami selesa berkerja dengan Cik Sakinah selama ni” ye ke selesa?
Cik Sakinah tersenyum runcing. Dia gembira mendengar kata-kata itu daripada pembantunya.
“Ya, saya memang nak serahkan cafe ini kepada boss baru sebab saya sebenarnya berniat nak sambung Master di luar negara. Jadi saya akan serahkan cafe ini kepada adik lelaki saya”
“Adik lelaki?” Mona memandang ke arah Lisa dengan pandangan tertarik sebelum kedua-duanya memandang ke arah Cik Sakinah.
“Ya, adik saya baru sahaja menamatkan pengajian dia di luar negara jadi dia akan mengambil alih urusan cafe ini selepas ini, bermula dari minggu hadapan”
“Betul ke ni? Handsome tak adik Cik Sakinah tu?” soal Lisa dengan mata bersinar.
Mona terus menyiku lengan Lisa, menegur secara fizikal membuatkan Lisa malu sendiri dengan pertanyaannya. Cik Sakinah merenung tajam ke arah Lisa sebelum itu.
“Handsome tak handsome, adik saya tu cerewet dalam memilih pasangan hidup. Lebih baik jangan terlalu berharap, saya ni cerewet, adik saya tu lagi dua kali ganda cerewet daripada saya...”
Mona dan Lisa tersengih dan mengangguk bodoh mendengarnya.
“Jadi Mona, saya nak minta awak untuk membantu adik saya selepas ini. Tolong beri komitmen kepada dia. Macam yang saya cakap adik satu tu cerewet. Marah dengan tengking tu dah jadi perkara biasa. Jadi saya dah beri amaran awal-awal ni. Jangan cakap saya tak pesan pula”
“Erm, bila Cik Sakinah cakap macam tu, meremang pula bulu roma saya. Jadi betullah selepas ini boss baru nak interview semula pekerja kat sini”
“Ya, betullah tu. Yang bagus akan dikekalkan, dan yang gagal akan disingkirkan”
****

JELITA termenung sendiri di Santai Cafe, yang menjadi pilihan para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran kerana kemudahan wifi dan juga penghawa dingin yang terdapat di situ. Tetapi dengan syarat, kalau nak lepak atau membuat kerja di situ, setiap pelanggan harus memesan minuman atau makanan.
Jelita selesa memilih meja satu yang mengadap ke arah jalan raya. Sekurang-kurangnya jika dia buntu mencari idea untuk menulis, dia akan melihat manusia-manusia yang lalu-lalang di situ. Kalau balik ke bilik yang telah disewakan oleh Deflova cafe unuk staff perempuan sahaja pun, otaknya akan menjadi tepu dan dia tidak dapat berfikir apa-apa idea pun.
Jadi dia memutuskan untuk melepak di cafe itu setiap malam selepas habis bekerja. Kemudian tiba-tiba dia teringat kembali perbualan Cik Sakinah dengan Mona dan juga Lisa. Rupa-rupanya yang bakal mengambil alih Deflova cafe adalah adik Cik Sakinah sendiri. Herm, betul ke boss baru itu lebih cerewet daripada Cik Sakinah.
Cukup sahajalah dia bertahan selama setahun lebih ini dengan perangai Cik Sakinah yang digelar Miss perfections. Sudahlah cerewet, banyak karenah pula itu. Itu tak kena, ini tak kena. Risau pula dengan temuduga baru itu. Agak-agak bagaimanalah sikap sebenar adik Cik Sakinah itu. Cerewet? Itu sudah semestinya sebab Cik Sakinah ada menyebut siang tadi.
Betullah kata Mona dan Lisa tadi, seram sejuk pula bila memikirkan boss baru mereka itu nanti. Hermm...
Pejam celik pejam celik, sudah satu jam setengah Jelita terkebil-kebil tanpa melakukan apa-apa pada buku notanya. Bateri laptopnya juga sudah hampir kehabisan. Jelita menutup window laptop dan menyimpan ke dalam beg laptop dengan perasaan tidak gembira. Ini semua gara-gara memikirkan interview baru itu. Bagaimana kalau adik Cik Sakinah terlalu straight dengan soalan menemuduga. Apa yang dia nak jawab nanti. Sudahlah dia mudah bergemuruh.
Buatnya ditanya lain, dijawabnya lain. Hermm...
Seorang lelaki yang berada di dalam bar kaunter tersenyum memandang ke arah Jelita. Dilihat gadis itu dengan senyuman ringkas dan manis. Dia mengenali Jelita kerana Jelita merupakan pelanggan tetapnya tetapi tidak diketahui akan namanya.
Sehinggalah dia melihat Jelita tertinggal buku nota di atas meja pelanggan tanpa Jelita sedari. Lelaki itu pantas keluar dari kaunter dan mengambil buku nota tersebut dan mengejar Jelita dari belakang. Sehinggalah mereka keluar dari Santai Cafe.
“Awak!” panggil lelaki itu.
Jelita terdengar suara itu dekat dengannya membuatkan langkahnya terhenti, dan dia menoleh ke arah belakang dan kemudian terkejut melihat lelaki yang bekerja di dalam kaunter bar di Santai Cafe mendapatkannya dengan memegang buku notanya.
Eh! Dia tertinggal ke?
“Ini, buku awakkan?” lelaki itu menyua buku nota ke arah Jelita.
Jelita pantas mengambil dan tersenyum lega.
“Aduh, mujur awak nampak buku nota saya ni. Kalaulah buku ini hilang, hilanglah juga idea-idea penulisan saya. Terima kasih ya” kata Jelita separuh menyesal kerana tidak memeriksa habis di mejanya tadi.
“Tak apa, kalau awak terlupa, awak boleh kembali ke sini semulakan?”
Jelita tersenyum malu dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia cuba memasukkan kembali buku notanya di beg laptop yang digalasnya.
Melihat gadis itu bersusah-payah memasukkan kembali buku nota tersebut, lelaki itu terus menawarkan pertolongan kepada Jelita.
“Mari saya bantu awak”
“Eh! Tak menyusahkan ke?”
“Tak apa” lelaki itu tersenyum sahaja dan buku nota itu diambilnya dari tangan Jelita. Jelita memusingkan belakangnya dan memberi beg laptopnya dibuka oleh lelaki itu. Lelaki itu membuka zip separuh dan memasukkan buku notanya dan kemudian menzip tutup semula.
Jelita memusing badannya ke arah lelaki itu semula.
“Terima kasih ya”
“Sama-sama. Lagipun awak pelanggan tetap saya, jadi saya gembira dapat membantu awak”
“Awak pekerja part time ke kat Santai Cafe?”
Lelaki itu baru ingin menjawab pertanyaan Jelita tetapi dia melihat Jelita mengeluh secara tiba-tiba.
“Saya pekerja full time kat Deflova Cafe”
“Oh, Deflova Cafe tu nak ada boss barukan lepas ni?”
“Ha? Awak tahu pasal hal ni? Herm, popular juga Deflova cafe tu rupanya” Jelita mengangguk kecil dengan wajah serius.
Lelaki itu tersenyum melihat gelagat Jelita.
“Awak tahulah, bakal boss baru saya tu nanti cerewet daripada boss saya yang sekarang. Cerewet dua kali ganda katanya. Lepas tu dengarnya nak buat interview semula. Yang bagus akan dikekalkan dan yang gagal akan disingkirkan. Risau betul saya kalau saya kena buang nanti. Nak cari kerja baru bukannya senang. Sudahlah hutang PTPTN nak kena bayar. Kalau balik Jengka pun belum tentu ada kerja tetap kat sana” begitu selesa sekali Jelita memberitahu kepada lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum mendengarnya.
“Kalau macam tu, awak berusahalah menjawab segala interview itu dengan bersemangat. Walaupun isinya kurang, tapi mungkin cara awak dan sikap awak akan membuat hati boss baru awak tu nak ambil awak sebagai pekerjanya”
“Herm, mungkin betul juga. Saya sebenarnya ada darah bergemuruh. Saya memang mudah nervous. Tapi saya tak akan mudah mengalah. Waktu temuduga itu saya akan buat dengan sehabis baik dan berdoa sampai keputusan keluar. Awak mesti faham jugakan perasaan saya. Kalau saya diberhentikan saya akan dipanggil penganggur. Mesti keluarga saya kat kampung akan rasa tak seronok bila dapat tahu saya kena buang kerja”
“Saya doakan awak akan dapat kerja tu nanti”
“Terima kasih. Saya betul-betul nak terus bekerja di cafe tu, sebab saya dah selesa dengan semua orang kat situ. Mereka adalah keluarga kedua saya kat sini..Eh! panjang pula perbualan kita. Awak pun kena sambung kerja awak. Nanti kena marah pula dengan boss awak, tak pasal-pasal awak kena marah. Seronok berbual dengan awak, sekurang-kurangnya ada tempat saya nak luahkan perasaan saya. Saya pergi dulu ya..”
“Ya...”
Jelita sudah pun melintasi lintasan Zebra sebaik sahaja lampu pejalan kaki dibuka. Dari seberang jalan dia melihat gadis itu sehinggalah hilang dari pandangan matanya. Dan dalam masa yang sama dia menyesal kerana tidak bertanyakan nama gadis itu.
Herm, mungkin lain kali.
Dan kemudian matanya memandang ke arah seorang pemuda berjambang sehingga ke telinga mendekatinya. Pemuda itu memandang nakal ke arahnya.
“Wah, kau sempat lagi nak mengorat, kau ingat aku tak perasan dari dalam kereta tadi”
Nubhan melihat ke arah pemuda itu dengan mata tidak berkelip. Rasa macam kenal tapi dia sendiri tidak ingat di mana dia pernah bertemu dengan lelaki itu, sehinggalah lelaki berjambang itu meraup lehernya dan dia separa membongkok.
“Awek kau ke tu?”
Nubhan menolak pemuda itu dan melihat dari atas sehingga ke bawah. Pemuda itu ketawa.
“Ini akulah Khairy. Best friend kau”
“Khairy? Khairy Iskandar?” Nubhan menyebut nama penuh pemuda itu.
“Ya Khairy Iskandar, kawan baik kepada Muhammad Nubhan”
Nubhan kelihatan tersangat terkejut dan dia terlebih dahulu memeluk Khairy dengan lama.
“Aku tahu kau rindukan aku, tapi janganlah lama sangat layan perasaan tu, ada banyak mata tengah tengok kita ni...” kata Khairy risau pula jika mereka akan dianggap gay oleh orang awam yang berdekatan situ.
Nubhan menarik tubuhnya dan tangannya masih memegang kedua-dua belah bahu Khairy.
“Kenapa kau balik Malaysia tak beritahu kat aku. Bila kau balik sini? Sampai hati kaukan lost contact dengan aku. Lima tahun juga kau belajar kat oversea tu...”
Khairy ketawa perlahan. Kemudiannya dia terus memeluk bahu Nubhan dan mereka berjalan menuju ke Santai Cafe.
“Kau jangan ingat aku tak ambil tahu pasal kau. Ni aku datang sini cari cafe kau sampai jumpa. Kau ingat senang nak cari. KL ni luas, jalan berliang-liuk”
“Aku gembira dapat jumpa kau balik. Jomlah masuk. Aku belanja benda yang special kat cafe aku...”
“Wah, langkah kanan ni. Ada banyak benda aku nak isi dalam perut aku ni...”
Nubhan ketawa sahaja.
“Jom..jom...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience