Bab 35

Drama Series 55275

Tangan lincah menekan papan kekunci, fikiran sudah melayang entah kemana. Udara malam sejuk hingga ke tulang hitam. Irfan tak tahan, dia bangun merebahkan diri ke atas katil.

Bayangan gerangan itu melintas lagi di benak. Jantungnya berdegup kuat, seperti terkejut dengan fikiran sendiri. Hatinya berkata-kata. Tangan naik memegang dada. Ala-ala sadboy.

'Tahun ini hampa tampamu, ulu hatiku terasa pedih, rindu yang membara tapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Terima kasih dan maaf untuk semua perasaan ini. Terima kasih kerana kamu sudah menjadi salah satu bahagian proses pendewasaan aku, terima kasih juga kerana sempat menjadi salah satu kebahagiaan yang hujungnya aku harapkan sempurna meski kenyataannya tidak.

Maaf jika aku membebani dengan perasaan yang aku sandarkan ke kamu. Pasrah dan menyerah, perasaan kamu bukan lagi tertuju buat aku'

Bibir perlahan-lahan tersenyum kecil. Ya, sabar adalah tingkat yang tinggi, bentuk syukur paling dalam dan bentuk ikhlas paling serius.

Matanya terasa kuyu, mahu tak mahu dia bangun menutup sliding door balkoni. Irfan kembali ke atas katil, cepat sahaja kelopak matanya tertutup. Penat fizikal dan mental...

Qaisara menatap lama bingkai yang mengisi fotonya disisi Irfan. Dia sudah gila bayang sama lelaki itu, wajah cerah dan mata hazel itu cukup membuatkan dia teringat-ingat. Lelaki yang didambakan oleh para wanita tidak terkecuali dirinya.

Ketukan pintu menghentikan lamunannya. Keningnya bercantum rapat, siapa pula ganggu pagi-pagi buta ni? Papa? Papa kan outstation, mama dekat club. Bulu roma tegak berdiri, masa ni jugaklah dia nak kacau aku.

Memang keluarga mereka dimaklumkan akan saka keturunan yang sedang mencari tuan. Qaisara masuk ke dalam gebar, dia menarik hingga ke paras dada. Dadanya sudah bergetar hebat.

"Jangan ganggu aku ," gertaknya. Rahang terketap-ketap geram.

Keluar Islam!

Qaisara terhenjut, terkejut dengan hati yang tiba-tiba berkata aneh.

Keluar!
Keluar!
Keluar!

Hatinya seakan mendesak-desak, Qaisara bangun. Anak matanya meliar memandang setiap sudut bilik, ya Allah.

Allah tak boleh tolong kau!
Aku boleh!
Kau terima je aku, semua keinginan kau akan aku tunaikan!

Kedengaran tawa mengilai tepat di cuping telinganya. Qaisara terpempan.

Alhamdulillah, dapat update one chapt. Maybe minggu depan Akind masuk asrama semula, ni pun ada dkat rumah sbb positif covid ^>^. Doakan yang baik ii ya, love you guys! 0_~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience