Bab 1

Drama Series 55275

"KAU pergi mana tadi ?"

Tadwini sekadar menjongket bahu. Dia duduk di atas sofa. Matanya mengfokus ke arah tablet.

Irfan mendesis geram. Jam yang tersarung di pergelangan tangan dipandang. Pukul 2 petang.

"Melia, hear this. Kalau kau tak nak dengar cakap aku baik kau berhenti kerja. Lagipun tak rugi syarikat aku tanpa pekerja macam kau ni. Dahlah, shuh-shuh ."

Tadwini Melia mengetap bibir. Dia bangun mencapai tas tangannya, langkah dibawa keluar dari bilik Irfan.

"Kau nak sangat aku berhenti kan? Okay, I quit! Kau memang tak pernah nak jaga hati aku kan. Kau cakap ikut sedap kau je ," sempat dia bersuara ketika melangkah keluar tadi.

Langkah diteruskan menuju ke kereta. Matanya tertancap pada dua orang gadis tadi yang sedang rancak berbual. Tsk!

"Tadwini.. "

Tadwini menoleh bila dipanggil. Dia memandang Irfan yang tercungap-cungap berlari.

"Kau kenapa ni? Tiba-tiba badmood, aku gurau jelah tadi. Marilah sambung semula kerja kau ." Irfan menarik lengan Tadwini yang berlapik baju.

Tadwini merentap tangannya. Matanya menjuling ke atas. Bibir dicebik.

"Itulah kau, tadi bukan main berlagak. Pergi sana tu, shuh shuh ." kini dia pula menghalau Irfan. Senyuman puas terukir pada bibir.

Irfan meraup kesal mukanya. Dia bertambah pening dengan sikap entah apa-apa Tadwini Melia ini.

"Bos, kenapa ni bos ?" suara gedik kedengaran. Irfan menoleh. Kelihatan Aini sedang meliuk lintuk ditepinya. Terpamer senyuman nipis buat gadis itu.

Tadwini menjeling. Meluat dia tengok perangai tak semenggah Aini. Tangan Irfan ditarik kasar menuju ke bilik mesyuarat yang kosong.

"Kau kenapa ni Melia !"

Tadwini mengeluh kecil. Betul ke apa yang aku nak buat ni? Kang tak pasal-pasal dia gelakkan kau.

"Irfan, aku nak kau jujur. Kau pernah tak terfikir untuk jadikan aku sebagai girlfriend kau ?" soalnya perlahan.

Seperti yang dijangkakannya, Irfan Helmi ketawa sakan.

"Girlfriend? Seriously ?"

Tadwini mula berubah merah padam. Dia mengepal erat kedua tangannya. It's not the right time, Melia. Don't confess!

"Kau dah kenapa ni? Udang masuk banyak sangat ke dalam otak kau tu ?" percakapannya mendapat jelingan maut si Melia.

"Irfan, aku cabar kau.. Kalau kau boleh buat aku jatuh cinta dekat kau, kau menang and aku takkan berhenti kerja ." Tadwini tersenyum lebar. Mudah sahaja otak tajamnya mencari cara.

"Kenapa aku kena buat kau jatuh cinta pulak ?!" Irfan menggumam tidak puas hati.

"Okay, aku sahut ." Sambungnya bila Tadwini hanya mendiamkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience