Bab 43

Drama Series 55275

Sungguh masa mencemburui, tidak sedar hari yang bermakna akhirnya datang. Tadwini merenung lama wajah pucatnya di cermin. Bibir yang kering cuba tersenyum.

Tekaknya terasa mual, terasa segala isi perut naik ke atas. Tadwini berlari masuk ke dalam tandas.

Bluerk! Bluerk! Deru nafasnya terumbang-ambing, dia terbejat. Apa yang ada di dalam sinki direnung dengan perasaan tidak percaya. Darah ?!

Rasa loya datang menyerang lagi. Bluerk! Tadwini diserang rasa ketakutan. Kenapa muntahnya dipenuhi darah dan rambut yang kusut masai?

"Are you okay ?"

Tadwini diam. Dia membasuh mulut lalu rambut dikutip dibuang ke dalam lubang tandas sebelum diflush. "Aku okay ," balasnya tidak bermaya. Tidak lama kemudian Tadwini keluar menuju ke meja solek kembali.

"Tanisha! Kau datang ?" soalnya teruja.

Tanisha buat isyarat senyap. "Aku makeup kau hari ni, by the way jangan bising sangat. Kan kantoi kau ada kembar ," bisiknya.

Tanisha meletakkan alat-alatan soleknya di atas meja. Dia menilik muka kembarnya. "Asal kau pucat sangat ni ?" soalnya gusar setelah menyedari sesuatu.

Geleng. "Aku okay aje lah, cuma takutlah bila ingat aku dah nak kahwin ."

Kata-katanya hanya disambut tawa kecil dari Tanisha. Gadis itu memulakan kerjanya, wajah yang pucat itu habis ditutup dengan mekapnya. Sungguh anggun bila dilihat kerana Tadwini jarang memakai mekap tebal. Simple-simple aje biasanya.

"Done !"

Tadwini terpempan saat melihat pantulan dirinya pada cermin. Terlihat sungguh berbeza.

"Ni kalau dia tengok ni dah tak lama kau kena aummm dengan dia ."

Tadwini mengetap bibir. Tak habis-habis nak sakat, pergi tolong orang dekat dapur tu! Oh, lupa pula kewujudan Tanisha tidak diketahui. Bunyi derap kaki menghampiri bilik menggelisahkan mereka.

"Kau pergi sembunyi dalam tandas !" tolak Tadwini.

Terjengul wajah adik bongsunya di langsir pintu. "Pengantin lelaki dah sampai kak ."

Dap! Dup! Dap! Dup! Jantungnya bergetar kuat lagi. Dia bangun diiringi ibu dan adik bongsunya di sisi kanan dan kiri. Langkah perlahan dibawa menuju ke ruang tamu. Dia duduk menunduk kepala melihat lantai yang putih.

Suasana hening! Hanya detak jantung yang membingitkan diri sendiri.

"Sedia ?"

"Ya ," suara gemersik Irfan yang perlahan seakan menggegarkan tangkai jantungnya.

"Irfan Helmi bin Tan Sri Daniel. Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Tadwini Melia binti Raisyan dengan emas kahwinnya bernilai 15 ribu ringgit tunai ."

Irfan menarik nafas perlahan. "Aku terima nikahnya Tadwini Melia binti Raisyan dengan mas kahwinnya bernilai 15 ribu ringgit tunai ," dengan satu nafas dia melafaz. Kini Tadwini sah miliknya, miliknya yang mutlak.

Irfan bangun perlahan-lahan menapak langkah ke arah pelamin dengan hati yang mengepam laju. Dia memegang dagu Tadwini lalu diangkat. Matanya terkaku ke arah wajah itu, mencuri hatinya sekali lagi hanya dalam satu saat. Bidadari, hanya itu yang mampu terucap di hati.

Dahi itu dicium lambat-lambat, lama. Dia kemudiannya melabuhkan punggung ke atas pelamin. Bibir tersenyum bahagia. Insan yang dicintai akhirnya menjadi miliknya. Dia sudah sah bergelar suami kepada seorang Tadwini Melia yang dulunya kawan karibnya.

Mereka mula melakukan sesi bersalaman. Tangan yang lembut itu dipegang. Tadwini tersembam ke bahu Irfan, dia menutup mulut apabila batunya sudah tidak dapat ditahan. Cecair merah mengalir di antara jari-jemarinya.

"Tadwini, kau okay ?" soalnya kalut. Suasana kini hingar-bingar dikejutkan dengan kejadian yang tiba-tiba terjadi.

"Irfan... aku tak larat... ," suara serak itu menusuk ke cuping telinga.

Irfan tergamam saat isterinya terus batuk mengeluarkan darah sebelum perlahan-lahan merebahkan dahinya ke bahu Irfan. Dadanya terasa akan terhenti.

"Call ambulance !" sayup-sayup dia dengar suara ayahnya berteriak.

Ayasya... itulah gelaran yang ingin dia berikan kepada Tadwini saat gadis itu sudah sah menjadi isterinya. Gadis yang sempurna untuk melengkapinya. Hatinya meraung kuat memanggil nama itu.

Ayasya... tolong jangan tinggal aku lagi. Tak terasa air matanya mula bergenang di kelopak mata sebelum mengalir turun perlahan-lahan. Ayasya !!!

Esok Akind update pula ya... inshaaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience