Bab 7

Drama Series 55275

"KENAPA dengan kau ni ?!" Tadwini cuba mengawal riak wajahnya. Dia memutar matanya pura-pura berasa geli dengan Irfan.

Irfan ketawa besar. Keningnya dijongket-jongket ke atas menyakat gadis itu.

"Kenapa? Perangai aku pelik sangat ke ?"

"Kau boleh tanya? Kalau kau nak tahu, aku sekarang ni rasa macam kau ada penyakit mental. Tiba-tiba berubah jadi orang yang mesra ," tutur Tadwini selamba walau mukanya sudah merah padam. Memang tak boleh tutup langsung.

Irfan mendekatkan wajah mereka. Acah-acah seperti mahu mencium gadis itu. Badannya ditolak kuat menghempap lantai. Irfan mengaduh sakit.

"Kenapa kau tolak aku ?"

"Dah kau macam nak tu je aku ,"

Irfan tertawa lagi, dia bangun semula. Baru sahaja kaki mahu mendekat,

"Stop! Kau berdiri dekat sana, kalau tak aku report dekat Ariel yang kau nak sentuh aku ."

Langkahnya terhenti, Irfan berpatah ke mejanya semula. Hadir rasa satu perasaan aneh pabila Tadwini menyebut nama lelaki itu.

"Pergilah beritahu, aku tak kisah. Satu lagi, kalau kau dah suka dekat lelaki tu kata dekat aku. Aku jenis tak suka kejar orang yang tak suka aku ," suaranya ditekan. Berselirat penuh maksud kata-katanya. Dia mendesis sebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience