Bab 12

Drama Series 55275

LIUR ditelan. Tadwini membalas renungan tajam Irfan.

"Serius ?" Tanyanya gugup. Jantung berdegup laju.

Kepala dianggukkan, tangan Tadwini ditarik kuat. Gadis itu jatuh ke atas sofa tepat ditepinya. Kepala didekatkan.

"Kau ada nampak muka aku main-main ke ?" Bisiknya halus.

Ah, seksi. Mukanya membahang menahan malu. Mata dipejam daripada terus berlawanan mata dengan lelaki itu.

Irfan terkekeh-kekeh ketawa. Dia mengangkat-ngangkat alis kening kanannya.

"Irfan !!" Jerit Tadwini.

HUJUNG bibir yang berdarah diseka. Irfan menghembus perlahan nafasnya. Boleh pula dia bertengkar dengan Ariel di kedai tadi.

Badan dimasukkan ke dalam perut kereta, Tadwini yang berada di kerusi penumpang memandang pelik ke arahnya.

"Kau okay tak ?" Soalnya cemas. Pipi Irfan yang kemerahan diusap. Dashboard dibuka. Bandage diambil.

Irfan hanya memerhati. Mata mereka bertaut. Masing-masing tidak mahu melarikan anak mata. Irfan tersenyum kecil. Tadwini terpana.

Irfan memegang tangan gadis itu. Dia ketawa kecil.

"Mengada !" dia menguis hidung wanita itu.

Tadwini tersengih. Dia menyandarkan kepala pada kerusi.

"Tak sangka penantian aku akhirnya berbalas ,"

"Eh, siapa kata aku terima lamaran kau ?"

Irfan hanya mendiamkan diri. Dia sendiri keliru dengan dirinya. Entah dia cinta Tadwini sebagai seorang sahabat atau kekasih. Tapi yang pastinya sekarang rasa cemburu itu memang hadir dalam jiwanya.

Tangannya naik mengusap lembut kepala wanita itu .

"Kalau kau kahwin dengan aku, apa yang boleh kau janjikan dekat aku ?"

Irfan Helmi terkedu. Dia menatap Tadwini, lama. Gugup.

"Aku.. "

Tadwini menegakkan badan. Dia membalas tatapan lelaki itu menanti kata-kata yang akan meluncur keluar dari mulut Irfan.

"Cinta jangan dikejar, nanti ia akan lari menjauh. Cinta jangan dipendam, nanti ianya akan padam. Cinta jangan selalu ditunggu, nanti ia tak akan datang. Tetapi cinta, kalau datang dari hati ia tidak akan lari. Tak akan terpadam, malah ia akan hadir dengan sendiri ." Irfan bermonolog.

Tadwini terpinga-pinga. Bingung seketika.

"Apa kaitannya ?"

"Seandainya percintaan antara kau dan aku tulus itu tidak sewajarnya, maka tiada ertinya cinta itu hadir secara paksa ."

"Weh, kau ni.. putar belit pulak. Direct je ,"

"Nak kata camana eh, yang pastinya aku ada hati dekat kau walau kau suka serabutkan aku ,"

Tadwini terpempan. Dari emosinya yang sedih bertukar jadi marah. Mata membesar bulat merenung Irfan. Tangan dinaikkan bersedia mahu memukul lelaki itu.

Irfan pula sudah kalut menyedari keterlanjuran diri. Tangan Tadwini ditarik turun ke bawah.

"Kau dengar sini, aku tolak lamaran kau ."

Irfan menjengil ke arah Tadwini. Dicengkam pergelangan tangan gadis itu.

"No! Aku nak kahwin dengan kau !"

"Aku tak nak kahwin dengan kau !"

Masing-masing memberontak tak mahu kalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience