Bab 19

Drama Series 55275

CERMIN mata dibuka. Tangan mengibas-ngibas leher, datang dua orang lelaki berbadan sasa yang merupakan pengawal peribadi diikuti Delina, asistennya.

"Bos, serius nak balik naik teksi ?"

Angguk. Tadwini menyarung kembali kaca matanya.

Delina resah. Perangai gila bosnya itu menjadi-jadi sejak menjejak tanah Malaysia kembali. Sudah buntu bagaimana mahu memujuk wanita itu balik ke penthouse menggunakan kereta mereka.

"Kenapa nak naik teksi? Kan destinasi kita sama, apa kata kalau bos naik dengan kami ?"

Tadwini menghela nafas. Dia melempar tatapan tajam pada asistennya itu.

"Ikut I lah, I bos you. I bebas nak buat keputusan ." Tadwini masih dengan pendiriannya.

Ketiga-tiga manusia itu mengangguk pasrah dengan kehendak gila tuan mereka. Bimbang jika ada apa-apa yang berlaku di luar jangkaan mereka.

Setelah beberapa minit menunggu, muncul sebuah teksi. Laju Tadwini melangkah, tidak lupa kaca mata dan pelitup separuh muka dipakai.

Walau dia sedang memakai kasut tumit namun itu tidak menghalang langkahnya yang laju. Kakinya sudah sebati dengan kasut itu.

Dia masuk ke dalam perut kereta. Ekor mata memandang ke arah ketiga-tiga insan yang masih menatap ke arahnya melalui cermin.

Decitnya jengkel. Lokasi yang sebenarnya mahu dituju bukanlah penthouse miliknya tapi Restoran Cili Padi yang sudah lama tidak dikunjung. Perutnya begitu mengidam akan lauk ayam merah di sana.

"Pak cik! Laju pak cik! Jangan bagi mereka ikut kereta pak cik !" Jeritnya kecil. Badannya terkedepan saat pemandu teksi itu memecut kereta.

Tadwini ketawa jahat. Ah, akhirnya dia bebas dari tiga makhluk itu. Walau sudah yakin teksi itu tidak diekori, tetap dia melihat ke belakang sekali-sekala.

Akhirnya mereka tiba. Tadwini membuka tas tangannya.

"Berapa pak cik ?" Soalnya.

"30 ringgit ,"

Dompet dikeluarkan. Sekeping not 10 dan 5 diberi kepada pemandu teksi itu.

"Eh dik, tak cukup ni. Bukan 15 tapi 30 ." Ujarnya.

"Lah, apa yang tak cukupnya. Kan pak cik naik sekali, jadi bayar separuh-separuh lah ." Tadwini menjeling sebelum keluar meninggalkan pak cik teksi yang terpinga-pinga di kerusinya.

Maybe malam ni xde update sebab Akind ada kelas tambahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience