"I won't accept you! Just f*cking leave me alone !"
Hilaian tawa makin bergema. Qaisara bangun berlari keluar, pintu bilik mamanya yang megah diketuk bertalu-talu.
"Mom! Mom! Are you there ?!" jeritnya lantang. Luruh jantungnya tika ini, serasa mahu tercabut keluar.
Jangan kau takut
Aku tak jahat
Hanya terima aku, itu sahaja yang aku mahukan
Lampu yang terang-benderang menjadi malap tiba-tiba. Qaisara terkulai jatuh, semangat di dalam jiwanya terbang hilang. Merasakan dirinya manusia yang paling tidak bernasib baik.
'Kenapa kau buat aku sebegini Tuhan, tidakkah kau ada sedikit rasa kasihan padaku ?!' dia mempertikaikan.
Haha..
HIHIHIHI...
Sudah ku kata, hanya aku yang bisa menolongmu!
Qaisara perlahan-lahan mengukir senyuman, sinis. Ya, kalau Tuhan tidak mahu menolongnya... Apa salahnya dia meminta tolong dari yang lain?
Dia membuang pandang ke luar jendela. Bulan kemerah-merahan cahayanya. Qaisara menguntum sebuah senyuman lebar, sungguh puas rasa hatinya kala itu.
Tepat di tepi tapak kakinya, kelihatan seekor makhluk berbulu lebat sedang enak meratah darah yang dihidangkan khas untuknya.
"Sedap ?"
Anggukan bertalu-talu diberikan. Qaisara terkekeh-kekeh ketawa. "Aku dah bagi apa yang kau nak, sekarang kau pulak ikut cakap aku !" nadanya ditekan.
Tenang...
Aku akan tunaikan janji aku!
Katakan wahai tuanku
"Jadikan Irfan milik aku !"
Hihi
Permintaan yang mudah
Qaisara sengih. Dia menutup jendela perlahan-lahan. Badan dibaringkan perlahan-lahan, kakinya basah dijilat-jilat dengan rakus. "Jangan kacau aku! Aku nak tidur!"
Baik-baik
Selamat tidur tuanku
Makhluk itu ketawa, ada satu lagi anak adam berjaya disesatkan olehnya. Tunggu, akan aku buat sampai dia kehilangan rasa ingin hidup. Haha.. HAHAHAHA.
Prang! Irfan berpusing, pinggan sudah berkecai di atas lantai. Dia mengerut dahi. Sejak bila pulak dia pegang pinggan?
Ting, ting..
Irfan tersentak. Dia yakin dia baru sahaja mendengar bunyi guli. Matanya menangkap kelibat hitam berlari di pintu dapur.
Allahuakbar! Dia menarik nafas dalam. Mulut terkumat-kamit membaca ayatul kursi. Jangan kau ganggu aku jin! Tanpa izin Allah, tak akan kau bisa apa-apakan aku! Tegas hatinya menutur.
Serpihan kaca yang berterabur disapu, yang besar dikutip. "Aduh !" Irfan membiarkan jarinya yang terkena kaca dibawah aliran pili air.
Matanya tajam melempar renungan maut ke sekeliling. "Kau lemah, terlalu lemah ."
Pangg! Satu lagi pinggan pecah, Irfan senyum. Tahu pulak rasa tercabar. Tak ingat ke dia dengan aku sama je, makhluk Allah jugak.
Sorry lewat update, btw Akind masuk asrama esok pagi. Doakan Akind dapat hantar 3 mukasurat hafazan okeh. Thank you and maaf atas salah silap Akind. Akind doakan semua berjaya dunia akhirat okeh.
Share this novel