Bab 37

Drama Series 55275

Kedua-belah kelopak matanya dibuka. Nafasnya kencang dengan peluh yang merintik di dahi. Irfan bangun membuka lampu. Anak matanya menangkap kelibat yang melintas laju di tepinya. Jantungnya seakan berhenti berdenyut sakin terkejutnya dia.

Ingat Tuhan. Dia memujuk hati cuba mengatakan yang semuanya selamat. Mungkin hanya khayalannya yang terbawa-bawa dari mimpi buruk tadi.

Dap. Dap. Dap.

Derap tapak kaki menghampiri pintu bilik meremangkan bulu roma, Irfan menarik comforter menutupi seluruh badannya yang kembali berbaring.

Flup. Flup. Bunyi jilatan kedengaran tepat di cuping telinganya. Kakinya terasa seram sejuk. Fikirannya melayang teringatkan Qaisara yang tersenyum manis di hadapannya secara tiba-tiba. Hatinya berdegup kencang seakan-akan jatuh cinta.

Entah apa yang merasukinya hingga tidak tertahan lagi dia mahu membuat panggilan kepada gadis itu. Hilang rasa takut yang membuku di dada.

Irfan bangun mencapai telefon bimbitnya. Lincah jari-jemari menaip nama Qaisara. Dia mendail.

"Helo Irfan, you tak tidur lagi ," suara di hujung sana kedengaran menggoda baginya.

"You..." seru Irfan perlahan, manja.

Qaisara terdiam. Hatinya membuak-buak ingin bertemu tuan punya suara. Bibir digigit tanda nafsunya yang semakin tinggi. Ah! Irfan, kenapa kau dera aku begini?

"Yes baby ," ucap Qaisara, syahdu. Fikirannya sudah memikirkan bagaimana di kala detik-detik Irfan melayan nafsunya. Badannya menegang.

"I want to meet you, really miss your touch ," sambung Qaisara.

Tok! Tok!

"Wait a minute, ada orang kentuk pintu bilik I ."

Irfan diam. Badannya berpeluh walau penghawa dingin terpasang pada 16 darjah Celsius. Matanya meliar sekeliling buat seketika. Dia sedar yang dia bukan seperti ini cuma keinginannya sudah tidak tertahan. Entah apa yang membuatkan dia rasa sampai sebegini.

"Sorry Irfan, papa I tadi. By the way, how about you? Do you want to meet me ?"

"Of course..."

Qaisara menegang lagi. Suara Irfan benar-benar menggoda. Lembut dan membuatkannya mahu memiliki pemilik suara emas itu.

Damn it! Kenapa dari dulu aku tak terfikir guna cara ni? Easy.

"I'm waiting for you, come to my condominium. Or you want me to go to you ?" soalnya.

Irfan diam. "You bagi location I datang. Thanks babe ."

"My pleasure dear. I can't wait to have fun with you ," Qaisara tersenyum lebar.

"Me too..."

Thanks sebab still sudi singgah ><. Sorry guys, akind bru balik asrama kelmarin and ofc Akind rest dlu. Harini terus update hehe, n esok petang Akind balik asrama. So kalau sempat Akind try buat next chapt okey. Doakan yg baik ii n hope you all have a great day.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience