Bab 4

Drama Series 55275

IRFAN menjeling geli ke arah Tadwini yang dari tadi memandangnya. Fail diambil lalu dihempuk kepala gadis itu.

"Thank you tau tolong aku ."

Rengekan manja Tadwini hampir-hampir sahaja mahu membuatnya termuntah.

"Kalau aku tahu lah kan, seriously aku akan biarkan kau ."

Menghiris sungguh kata-kata Irfan. Laju sahaja tangannya mencapai tablet. Tadwini buat-buat tak endah. Lelaki tak guna tu memang macam tu, baik tak payah layan. Deringan telefon Irfan berbunyi. Terpaksalah dia buat pekak telinga.

"Angkat jap call tu ."

Tadwini Melia terkesima. Dia menjengil mata ke arah Irfan.

"Do it yourself ."

"Kau nak berhenti kerja betul ke ?"

"Okay-okay.. " Tadwini mengeluh panjang. Nama 'Hanurt' yang tertera pada skrin telefon Irfan memelikkannya.

"Siapa pulak Hanurt ?"

Irfan tersentak. Dia mengambil telefonnya. Matanya mengecil.

"Seriously.. "

Tadwini mengerutkan dahi. Pertama kali dia melihat Irfan teruja sampai macam tu sekali.

"Weh, ada hal ."

Tadwini Melia terpinga-pinga. Irfan yang melangkah pergi diekori dengan ekor mata. Dia berdecit halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience