Bab 27

Drama Series 55275

SUASANA hening menemani perjalanan mereka, seakan-akan tidak percaya Irfan yang berada di sebelahnya setelah setahun tidak berjumpa. Sakit hati melihat muka selamba itu. Udara penghawa dingin benar-benar membuatkan badannya menggigil kecil.

Lama betul si Irfan memandu, ke mana entah mahu dibawanya anak dara orang ini. Bibir dikemam, Tadwini mengalihkan bebola mata ke luar. Matahari sudah mahu melabuhkan tirai menyebabkan keadaan mula gelap.

"Kau nak makan dekat mana ?" suara Irfan memecah keheningan.

Mulut Tadwini ternganga sedikit, dah dari tadi memandu kereta tak tahu nak makan dekat mana? Ya Allah... Jam tangan dikerling, sudah 30 minit mereka bertapa di dalam kereta. Mahu sahaja tangan memukul Irfan, teringatkan yang mereka sekarang orang asing, niat dimatikan.

"Ikut je ," bibir kata lain, hati menyumpah seranah.

"Kita pergi KFC ?"

Alis kening Tadwini terangkat, "Tak nak, dah bosan. Dekat lain lah ," decitnya.

Irfan mengetap bibir. Mulut bergerak membalas, "Kata ikut aje, tapi tak pun ."

Keluhan kecil meniti keluar. Bebola mata berputar, Irfan dengan perangainya masih tidak berubah. Padahal dah tua gabang.

"Okeylah, tapi rasa macam nak makan kek lah ."

Kepala mengangguk. "Boleh je, kita pergi Secret Recipe ,"

Bibir menguntum sengihan kecil. Irfan terkedu. Matanya terpana akan bibir merah bak delima itu. Seksi. Apa yang aku fikir ni? Otak kuning betul. Kepala menggeleng kecil.

"Kenapa ?"

"Kenapa apa ?" Irfan menyoal semula.

"Kau geleng - geleng tu kenapa ?"

Liur ditelan. Dia tidak membalas soalan Tadwini.

"Palau-palau ," Tadwini mendesis.

Irfan tersenyum. Sikap gadis itu sepertinya sudah kembali seperti biasa walau dia tahu dia telah meninggalkan parut yang dalam di dalam hati gadis bernama Tadwini Melia itu. Rasa bersalah menjentik tangkai hati.

"NAH ,"

Mata Tadwini membulat sempurna. Kepala mendongak memandang Irfan.

"Aku minta satu slice je, kenapa kau beli satu biji ?" soalnya bungkam.

Irfan senyum. Dia menundukkan kepala menyelaraskan dengan telinga gadis itu. Mulut berbisik tepat di tepi cuping telinga Tadwini, "Kau lupa birthday aku ?"

Hari jadi Irfan? Tadwini terkedu. Mata dikalihkan dari terus memandang Irfan yang menatap redup ke arahnya.

Tangan bergerak menggenggam lembut tangan Tadwini, "Aku happy kau ada dengan aku sekarang, rindu ," ujarnya.

Tadwini diam. Jantung berdegup laju.

"Aku bangga dengan kau sebab still dapat jumpa aku lepas aku sakitkan hati kau. Maaf ."

Tangan ditarik dari terus digenggam. Tadwini bangun mahu beredar. Luka lama berdarah kembali. Tiba-tiba pinggangnya dirangkul dari belakang.

"Kau nak tinggal aku masa birthday aku ?" sayu suara Irfan.

"Irfan, kau dah sakitkan hati aku and then kau cakap fasal tu. Kau ingat aku boleh lawan ke hati aku yang terlalu terluka ni ?!" keras Tadwini menjawab.

Badan Tadwini dipusingkan, bibir gadis itu disambar. Pekerja-pekerja tercengang dengan adegan mesra di hadapan mata. Mereka kalut, nasib baik pengunjung kedai kurang kala itu.

Merah padam muka Tadwini, dada sasa Irfan ditolak. "Kenapa kau suka sangat cium aku?! Nanti orang label aku ni perempuan murahan ." bentaknya.

"I can't hold it ." Irfan tarik Tadwini duduk semula.

"Come on dear, sing me a song ."

Rahang Tadwini terketap-ketap. Hati membara panas dengan kelakuan tidak senonoh lelaki itu. Kepala dipalingkan.

"Melia..." panggil Irfan perlahan.

Keluhan kecil mencetus keluar dari dua ulas bibir Tadwini. Dia mengalah. Bibir mula bergerak menyanyikan lagu Happy Birthday buat lelaki itu, suara diperlahankan. Terasa darah menyerbu ke wajah bila mereka menjadi perhatian orang. Malu tak payah kata, mahu sahaja dia menghantukkan kepala ke dinding.

Senyuman Irfan mekar. Dia memotong kek, satu potongan diletakkan ke atas pinggan. Sudu diambil, dia menyua ke arah Tadwini.

Kening gadis itu bercantum. "Apa ?"

"Suaplah aku ,"

Tadwini menarik nafas. Sabar wahai hati, sekejap je. Dia nak sambut hari jadi aje pun. Sudu dicapai, dia mengambil sedikit kek lalu dihulur. Kek selamat mendarat ke dalam mulut Irfan.

"That's my best friend ." Irfan sengih lagi.

"Sorry, aku bukan bestie kau ." nafi Tadwini.

Irfan ambil sudu, kini dia pula menyua ke arah gadis itu. Malu-malu Tadwini membuka mulut. Tawa meletus dari bibir. Ah, boleh cair hatinya melihat gelagat malu kucing gadis itu.

"Miss you ," ucapnya perlahan.

"Apa ?" berkerut dahi Tadwini.

"Nothing ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience