Bab 32

Drama Series 55275

TERKEBIL-KEBIL Tadwini memandang ke arah Irfan. Lupa ingatan ke lelaki ni? Nama aku pun tak ingat?

"Aku Tadwini lah, takkan kau lupa ?"

Irfan merenung lama. Kerutan di dahi jelas terlihat, "Aku tahu kau Tadwini tapi..."

"Sudah-sudah, tak perlu merepek. Rehat dulu, badan kau lemah lagi tu," ucap Tadwini. Dia bangun menuju ke tandas, pintu dikunci. Cepat tangannya memegang dada yang menghasilkan getaran hebat. Denyutan kepala bertambah kuat. Poket diseluk, satu plastik kecil yang terisi ubat dibuka. Laju dia mengambil lalu menelan.

Sakit. Penyakitnya kini datang menyerang tidak tentu masa, jadi ubat itu memang dibawa kemana-mana. Tadwini kembali ke luar, Irfan hanya memerhati dengan ekor mata. Raut wajah Tadwini terlalu sama dengan gadis yang memesonakan itu.

"Aku ada kerja, esok aku datang semula ."

Kaki dihayun melangkah laju beredar ke tempat parkir. Disitu dia tidak menahan lagi, terbatuk-batuk Tadwini. Dia memegang kepala manakala tangan kiri memegang pintu menahan badan yang mahu rebah. Allah... serunya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience