Bab 2

Drama Series 55275

"TAPI kan... aku rasa macam tak berbaloi lah nak sahut cabaran kau tu. Tak apalah, aku tarik balik kata-kata aku ." Irfan berjalan keluar dari bilik mesyuarat meninggalkan Tadwini yang terpinga-pinga.

Otaknya memutar-mutar ayat Irfan beberapa kali. Wait... what !? Tadwini merengus kesal. Dia berjalan keluar. Teksi ditahan. Mencebik sahaja bibirnya dari tadi.

Nampaknya kali ini dia tidak boleh berdiam diri lagi, pesaingnya ada dua orang. No! Dia tak mahu mengalah lagi seperti dahulu.

Masih dia ingat lagi dahulu, Mya gadis cantik mendekati Irfan. Dia cemburu, tapi melihat muka gembira Irfan dia hanya membiarkan.

Sampai satu tahap itu, Mya meninggalkan Irfan tanpa khabar. Mya meninggal dalam satu kemalangan.

Irfan Helmi mula menjauhkan diri dari orang di sekelilingnya termasuk dirinya. Sungguh dia merasa sepi tanpa Irfan menemani harinya. Berbulan-bulan di cuba menghidupkan kembali Irfan yang dahulu, akhirnya usahanya berjaya.

Tapi hampir setiap hari dia makan hati. Yalah.. Irfan tak pernah cuba memahaminya. Apa yang lelaki itu tahu hanyalah menyakiti hatinya.

Penat jugak sebenarnya hidup macam ni. Baru sahaja dia mahu menyambung lamunannya, panggilan pak cik teksi membantut.

"Dah sampai puan ."

Laju sahaja tangannya membuka tas tangan membayar jumlah teksi. Terkedek-kedek dia berjalan masuk ke dalam rumah. Mata membulat besar melihat sekumpulan lelaki di dalam rumahnya sedang tersenyum sinis ke arahnya. Mukanya berubah pucat.

"Si... siapa korang ?"

JAM tangan dikerling. Amboi semek Melia ni, tak masuk-masuk lagi kerja ni dah apa pasal? Takkan merajuk lagi kot. Tak mungkin. Yelah.. semek tu kan anginnya cepat berubah.

Irfan mendail. Namun panggilannya hanya dijawab dengan peti suara. Haih...

Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya dijawab. Baru sahaja dia ingin menengking, bunyi suara lelaki kedengaran. Irfan bungkam. Berkerut dahinya. Kemudian suara tangisan wanita kedengaran.

"Melia, kau okey ?"

"Tolong aku, Irfan !!"

Irfan kalut. Tiba-tiba dia terdengar bunyi desahan diiringi tangisan sedu seseorang. Panggilan dimatikan oleh orang sana.

Dia mengetap bibir. Lincah tangannya menelefon nombor Redian, si lintah darat yang merupakan bekas sahabatnya dahulu.

"Hello, aku nak kau cari lokasi dekat mana Tadwini Melia ada sekarang! Esok aku nak !" sekali nafas dia menghambur kata. Talian dimatikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience