Bab 40

Drama Series 55275

"Sokay, kita try rawat. Dah, kau tak payah nak fikirkan sangat. Tubuh kau lemah lagi, kau perlu rest lagi ni. Tidur tu ," suara Irfan akhirnya memecahkan keheningan setelah lama doktor itu beredar pergi.

Tadwini akur. Dia cuba memejam mata walaupun situasi sekarang begitu mustahil untuk dia melelapkan mata. Tadwini merasakan semuanya seakan hayalan semata-mata. Tuhan, moga semua ini hanya sekadar mimpi.

"Kau rehat dulu, aku nak pergi beli benda jap ," Irfan bangun membawa langkah ke luar wad. Dia menapak laju menuju ke bilik doktor.

Tuk! Tuk! Pintu diketuk.

"Masuk ."

Irfan menapak masuk. Dia melabuhkan punggung ke atas kerusi yang terletak di hadapan doktor.

"Saya teman kepada pasien 217. Boleh saya tahu lanjut tentang penyakit yang dihidapi kawan saya ?"

Penjelasan yang diterima didengar dengan teliti. Irfan menarik nafas perlahan.

"Kawan saya boleh sembuh ?"

"Maaf saya hanya boleh kata peluangnya untuk sembuh sangat nipis dan kebanyakan pesakit biasanya tidak mempunyai masa yang panjang walaupun sudah menjalani sesi kimoterapi ."

Irfan mengangguk lemah. "Baiklah doktor, agak-agaknya kawan saya bila boleh discharge ?"

"InshaaAllah esok, badannya pun dah okay. Just tinggal kesan, cuma berkaitan penyakit tu boleh try jaga pemakanan ."

"Thanks doc ," Irfan keluar dari bilik doktor. Dia berdiri di koridor hospital termenung panjang ditemani kepekatan malam.

.
. .

Tadwini memandang Irfan yang muram. "Weh Irfan, kau ada call tak family aku ?" soalnya cuba mengubah emosi lelaku itu. Tipulah kalau dia tak sedih, dia kut yang menghidap. Tapi itu bukan alasan dia untuk terus hidup hanya merenung nasib.

"Tak ada, asal kau tanya ?" Irfan menjongket kening kanannya.

"Saja ," sengih Tadwini.

"Yang kau ceria sangat ni apasal? Buang tebiat ?"

Tadwini mencebik. "Nanti bila aku discharged, bawa aku pergi beli ais krim boleh? Craving sangat dah perut ni ," dia mengusap perutnya acah-acah kebulur. Irfan ketawa sebelum mendekat.

"Orait, aku kan sayang perut yang akan bawa anak aku nanti ," sakat Irfan.

Muka Tadwini tak payah kata, dah merah padam. Dia buat-buat tidak endah akan sepasang mata helang Irfan yang terus memerhati reaksinya.

.
. .

Seperti yang dijanjikan, Irfan memandu ke tempat food truck. Sekejap sahaja matanya sudah menangkap truck yang menjual ais krim.

"Kau duduk dalam ni biar aku pergi beli, nak flavour apa ?"

"Tapi aku nak ikut... " rengek Tadwini manja.

Irfan Helmi terpana. Dia berpaling ke luar acah-acah tengok sekeliling takut ada benda yang berbahaya.

"Tapi kau baru discharged, nak jalan-jalan pulak ," dia membalas.

"Nak jugak !" bentak Tadwini. Dia tersenyum kemenangan bila lelaki itu mengangguk dengan mata menjeling tajam ke arahnya. Tawa meniti di bibir.

Mereka melangkah menuju ke food truck ais krim. Mata Tadwini sibuk meneliti menu.

"Capuccino campur mint ."

Tidak sampai 3 minit, ais krim sudah siap dihulur ke arahnya.

"Empat ringgit setengah dik ,"

Irfan menghulur sekeping not hijau muda. Setelah mengambil baki, mereka duduk di bangku yang berdekatan.

Sepasang bebola mata milik Irfan ralit memerhati kegelojohan Tadwini memakan ais krim. Dia menahan ketawa. Karenah gadis itu benar-benar mencuri hati kecilnya.

"Kau tak nak kahwin dengan aku ke ?" soalnya tiba-tiba.

Tadwini terjeda.

"Kalau aku kata aku nak ?"

"Then just say it ,"

"Nak ," perlahan namun cukup jelas kedengaran di cuping telinga Irfan.

Irfan tersenyum kecil. "I'll make you mine ."

Ah! Sudah-sudahlah tu menyakatnya, penat blushing. Haish...

For my readers, sorry Akind tak tahu sempat update atau tak untuk next chapt. Akind target tinggal 3 or 5 chapt lagi. Esok petang Akind akan masuk asrama, next chapt dah buat sikit, tapi malam ni nk push hw sket, hehe.. InshaaAllah kalau otak ni tak penat diperah Akind akan update esok tengahari, wish me luck! Akind balik semula next 2 week, Akind akan cuba tamatkan novel ni. Tata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience