Bab 18

Romance Series 7382

Nubhan duduk sambil bersilang kaki, dan sebelahnya adalah Jelita yang masih menangis dan tidak tahu bagaimana cara untuk berhenti dengan sendiri. Jenis Jelita kalau dia terlampau sedih, dia akan menangis buat jangka masa yang lama dan akhirnya akan memiliki mata yang sembap.
Nubhan mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluarnya dan dia menghulur kepada Jelita. Jelita mengambil dan mengesat air matanya. Apabila dengan Nubhan dia tidak berasa malu, kerana Jelita sudah menganggap Nubhan seperti seorang kawan dan seorang abang yang selalu ada untuknya ketika dia dalam kesedihan.
Hampir setengah jam kemudian, barulah Jelita berhenti menangis itu pun masih tinggal sisa baki sendunya lagi.
“Sorry..” kata Jelita perlahan.
“Tak apa, lagipun hanya dengan menangis sahaja hati awak akan rasa sedikit lega”
Jelita mengangguk perlahan. Setelah menangis, dia berasa mengantuk pula tetapi tidak elok pula jika dia meminta diri tanpa berbual-bual dahulu dengan lelaki itu sedangkan lelaki itu sudah setengah jam menemaninya menangis seperti anak kecil.
“Jadi, boleh saya tahu kenapa awak menangis?”
Jelita menarik nafas perlahan.
“Saya cuba selesaikan perkara yang berlaku antara saya dengan Khairy, tapi setiap kali saya mencuba, saya sendiri yang tertewas. Saya rasa kecewa dan sedih sendiri bila semua perkara bermain-main dalam minda saya dalam satu masa. Saya fikirkan Jelita Maisarah, saya fikirkan perasaan Khairy dan saya juga fikirkan perasaan saya sendiri...”
Nubhan memandang ke hadapan semula setelah mendengar rintihan Jelita.
“Dalam erti kata, yang sebenarnya awak gembira bila Khairy beri perhatian kepada awak, dan hati awak gembira, tapi dalam masa yang sama tiba-tiba awak fikirkan kembar awak dan itu yang buat awak rasa marah dan serba-salah terhadap dia”
Jelita mengangguk perlahan. Nubhan seperti pakar psikologi yang mudah memahami fikiran seseorang dan mengolahnya untuk mudah difahami kepada pesakitnya.
“Tapi kenapa awak perlu rasa bersalah, sedangkan awak perlu fikir orang pertama yang membuka hati Khairy untuk bertemu adalah awak. Awak yang menulis surat-surat itu kepada dia. Awak sepatutnya memberitahu sahaja mengenai perkara yang sebenar”
Jelita tahu tentang hal itu tetapi dia tidak dapat memutuskannya dengan begitu mudah kerana dia memerlukan emosi dan fizikal yang kuat untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada Khairy. Jika perkara itu berkaitan dengan perasaan ianya adalah ujian yang sangat dasyat.
“Awak kena lakukan sesuatu Jelita, sebab setiap hari awak akan jumpa dengan Khairy di Deflova. Awak perlu bercakap dengan dia”
“Saya cuba beritahu dekat dia, tapi ianya tak semudah yang saya bayangkan, hati saya akan mulai sakit dan sebak sendiri”
“Jalan penyelesaiannya adalah dengan berterus-terang, itu cadangan saya. Kalau awak terus macam ni, bukan sahaja awak melukakan hati awak sendiri tetapi hati Khairy juga. Saya kenal sangat dengan Khairy tu, dia bukan seorang yang mudah berputus asa. Apa yang dia nak dia akan dapatkan. Tengoklah sekarang, awak mesti sedar sendirikan bagaimana Khairy cuba untuk rapat dengan awak, sejauh mana pun awak pergi dia akan terus mengerja awak”
Jelita tidak tahu ingin berkata apa-apa lagi. Dalam otaknya penuh dengan bermacam-macam perkara. Semua ini tidak akan berlaku jika dia tidak menulis surat secara diam-diam kepada lelaki itu. Dia hanya berniat ingin menyimpannya tetapi Jelita Maisarah pula yang pandai-pandai menghantar suratnya kepada Khairy dan apabila Khairy ingin berjumpa gadis yang menulis surat itu, dia telah tersalah sangka dan mengatakan Jelita Maisarahlah yang menulis surat itu kepadanya.
Kebetulan Nubhan memandang ke sebelah kirinya dan dia melihat sesusuk tubuh sedang berjalan ke arahnya. Dia melihat dengan lebih lama dan wajahnya berubah apabila dia melihat Khairy adalah orangnya. Kemudian dia memandang ke arah Jelita yang masih melayan perasaan sendiri.
Khairy sampai dan dia memandang tajam ke arah Nubhan. Wajahnya separuh risau apabila melihat ke arah Jelita dan dia menjadi cemburu apabila melihat Jelita bersama-sama dengan Nubhan. Ini bermakna Jelita menangis di sisi Nubhan dan meluahkan perasaannya. Sejauh mana hubungan mereka sehinggakan Jelita begitu sekali selesa menangis di sisi Nubhan.
Nubhan bangun dan dia menghulur tangan untuk bersalam, tetapi salamannya tidak bersambut dan Nubhan tahu setelah dia melihat air muka Khairy tegang sahaja memandang ke arahnya.
“Jelita?!”
Mata Jelita membundar kecil apabila dia terdengar suara garau lain memanggilnya yang pasti suara itu bukannya milik Nubhan. Dia menoleh ke arah Khairy yang bermata kemerahan. Hatinya terus berdebar dengan kencang.
“Awak benar-benar dah lain Jelita, awak rapat dengan kawan baik saya sebab awak nak sakitkan hati sayakan? Kalau itu yang awak nak, awak dah berjaya buat hati saya sakit. Tapi Jelita saya boleh maafkan awak, asalkan awak kembali kepada saya semula”
Jelita bangun dan matanya memandang ke arah Khairy. Benar kata Nubhan, Khairy tidak mudah berputus asa. Sangkanya pertemuannya mereka tadi sudah cukup untuk dia fahamkan Khairy tetapi tidak sangka pula Khairy akan datang mencarinya kemudian.
“Khairy aku rasa lebih baik kalau kau tak terus memaksa Jelita. Dia sedikit tertekan dengan cara kau macam ini”
“Kalau kau berada di tempat aku boleh ke kau berlagak cool lagi sedangkan Jelita dah ada di depan mata kau. Sanggup ke kau lepaskan dia sekali lagi” Khairy berkata dalam keadaan marah kepada Nubhan.
“Khairy, aku faham dengan perasaan kau, tapi sekurang-kurangnya kau kena bagi ruang kepada dia untuk berfikir dahulu”
Khairy terus memandang ke arah Jelita, dia mengharapkan Jelita akan berkata sesuatu kepadanya.
“Jelita, tolonglah...”
“Boss, saya juga ada hati dan perasaan. Kalau boss terus paksa saya seperti ini, baiklah saya akan berhenti kerja dan hantar notis 24 jam kepada boss, selepas itu boss tak akan dapat tengok muka saya dah”
Khairy tergamam setelah Jelita cuba mengugutnya dengan cara itu. Untuk berjauhan dengan Jelita dia sudah tidak sanggup lagi. Khairy tidak berkata apa-apa lagi dan Jelita pantas meminta diri beredar dari situ dengan segera. Risau jika Khairy akan menahannya pula. Bila keadaan tegang seperti ini, dia tidak suka berdepan dengan Khairy.
Dia hanya memerlukan ruang untuk bersendirian, jika Khairy masih memaksanya, mungkin dengan cara berhenti kerja adalah keputusan yang paling tepat.

****
“KENAPA muka kau masam je hari ni Mona?” soal Lisa ketika sedang mendandan rambutnya di meja solek yang tersedia di dalam chalet kecil itu.
“Kau tanya aku kenapa hari ni aku muka aku masam, hmphh, itu sebab aku menyampah betul bila boss beri perhatian lebih kat perempuan tu. Aku tahulah mereka tu berkenalan rapat kononnya. Entah betul ke tak?” bentak Mona dengan nada suara marah.
Lisa menoleh ke arah Mona, tangannya masih melekat di hujung rambutnya.
“Berkenalan rapat? Maksud kau Jelita dengan boss?”
“Habis tu dengan siapa lagi yang aku nak bengang sampai macam ni kalau tak kerana perempuan tu asyik nak mengampu boss je”
“Betul ke mereka berkenalan rapat?”
“Entahlah, boss yang cakap macam tu siang tadi. Perempuan tu mengada-ngada bila boss akan back up dia kalau sesuatu berlaku. Kau tengoklah, waktu evaluate pekerja tu, boss mana ada panggil dia pun. Dah nampak sangat kat situ yang perempuan tu mesti pujuk boss supaya bagi markah evaluate yang paling tinggi untuk dia” Mona merengus kasar sambil berjalan termundar-mandir di dalam biliknya.
Lisa mengeluh kecil dan dia memandang ke arah cermin semula. Dia menyelesaikan mendandan rambutnya.
“Yang kau ni malam-malam nak ke mana Lisa, dah pukul 10 setengah ni” tegur Mona apabila menyedari Lisa bersiap dan berdandan kecil setelah mereka pulang dari berbabeque.
“Aku nak keluar kejap, ada date dengan orang sini” Lisa kelihatan gembira menyatakannya.
Mona menjeling sedikit cemburu.
“Kita bercuti kat sini sebab nak spent time dengan rakan sekerja, kau masih ada masa nak date dengan orang sinikan? Kenapa nak jadi orang pulau?”
“Date suka-suka sajalah...kau, tak nak keluar ke?”
“Entahlah! Kalau aku rajin, aku keluarlah. Ada kau pun bukan boleh harap. Tak boleh langsung nak satu kepala dengan aku bila aku cakap pasal Jelita, hei! Aku pesan kat kau ni, kau jangan beritahu kat sesiapa pun apa yang aku cakap pasal Jelita dekat kau” Mona sempat memberi amaran.
“Yalah” Lisa bangun dan mengambil beg silangnya lalu dipakaikan di tubuhnya.
“Aku tak rasa pun apa yang Jelita buat tu melampau, lagipun aku tak rasa Jelita nak rampas jawatan kau, kau je yang suka fikir bukan-bukan” beritahu Lisa.
“Hei Lisa! Berapa kali aku nak cakap dengan kau, kalau kau nak rapat dengan aku, kau kena ikut cara aku. Dengan siapa aku benci, dengan siapa aku tak suka kau kena ikut aku juga, kalau kau tak nak, kau tak payah nak rapat dengan aku dah!”
Lisa tidak memberi apa-apa respon, Cuma dia agak terkejut dengan sikap Mona. Setelah itu dia segera beredar keluar dari bilik untuk membiarkan Mona tenang dengan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience