Bab 29

Drama Series 55275

"KENAPA you tak angkat call I semalam ?"

Tadwini yang baru bangun dari tidur meraup lesu wajahnya. "I ada kerja last night ."

Tit. Panggilan diputuskan, malas melayan celoteh Handan di pagi hari. Otaknya masih serabut dengan masalah yang menimpa dirinya. Jujur perasaan bersalah itu memang ada tapi dia puas dapat menyakiti seketul hati Irfan. Rasakan seperti dirasakannya setahun lalu.

Tadwini menggeliat, rambutnya berantakan sekali. Bangun masuk ke bilik air, gosok gigi dan basuh muka. Badannya masih menolak mahu dimandikan. Sejuk! Wudhu' diambil lalu dia menunaikan kewajipannya terhadap Ilahi.

"Meta !"

"Hmmm ,"

Tawa kecil meletus keluar. Tadwini memanjat katil Tanisha, dia melompat.

"Apa ni?! Turunlah !" tolak Tanisha, orang tengah sibuk bermimpi dengan jejaki idaman dikacau daun pula. Nasib buruk betul dapat kembar tak guna.

Tadwini tersengih, mulutnya bergerak melaungkan azan Subuh. Biarlah tak sedap pun, janji Meta bangun.

"Wahai Tanisha Meta, sembahyanglah kamu sebelum disembahyangkan ."

Tanisha merengus, kaki kembarnya yang berada di tepi kepala ditolak kuat. Nasib baik Tadwini sempat menyeimbangkan badan kalau tak, tak fasal-fasal jatuh tergolek dibuatnya. Baru sahaja mulut mahu membebel, Tanisha bangun masuk ke dalam bilik air. Tak jadi mahu tukar kepada mak cik bawang.

iPhone dicapai. Ya Allah, apa yang tunangnya mesej sampai beratus-ratus ni? Inilah yang buat dia serabut, tunang pilihan ibunya selalu spam WhatsApp, habis lag telefon.

Tadwini melempar iPhone ke atas katil, dia mendekati almari besar milik Tanisha dan buka. Terkedip-kedip melihat ke arah beberapa keping gambar lelaki sasa yang tidak berbaju ditampal. Cepat-cepat mata dialihkan, haish... habis ternoda mata. Ini semua Tanisha punya fasal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience