Bab 26

Drama Series 55275

“OREO !”

Tangan Tadwini yang laju mengetik papan kekunci terhenti. Apa lagi kali ni? Bibir berdecit halus.

“Asal kau dm Irfan ikut phone aku? Tak ada otak ke? Username akaun ig aku nama aku, nanti Irfan perasan macam mana ?” bedilnya.

Liur ditelan, kepala yang tidak gatal digaru.

“Aku tak terfikir lah !” Tadwini cuba membela diri, lagipun kalau Tanisha marah bukannya boleh merubah apa-apa. Nasi sudah menjadi bubur.

Tanisha mendengus, kaki yang beralas selipar menghentak kuat lantai.

“Kalau dia jumpa ig kau macam mana ?”

“Aku tak main ig, tiktok aku ada ,” jawabnya.

“Apa kata kau beritahu yang kau tak nak bagi orang awam tahu nama betul kau? Tu pun kalau Irfan tanya, kalau dia tak tanya jangan bunyi .”

Kata-kata Tadwini bagai angin yang lalu ditepi telinganya. Masuk ke dalam walk in closet, baju shirt hitam yang terdedah pusat disarung serta seluar jeans biru gelap yang ketat. Rambut disanggul tinggi menapakkan lurah leher.

SEBAIK sahaja ternampak seorang lelaki yang melambai tangan ke arahnya, laju bibir menguntum senyuman lebar. Dia menapak teruja mendekat, masuk ke dalam perut kereta lalu duduk diatas kerusi sebelah Irfan.

Irfan tergamam, pakaian Tadwini terlalu menjolok mata. Bebola mata dialihkan ke jalan, dada berombak kuat.

“Melia, aku nak tumpang tandas rumah kau sekejap. Tak tahan nak buang air .” Kerana terlalu mendesak, Irfan cuba menebalkan muka.

Tanisha tersentak. Macam mana kalau Irfan ternampak Tadwini? Mati!

“Please… kau tak payah ikut, tunggu je dalam kereta .”

Lambat-lambat kepala mengangguk. Bibir diketap lembut. Aduh!

“Rumah kau nombor berapa? Tingkat berapa ?” Soal Irfan.

“Tingkat 6 nombor 234 ,” jawabnya.

Terkedek-kedek Irfan berlari sambil menahan air kecil yang sudah begitu mahu keluar. Tanisha yang berada di dalam kereta ikut keluar.


DAHI berkerut pelik. Bunyi erangan di dalam tandas didengar teliti. Bukan ke Meta sudah keluar? Tadwini mengetuk pintu kaca tandas.

“Sekejap! Aku nak siap dah ni !”

Kaki terundur ke belakang. Bukan Tanisha yang berada di dalam bilik air kerana suara itu terlalu serak jauh banding dengan kembarnya. Mata tertancap pada Meta yang berada di sebalik dinding ruang tamu terhendap-hendap ke arahnya sambil membuat isyarat mulut.

Belum sempat dia menangkap maksud Tanisha, pintu kaca bilik terkuak lebar. Mata membuntang. Irfan! Apa yang dia buat di sini ?!

“Eh, kenapa kau masuk rumah? Tukar baju dan buang mekap ?”

Tanisha yang berada di belakang dinding dah macam monyet, menggaru kepala. Harap sangat kakaknya boleh menahan rahsia mereka dari terbongkar. Betul-betul cuak dia kala itu.

“Oh, tiba-tiba rasa malas pakai baju seksi sangat. Mekap pun dah tebal macam 5 inci, rimas aje .” Walau Tadwini tidak tahu menahu, dia cuba berkata perkataan yang tidak menimbulkan musykil.

“Mana handbag kau? Cepatlah lambat dah ni .” Gesa Irfan.

“Kau tunggu dekat ruang tamu, aku nak pergi pakai mekap sederhana dan ambil tas tangan aku sekejap .”

Melihat Irfan menapak ke ruang tamu, Tanisha menyembunyikan diri di belakang sofa. Lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience