Bab 33

Drama Series 55275

SENYUMAN manis mekar di bibir. Sinaran matahari menusuk mata kala langsir bilik dibuka. Ahhh, Tanisha menggeliat kecil. Tangan bergerak meraba-raba disampingnya. Eyh? Mana budak ni? Rasanya malam tadi Tadwini balik terus terjun atas katilnya. Letih sangat lagaknya, muka pun cengkung semacam.

Hhmmm, kesian juga. Dia bangun menapak kaki ke balkoni, mata meliar mencari kereta Tadwini. Kalau masih diparkir di garaj maknanya gadis itu masih berada di dalam rumah. Telinganya menangkap bunyi pancuran air shower, dah sah si kembar sedang membersihkan diri.

"Meliaaa! Siapa beli breakfast ?!" laungnya kuat. "Kau lah Meta ," perlahan sahaja sahutan dari dalam bilik air.

Bibir memuncung, biasanya Tadwini yang keluar beli. Malas-malas pun memang dialah kena beli kalau mood perempuan tu tengah tak stabil. Tak pasal-pasal ditengkingnya nanti.

Tanisha membawa langkah mendekati meja solek. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi kecil. Nak pergi gosok gigi pun malas rasanya. Tak apalah, lagi pun kafe ada dekat bawah je, nanti pakai mekap kena buang jugak.

Rambut disisir lembut, pipi disapu bedak halus. Tanisha bangun beredar keluar dari rumah. Dia turun ke tingkat G.

SINIS senyuman terpapar di retina matanya. Irfan mengeluh kecil. "What do you want from me huh? I don't owe you anything ."

"Wake up man, you stole my life and then you want to go just like that? You're dreaming, Irfan ." nada suaranya ditekan. Merah padam mukanya menahan amarah.

"Okey, I admit that I was wrong. But you should know, my heart is not for you. Your name was never in my mind ."

"Stop it Irfan! I tahu you tak suka I, but people can change. At least try to accept me. I'm sure one day you'll love me ."

"Ara! Berapa banyak kali you nak I remind you?! Kita bertunang atas kehendak parents kita and now it's all over. Kenapa you still tak faham?"

Qaisara terkedu. Kepala menekur merenung lantai. Senang Irfan kata, yang tanggung sakitnya dia. Pedih. Ya, dia akur yang dia merupakan orang asing bagi Irfan. Tapi macam mana nak jadi orang dekat kalau Irfan sendiri tak pernah cuba buka hati untuk terima dia.

Ya, dia tahu dia bukan tandingan cinta pertama Irfan. Dia bukan sesempurna seperti yang lelaki itu mahukan tapi at least... Arghh! Hatinya menjerit kuat. Kalau dia tahu sebegini deritanya cinta, dia tak akan pernah buka hatinya untuk sesiapa. Never and ever!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience