Bab 8

Drama Series 55275

SKRIN telefon iPhone 6 nya yang menyala menandakan notifikasi masuk. Tadwini mengambil, tertera nama 'My Lovely Brother'. Mesej yang diterima dibalas. Bibir melebar mengukir senyuman.

"Tadwini, aku nak balik dah ni. Kau nak tumpang kereta aku ?"

Kepalanya menoleh ke arah Irfan yang menatap tajam ke arahnya. Matanya terkedip-kedip. Dia mengangguk.

"Baliklah dulu, tak apa. Ariel datang ambil aku, kau pandu elok-elok okeh ," ujarnya.

Irfan bangun menghampiri gadis itu. Telefon Tadwini dirampas, bebola matanya bergerak memandang perbualan mesej antara Tadwini dengan Ariel. Dia menghela nafas.

"Sebenarnya siapa Ariel ni? Asal kau save nama dia lovely brother? Abang kau ke ?"

Tadwini tercengang-cengang. Alamak, kantoi udah gue. Sengihan terlakar pada dua ulas bibir mungilnya.

"Memang abang, tapi abang angkat. Aku berhutang dengan dia, dulu aku pernah kemalangan. Dialah yang satu-satunya datang derma darah dekat aku ."

Irfan mengangguk perlahan. Abang angkat? Maknanya Tadwini boleh kahwin lah kan dengan mamat Ariel tu?

"Kau nak pergi makan dengan aku? Tiba-tiba je perut aku ni meragam nak makan burger Mcd ,"

"Tak nak, Ariel dah ajak aku makan sekali dengan dia. Lain kali lah ,"

Rahang diketap. Irfan menarik nafas. Apapun dia harus tenang, jangan tunjuk sangat yang dia sedang menahan api di dalam dada.

"Aku gerak dululah, nanti sampai rumah jangan lupa call aku. Malam ni nak discuss pasal projek dengan syarikat Dato' Daniel. Kau jangan nak buat-buat lupa pulak ."

Tadwini mengangguk laju. Lesung pipitnya terbentuk pabila tersenyum lebar.

"Ingat tu !" Pesan Irfan lagi. Kawannya seorang itu bukan boleh dipercaya. Nanti tak pasal-pasal projek yang amat berharga itu terbatal.

"Yelah cik bos oi !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience