Bab 5

Drama Series 55275

TADWINI melangkah masuk pejabat dengan ceria. Matanya membulat. Terpempan dengan apa yang dilihatnya sekarang. Langkah dilajukan.

"Ariel !" panggilnya. Dia yakin ternampak lelaki itu tadi. Lelaki yang menyandang gelaran abang tiri. Bila si dia menoleh, masing-masing teruja.

Tadwini berlari mendekati Ariel Hakimi. Rindu yang dalam terhadap lelaki itu sungguh menyesakkan jiwa. Siapa je tak rindu hero kita time kecil-kecil dulu, kan? Terharu pun ada.

Bunyi deheman menghentikan babak drama pukul 7 yang sedang berlangsung. Tadwini Melia berpusing memeluk tubuh. Wajah ketat Irfan dipandang. Kening terjongket ke atas.

Tak kesah dengan deheman Irfan, Tadwini kembali menoleh ke arah Ariel. Tiba-tiba tangannya direntap kuat. Dia dibawa tanpa arah.

"Kau dah kenapa ?" soal Tadwini. Cengkaman pada pergelangan tangan cuba dirungkaikan. Menjengil besar ke arah Irfan.

"Siapa tu ?"

Tadwini pelik bila Irfan menekan kata-katanya. Senyuman sinis terukir di dalam hati. Akhirnya reaksi yang ditunggu-tunggu muncul pada wajah Irfan muncul! Hati bergelak bebas. Kedatangan Ariel haruslah dimanfaatkan.

"Ex boyfriend aku ." sengaja dia melentukkan badan.

Tsk! Dengusan Irfan kedengaran.

"Oh, okay ."

Tadwini mengetap bibir. Kecewa dengan jawapan lelaki yang dipujanya. Itu je?

"Wini, kenapa ?"

Dia menoleh. Serta-merta senyuman terukir. Sekali lagi dia melempar senyuman termanis buat Ariel. Mata dikenyit-kenyit. Tak sedar perlakuannya diperhati oleh Irfan yang mula berasa kurang senang.

Novel ni Akind dh pernah publish, so Akind just nak baiki n tamatkan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience