Bab 42

Drama Series 55275

Helaian nafas yang berat dilepaskan. Apa pun jua yang harus ditempuhi dia akan tempuh! Kerana senyuman puas itu benar-benar memanaskan hatinya.

Qaisara merebahkan diri. Debaran di dada seakan mahu meletupkan dirinya. Dia memegang erat sebilah pisau di tangan kanannya.

APA YANG KAU RAGUKAN?!!! AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KECEWA, PERCAYA CAKAP AKU!

Belaan itu menyeringai tajam menunggu masa yang amat dinantikannya.

Peluh merintik di seluruh badan. Qaisara menggerakkan tangan kanannya perlahan-lahan, bergetaran habis jari-jemarinya. Qaisara memejam mata rapat-rapat.

KAU TUNGGU APA LAGI?! KAU NAK AKU HANCURKAN DIA KAN!

Terimbas bayangan Tadwini di fikirannya. Rasa geram memuncak di hati mengatasi rasa gentar.

"Aku percaya pada kau ," ucapnya lambat-lambat.

Zap.

Darah memancut keluar dari leher jinjang itu. Hilaian ketawa memenuhi setiap penjuru bilik. Belaan tidak bertuan itu merapati, mengeluarkan lidah panjangnya lalu menjilat rakus darah milik 'tuan' nya.

BODOH! BUKANKAH AKU MUSUH YANG NYATA BAGI KAUM SPESIES MU?! HAHAHAHA. BODOH. MANUSIA HINA LAGI BODOH.

Mata tajamnya meliar sekeliling. Tajam seakan-akan mencari mangsa yang seterusnya.

LENYAPKAN DIA? SENANG...

Thanks for ur support ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience