Bab 18

Drama Series 55275

SUDAH satu tahun Tadwini menghilang tanpa jejak. Nombornya disekat oleh gadis itu. Irfan sudah tidak terurus.

Mata dipejam rapat mengusir wajah itu daripada terus menerpa ingatan. Peluh berkeringat di dahi walau penghawa dingin sudah dibuka pada suhu 16 darjah.

Dia mengiring ke kanan, namun kemudiannya ke kiri. Dahi berkerut.

"Irfan! Hari ni tak masuk kerja ke ?" Laung Tan Sri Hanani dari tingkat bawah. Dia memandang ke arah suaminya sebelum menghela nafas.

"Tengok anak kamu tu, putus cinta pun bertahun-tahun ," omelnya.

Tan Sri Daniel ketawa. "Trending orang zaman sekarang, putus cinta bertahun-tahun. Kalau kita dulu dalam satu hari dua hari je ."

"Eh kamu ni, ada ke kata trending? Kesian anak kamu tu, tak ada nak pergi pujuk ."

Terkedip-kedip Tan Sri Daniel. Aik, marah kita pulak?

"Ala, abang dah pujuk. Tapi anak kamu tu masih dingin dengan abang ."

"Dah, mari duduk tepi abang. Tengok tv ni, mari ." Sambungnya. Tangan menggamit isterinya. Tan Sri Hanani mendekat lalu melabuhkan punggung di atas peha suaminya. Senyuman menghiasi wajah masing-masing.

Tak sedar perbuatan mereka di perhatikan. Irfan yang sedang menuruni anak tangga menggeliat geli. Dah tua-tua pun nak manja lagi? Mengada! Langkah yang terbejat diteruskan.

Saja dia mendekati pasangan sejoli itu, mahu menganggu keromantisan suasana.

"Hello mom ,"

"Eh Irfan, bila kamu turun ?" Cepat-cepat Tan Sri Hanani bergerak turun dari peha suaminya. Tan Sri Daniel pula sudah cemberut.

Punggung dilabuhkan ke atas sofa tepat di antara mama dan papanya. Riak selamba ditayang, roti di atas meja diambil lalu disuap ke dalam mulut. Mata hazelnya terkaku pada seraut wajah yang terpampang di kaca tv.

"Irfan, tu bukan isteri tak jadi kamu ke ?" Soal Tan Sri Daniel.

"Yelah, dah jadi model dia ," Tan Sri Hanani pula bersuara.

Irfan seperti tidak mengenali model yang terpancar di siaran tv itu. Terlalu seksi malah tidak mengenakan tudung. Tadwini... Kenapa kau berubah sampai macam ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience