Bab 22

Drama Series 55275

"NO! Never !" Bangkang Tadwini.

Tanisha mengeluh kecil, dia mendekat.

"Kau nak identiti kita terbongkar ke?! Hei, he knows you. Mesti dia perasan ada perbezaan antara aku dengan kau. Kau ada otak ke tak? Kalau ada fikir !"

Hening. Masing-masing memeluk tubuh membelakangi.

"Meta, aku bukan nak bongkarkan identiti kita. Tapi kalau boleh aku tak nak jumpa lelaki tu ," lemah nada suaranya.

"Kenapa kau tak nak jumpa? Cuba ceritakan dekat aku ," pujuk Tanisha. Dia berpusing mendakap sahabatnya.

Tadwini menggeleng. Dia meleraikan pelukan, bangun menuju ke balkoni.

"Bila temu janji ?"

"Petang ni, dekat Soul of Coffee ."

NAFAS ditarik, Tadwini ragu-ragu. Betulkah apa yang mahu dibuatnya? Berjumpa dengan lelaki yang pernah bergelar kawan karib juga suami tak jadi bukanlah senang.

Langkah diatur masuk. Bebola matanya bergerak meliar mencari satu kelibat.

Tadwini terkedu, kakinya bagai dipaku. Hati berdenyut laju.

Tak, dia mahu beredar pergi! Ini bukan keputusan yang tepat. Tadwini berpusing, kaki dibawa laju.

"Melia !"

Irfan bangun mengejar, lengan gadis itu ditarik. Seketika, tatapan mereka bertaut.

Tubuh itu dipeluk erat, dia hilang kawalan.

"Irfan... "

Dia tersedar. Pelukan dilepaskan. Irfan mengetap lembut bibirnya menatap lama seraut wajah yang membuatkan hari-harinya suram.

Cantik, malah terlihat anggun. Cuma rambut gadis itu yang dulunya tertutup sudah terdedah pada pandangan ajnabi.

"Tak pakai tudung ?"

Tadwini menunduk. Mata dipejam rapat, entah kenapa sekarang dia begitu malu berhadapan dengan lelaki itu.

"Kau tak rindu aku ?"

Kepala digeleng.

Irfan menolak Tadwini rapat ke kereta gadis itu. Tangan mengunci kiri kanan. Bibir basah Tadwini dipagut lembut. Terlalu lembut sehingga gadis itu terbuai.

Dada bidang yang melekat pada badannya ditolak perlahan-lahan. Tadwini menelan liur. Mukanya membahang.

DIA menggeleng buat ke seratus kali, menafikan apa yang terjadi pada petang tadi. Tak mungkin bibirnya sudah ternoda.

Muka ditekup pada bantal, menyembunyikan wajah yang masih merah.

"Kau dah kenapa ni ?" Tanisha ketawa.

Tadwini mencapai tangan kawannya.

"Next time, kau yang jumpa dia ."

Terkedip-kedip Tanisha, jumpa? Kenapa dia pulak?!

"Kalau identiti kita terbongkar pun aku tak kisah, asalkan kau yang jumpa dia !" Tegas suara Tadwini. Dia nekad tidak mahu bertemu empat mata lagi dengan Irfan Helmi.

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-09-17 16:06:03 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience