Bab 20

Drama Series 55275

SEDANG enak dia meratah ayam masak merah Restoran Cili Padi, matanya terhenti pada kelibat yang berdiri tepat di hadapannya.

Bibir menguntum sengihan kecil sebelum mempelawa gadis genit itu duduk di sampingnya.

Ayam yang baru sahaja mahu masuk ke mulut diletakkan semula ke atas pinggan.

"Kau makan tak ingat dunia ye ," tawa meletus dari mulut seketul Tanisha Meta.

Tadwini hampir sahaja tersedak, gelas diambil lalu air di dalamnya diminum. Tangan menyua peha ayam ke arah 'kembar' nya.

"How about your interview this morning ?"

Bahu dijongket. "Macam tu lah ." Serentak mereka berdua ketawa tanpa menghiraukan mata-mata di sekeliling yang memerhati mereka.

Beginilah kehidupan mereka, kerap menukar identiti tanpa sesiapa menyedarinya.

Tanisha yang merupakan seorang model selalu sahaja meminta pertolongan Tadwini untuk menggantinya sementara dia pergi berhibur dengan teman lelakinya.

Lain pula Tadwini yang amat senang diperlakukan seperti seorang puteri di mana-mana sahaja dia berada.

Tanisha mencapai garpu, mencucuk ayam lalu disua ke arah sahabatnya.

"Alalala my baby boo. Nah, ambil ni, hadiah sebab gantikan aku wawancara pagi ni ."

Mulut di nganga, Tadwini mengunyah perlahan sambil ketawa.

"Kenapa kau balik Malaysia? Bukan ke kata nak stay dekat negara terbit Matahari tu sampai hembuskan nafas terakhir ke ?" Sakat Tanisha.

Bibir mencemik. Tadwini merampas semula garpu di tangan gadis itu.

"Lah, gurau je ."

Tanisha sengih melihat muka cemberut milik 'klon' nya. Tangan bergerak mencuit pinggang ramping gadis itu.

Dia menepis laju. Namun serangan bertubi-tubi Tanisha tidak dapat dihalang. Tadwini tertawa senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience