Prolog

Drama Series 55275

IRFAN HELMI menopang dagu. Sebal dengan telefonnya yang tidak berhenti-henti berdering.

"Kau memang tak nak angkat ke ?" Tadwini menyoal. Dia sudah rimas. Kawannya itu dipandang jengkel.

Irfan menggeleng dengan bibir yang mencebik. Dia bangun melonggarkan tali leher, hoodie yang tersarung pada badan dicabut. Dia panas!

"Kalau ya pun mute lah, semak aku ."

Irfan berjalan menuju ke sofa. Dibaringkan badannya disitu.

"Tolong picit kepala aku jap ,"

"Aku ?" Tadwini Melia menyoal sinis.

"Kau asisten aku, aku bos kau. Kat sini kau bukan kawan aku tapi pekerja aku. So turutkan semua arahan aku ."

Tadwini menjuih bibir. Dia tersengih kecil. Air kopi yang masih tersisa di dalam cawan dibawa mendekati Irfan.

Chush! Dia menuang pada rambut lelaki itu.

Irfan terjerit kecil. Dia bangun, matanya memandang tajam Tadwini. Baru sahaja mereka mahu memulakan sesi pergaduhan, pintu terkuak dari luar.

Dua orang gadis berpakaian kerja tercegat dibelakang Orin.

Irfan terpana. Matanya membulat besar melihat dua orang gadis itu. Ya Allah... manisnya.

Tadwini Melia gelisah. Entah kenapa dia berasa kurang senang dengan kehadiran dua pekerja baru itu. Bebola matanya tunduk menekur lantai.

Please Irfan.. kuatkan iman kau. Dia berbisik di dalam hati. Kepala mendongak memandang Irfan yang memandang lama ke arah dua gadis itu.

Hatinya sedikit terguris. Laju sahaja dia bangun meninggalkan mereka disitu, tandas dituju. Pantulan cermin dipandang.

"Kau... tak pernah perasan perasaan aku dekat kau kan ."

Novel ni Akind dh pernah publish, so Akind just nak baiki n tamatkan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience