Bab 16

Drama Series 55275

HENING. Semua mengunci mulut kecuali Tadwini yang cuba menceriakan semula suasana.

"Kak, diam ."

Tadwini menjeling Sara, mahu sahaja digenyeh-genyeh adiknya itu. Ada ke tegur depan orang? Malulah dia. Bibir menghadiahkan sengihan kecil menutup rasa malu.

Tangan mencuit-cuit Irfan disebelah.

"Kenapa ?"

"Tak, tak ada. Tak ada apa-apa ," sengihnya lagi. Boleh pula Irfan bersuara kuat? Nanti mestilah mereka menjadi tumpuan.

Sudu dan garpu dilepas, mulut dikesat dengan tisu. Tadwini bangun beredar ke singki, mata menjeling ke arah manusia-manusia di belakang melalui pantulan cermin.

Kalau senyap macam ni baik tak payah buat pertemuan, membazirkan duit aje. Tak ada pula sesi perkenalan seperti yang dikatakan Irfan. Hampeh! Bukan main dia bersiap cantik hari ini.

Langkah dibawa ke tandas wanita. Tas tangan dibuka, ambil gincu lalu oles pada bibir. Keluhan kecil dilepaskan. Baik dia duduk di situ daripada menahan diri di situasi janggal di luar itu.

Tiba-tiba perutnya mengulas. Tadwini memegang perut, dahi berkerut menahan sakit. Terkedek-kedek dia masuk ke salah satu pintu tandas wanita. Hajat dilepaskan.

Setelah lama berperang di dalam tandas, akhirnya dia menghembus nafas kelegaan. Tas tangan dicapai, dia melangkah keluar dari tandas.

Tadwini terpempan, tiada satu pun kelibat kelihatan di meja makan. Lampu sudah dipadam. Bebola matanya bergerak meliar sekeliling, tubuh dipeluk. Seram sejuk dirasakan, menggigil teruk tubuh kecilnya.

"Irfan !"

"Ma! Pa !" Laungnya kuat menyeru nama mereka. Peluh mula merintik.

"Hari ni bukan april fool Irfan !"

Dia jatuh, lutut dirapatkan ke dada. Perlahan-lahan esak tangisnya keluar.

"Korang! Jangan mainkan aku macam ni! Aku tak sukalah !" Jeritnya lagi.

Tiba-tiba pintu terkuak lebar, satu susuk tubuh tercegat. Tadwini bangun meluru memeluk.

"Irfan! Kenapa kau tinggalkan aku seorang dekat sini?! Kau tahu aku trauma dengan gelap kan ?!" Bentaknya.

"Melia, aku tak nak teruskan perkahwinan kita ."

Tubuhnya membeku. Mata menatap tidak percaya ke arah lelaki itu. Dada berombak kasar.

"A... Apa yang... kau merepek ni ?" Soalnya gugup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience