Bab 23

Drama Series 55275

BIBIR Tanisha yang beroles gincu setebal satu inci dipandang, berlapis-lapis dahinya berkerut ke arah gadis itu.

"Kau nak pergi mana dandan cantik sangat ni ?" Tadwini bergerak mendekati Tanisha. Alis kening kanan dijongket. Dia peluk tubuh meneliti fesyen baju yang digayakan model Paris itu. Jarang gadis itu bersiap sampai menempelkan foundation Alha Alfa pada pipi gebu nya sampai berkali-kali.

"I nak pergi jalan-jalan ,"

Tadwini menatap jengkel, dah kenapa pula nak guna 'I'. Buang tebiat betul.

"Asal pandang camtu? Ada hutang ?"

Eh, cepat betul model Paris itu berubah. Kepala menggeleng pening dengan Tanisha. Tadwini masuk ke walk in closet, dress bewarna biru laut dicapai.

"Kau nak ikut ke ?" Laung Tanisha dari luar.

"Hmm ." dia mengiyakan. Tubuh yang tersarung baju tidur diganti. Langkah dibawa ke meja solek, malas pula mahu menyolekkan wajah. Akhirnya hanya bedak disapu. Dia mendekati Tanisha yang sudah menunggu di luar.

"Kau ni, cepat sangat bersiap. Tak mandi ke ?"

Hanya sengihan membalas pertanyaan Tanisha. Gadis itu menjerit kecil sebelum menjarakkan diri. Hidung dipicit, patutlah ada bau masam.

"Kau tak boleh macam ni oreo, tahu tak yang ketiak kau tu berbau? Boleh jaga sikit tak ?!"

Merona merah wajah Tadwini. Dia memukul lengan Tanisha. Malu bukan main kepalang, kepalanya menoleh sekeliling takut ada orang yang mendengar perbualan mereka. Keluhan lega meniti di bibir.

"Tahu takut !"

Tangannya lantas menekup mulut celupar yang masih mahu meneruskan celotehan. Tadwini mendengus sebal sebelum kembali semula ke dalam rumah. Lengan diangkat, dia menghidu bau.

Eee, patutlah Meta kata. Memang busuk. Tisu diambil lalu mengesat ketiak. Malas mahu mandi pepagi buta. Ah, siapa tak kenal Tadwini Melia. Pengotor tahap dewa.

TANGAN yang masih melekat kuah ayam dibilas. Tanisha merapikan rambut melalui pantulan cermin di dalam bilik air restoran itu. Tak sangka masakan kampung terlalu enak, untung dia membawa sekali Tadwini yang amat gemar akan masakan kampung. Bolehlah juga perutnya menelan ikan keli berlada. Fuhhh, power!

Kala melangkah keluar, matanya tertancap pada satu susuk sedang membuat pesanan. Mulut ternganga luas sebelum terkedek-kedek dia berlari mendekati meja.

"Melia, aku nampak seorang lelaki muka sebijik dengan gambar lelaki yang kau tak nak jumpa ."

Kalut, bagai lipas kudung Tadwini bangun.

"Aku masuk dalam kereta, kau yang pergi bayar. Bak sini kunci kereta ," tangan merampas kunci yang berada di genggaman Tanisha. Laju sahaja kaki beredar.

Tanisha terkedu. Kurang asam punya kembar, kau gunakan muka aku yang iras dengan kau. Kaca mata yang berada di dalam tas tangan dikeluarkan. Lambat-lambat dia menapak mendekati kaunter dengan kepala tertoleh-toleh ke arah lelaki itu, memastikan dirinya masih tidak ketahuan. Peluh merintik di dahi, hati memaki hamun Tadwini.

"Dik, akak nak bayar meja 3 ," bisiknya. Penjaga kaunter memandang pelik.

"Apa dia kak? Tak dengar ,"

Dia mengetap bibir. "Nak bayar meja 3 ," suara ditekankan. Geram pula dibuatnya, masa inilah juga nak buat pekak.

"75 ringgit kak ,"

Terkedip-kedip Tanisha, apa yang mereka makan hingga mencecah angka itu? Seingatnya hanya ikan keli berlada 5 ekor tambah ayam percik 2 ketul. Apasai mahal sangat?

Tas tangan dibuka, berkerut dahi. Ke mana pula pergi beg aku ni?! Oh My God, jangan buat hal boleh tak?! Kepala yang tidak gatal digaru, aduh! Mana dia ada duit cash!

"Berapa dik ?" suara gemersik dari belakang membuatkannya menoleh. Mata terpaku akan seraut wajah yang tersenyum kecil ke arahnya. Jantung berdegup laju.

Minggu ni straight periksa Mandarin, Akind harap korang boleh faham dengan situasi Akind. Apapun Akind minta maaf atas kekurangan Akind.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience