Bab 15

Drama Series 55275

TAN SRI HANANI berlari laju memeluk susuk tubuh yang amat dirinduinya. Irfan ikut berdiri, lidahnya seakan mengeras mahu menuturkan kata-kata. Bibir diketap lembut.

"Come to papa, my son ," gamit Tan Sri Daniel. Dia mendepakan tangan ke arah anak yang ditinggalkannya ketika anak itu masih berumur belasan tahun.

Suasana yang ceria bertukar sebak. Masing-masing diam tidak mengetahui apa yang sedang terjadi. Selangkah demi selangkah diatur namun dia terhenti. Irfan menatap redup ke arah lelaki tua itu.

"No, you're not my dad ," nafi Irfan. Dia amat berkecil hati dengan lelaki yang menyandang gelaran papa itu. Dia ditinggalkan terkontang-kanting bersama dengan mamanya saat dirinya amat memerlukan lelaki itu disisi. Kala abangnya meninggal dunia, di mana papanya?! Tiada.

Tan Sri Daniel meluru ke arah anaknya. Tubuh itu didakap hangat, air mata merembes keluar.

"Maafkan daddy, I'm so sorry ," ujar Tan Sri Daniel. Dia mengusap pipi Irfan, linangan air mata anaknya diseka.

"Irfan tak akan maafkan daddy !" Bisiknya keras.

Lelaki tua itu tidak menghiraukan bisikan yang terus-menerus kedengaran di telinganya. Tubuh itu dipeluk erat, sesal menyelubungi diri. Bila anaknya itu sudah diam, perlahan-lahan dahi licin Irfan dicium sebelum beralih kepada si isteri yang menangis teresak-esak.

Rindu di dalam dada sudah tidak terbendung buat keluarga yang sudah lama tidak dijenguknya.

Maybe malam ni Akind update lagi, thanks sudi baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience