Bab 30

Drama Series 55275

AIR diteguk rakus. Sejenak dia berhenti mencari nafas masuk ke dalam rongga hidung. Kebelakangan ini Irfan begitu serabut, kerja-kerjanya juga terganggu. Setiap mesyuarat ditangguhkan pada hari lain. Tangan naik meramas kasar rambut, tali leher yang melilit leher dilonggarkan.

“Bos, kenapa dengan you ni ?”

Tersentak akan suara gemersik yang menerpa cuping telinga, dia menoleh ke sisi. Sekujur tubuh ramping kelihatan pada pandangan. Aini.

“Asal bos nampak stress sangat ni ?” Aini menyoal lagi. Pipi kemerahan apabila ditenung lama. Dah lah hot Mr. Irfan ni, nak je aku ngap.

Irfan menghampiri, dahi direbahkan di bahu kanan wanita genit di hadapannya itu. Mata dipejam rapat. Niat mahu menenangkan diri tapi lain pula jadinya bila bau badan Aini menusuk hidung. Dia bangun meninggalkan Aini terpinga-pinga tanpa sebait kata keluar dari mulut.

Langkah longlainya menjadi perhatian. Desah-desus yang kedengaran tidak dihiraukan. Masuk sahaja ke dalam bilik pejabat, badan dihempas lesu ke atas sofa. Mata merenung siling putih, ibarat hatinya yang begitu kosong sekarang. Dia mengangkat tangan lalu menggenggam cahaya yang lurus memancar hangat sinar tepat ke wajahnya.

Telefon bimbit dikeluarkan, aplikasi TikTok dibuka. Baru sahaja mahu melayan TikTok, azan Asar gema berkumandang. Hangat menembus jantungnya yang berdenyut lemah. Fikirannya memutar-mutar. Kerana terlampau sedih memikirkan hal Tadwini, memendam perit di dada tanpa ada yang tahu, kepalanya sudah lama tidak bersujud di lantai menunaikan panggilan Ilahi.

Bodoh. Hati menyumpah seranah diri, senyuman sinis tersungging di bibir mengejek. ‘Lupa Allah senang? Lupa kekasih susah? Bodoh’

Irfan bangun mengambil air suci, keluar dari tandas. Sejadah yang panjangnya 1 meter lebih dan bercorak bunga koko dihampar. Tadwini perlahan-lahan hilang digantikan air mata menemani sembahyangnya.



PIPI yang berbirat penampar dipegang. Dada berombak kasar. “Tan Sri, why did you do this to me ?!”

“You buat apa dengan anak I sampai dia pengsan ?!” bedilnya.

Dahi berkerut. “I tak buat apa-apa pun ,” sangkal Tadwini. Wanita berumur di hadapannya itu sesuka hati sahaja datang mendadak lalu menamparnya tanpa alasan. Ikutkan hati yang membara panas, melekap juga lima jari tangan kanannya di pipi Tan Sri Hana.

“Irfan pengsan petang tadi masa dia solat, I jumpa satu kertas atas meja Irfan penuh dengan contengan nama you .”

Pengsan? Tadwini terpempan. Tak mungkin, masa dia jumpa Irfan sihat aje. Lagipun baru lagi mereka berjumpa.

Tan Sri Hana mengeluh kecil. Terngiang-ngiang racauan Irfan tadi. “Can you visit him? He looks so bad today, just come as a friend. Please ....”

Eh, tadi bukan main garang siap tampar aku. Bibir Tadwini mencebik kecil.

“I don’t mean it. Sorry Tadwini ,” rayu Tan Sri Hana. Untuk anaknya, dia sanggup merendahkan ego. Irfan begitu tak terurus.

Helaan nafas dilepaskan. Lambat-laun Tadwini mengangguk jua walau dia sudah nekad semalam tidak mahu bersemuka lagi dengan lelaki itu. Melihatkan wajah rayu wanita dihadapannya itu tidak sanggup pula.

“Datang je rumah auntie, Tadwini tahu rumah auntie dekat mana, kan ?”

“Hmm ,”

Mata bundarnya mengekor langkah kaki mama Irfan sehingga hilang dari pandangan. Perlahan-lahan pinggul dilabuhkan ke atas kerusi. Irfan pengsan?



IPHONE 7 plusnya tidak berhenti menjerit nyaring. Tanisha mendengus sebal. Orang tengah makan pun nak kacau.

“Siapa tu darling ?”

Muka masamnya serta-merta berubah ceria. “Lambat you sampai harini ,” kepala dilentokkan manja ke bahu Hakim.

“I tanya ni ,”

Tanisha mendecit, “Nothing, just my twin .” Tangan naik merangkul pinggang kekasihnya. Jantungnya seperti selalu, menghasilkan degupan yang laju buat lelaki itu. Ah, dia sudah jatuh cinta berkali-kali buat orang yang bernama Ariel Hakim.


MANA Tanisha ni?! Masa inilah juga dia nak hilang. Mundar-mandir Tadwini di hadapan bilik air. Rambut yang masih basah diraut kusut. Macam mana dia nak pergi ke rumah Irfan kalau kereta sudah digunakan Tanisha?

Tanisha ni pun satu, kalau guna tu tak boleh ke mintak izin? Sekarang tengok apa dah jadi. Tadwini masuk ke walk in closet, baju kemeja putih dan seluar slack hitam disarung. Jepit rambut mutiara disepit antara helai-helaian rambut di sebelah kanan.

Maxim ditempah. Tanpa menyolek wajah, dia terus turun ke bawah dengan handbag ditangan. Tadwini masuk ke dalam perut kereta. Sampai di perkarangan rumah agam Irfan, dia turun. Sudah maklum akan harga tambang, sekeping not 30 dihulurkan.

“Eh kak, 40 puluh ringgitlah kak .”

“Lah, adik kan naik juga kereta. Bahagilah tambang, mana aci. Ni akak dah murah hati 10 ringgit lagi akak tolong bayarkan .”

Senang sahaja jawapannya. Hati ketawa jahat. Cepat-cepat Tadwini beredar ke pagar. Loceng ditekan bertubi-tubi. Muncul seorang lelaki tua berpakaian seragam penjaga. “Adik ada urusan apa dekat sini ?”

Tegasnya, bibir mencemik. “I nak lawat my friend, Irfan .”

“Awak siapa ?”

“Yang sibuk sangat nak tanya tu kenapa? Nak ngurat I? Eew, I takkan setuju lah ada boyfriend seperti you ,”

Pak Cik Lan menggeleng kecil. Pagar dibuka tanpa banyak soal lagi. Malas melayan perangai tak semenggah budak zaman sekarang. Ada ke kata aku yang dah berbini empat orang nak ngurat dia? Perasan betul perempuan diva ni, macamlah dia seorang sahaja cantik.

“Tak elok ngumpat orang dalam hati, berdosa tau tokki .”

Tawa kecil meletus di bibir bila melihat penjaga pagar itu sudah merah padam mukanya. Dia mengekori seorang pelayan perempuan yang ditugaskan menunjukkan arah ke bilik Irfan.

Pintu ditolak perlahan dengan dada yang berdebar secara mendadak. Sekujur tubuh yang berbaring lemah di atas katil besar di penjuru bilik dihampiri. Tadwini tersentak. Tangan naik menyentuh wajah Irfan yang agak cengkung. Bila kulit mereka bersentuhan, dia dapat rasakan badan lelaki itu berada di suhu yang amat rendah.

Pelik, kebiasaannya bila seseorang demam, badannya akan panas bukan sejuk. Ini terbalik. Mata terhenti pada semangkuk bubur di atas meja. Tadwini menyentuh dahi Irfan. Hadir simpati di dalam diri, walau bagaimana pun dia tetap seorang perempuan yang mempunyai hati tisu.

Bubur di atas meja dicapai, sepertinya sudah tidak panas kerana terdedah lama. Tadwini berdiri keluar dari bilik. Tangan menggamit seorang pelayan yang berada berhampiran.

“Boleh buatkan bubur baru ?” soalannya dibalas anggukan. Tadwimi kembali ke dalam bilik. Remote air-cond diambil, suhu air-cond dinaikkan ke 24 darjah Celsius. Gebar yang menutup badan Irfan diturunkan. Sejenak mata tertunak ke arah wajah lelaki itu. Dada kembali berkocak kuat. Ketukan pintu memecahkan suasana yang boleh dipanggil romantis.

Tadwini melangkah ke pintu, pelayan tadi terjengul dengan satu mangkuk ditangan. Tanpa banyak soal dia mengambil lalu dibawa ke meja. Rambut serabut Irfan dielus perlahan.

“Melia...”

Akind dh nk masuk asrama T_T

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience