Bab 31

Drama Series 55275

MATA bertaut, lama. Bibir Tadwini mengukirkan senyuman janggal tanpa sedar. Irfan menahan tangan Tadwini yang mahu dilarikan. Tangan naik merangkul leher jinjang wanita itu lalu ditarik merapat. Wajah Tadwini sudah merona merah. Hembusan Irfan tepat ke hidungnya, membuatkan hati berlibang-libu.

"How dare you..."

Ha? Tadwini terpempan, dia ada buat salah ke dengan lelaki itu? Seingatnya tiada.

"I want to hate you but I can't ," tutur Irfan lemah. Mahu sahaja dia menterbalikkan perasaan yang terlalu dalam buat wanita itu. Namun sepertinya ia tidak akan pernah terjadi.

Dahi Tadwini berkerut. "Kau merepek apa ni ?"

Jantungnya seakan meledak saat bibir mereka bercantum. Mata membulat sempurna. Terasa cecair hangat menyentuh pipi, Irfan menangis?

Irfan melepaskan bibir mungil Tadwini, senyuman kecil menguntum di bibir. Senyuman yang menyembunyikan segalanya.

Maafkan aku telah melanggar aturanMu. Aku hambaMu yang hina. Hati meminta maaf, terasa dirinya begitu kotor namun bibir merah Tadwini terlalu mempesonakan hingga halal haram tidak difikirkan. Sekali lagi senyuman diberi pada Tadwini yang masih kelihatan terkejut sebelum dada mula berombak kasar. Saluran nafasnya bagaikan tersepit, menghalang peparu menerima oksigen. Pergerakan jantungnya melemah.

Mata terpejam rapat. Dunianya kini gelap gelita.

Mundar-mandir Tadwini keresahan di hadapan bilik wad. Kepala yang berdenyut dipegang. Muncul Tan Sri Hana.

"Macam mana kondisi Irfan ?" Soal Tan Sri Hana. Hatinya cemas tak usah dikata.

"Tak tahu ,"

Keluhan kecil serentak keluar dari mulut kedua-dua wanita itu. Fikiran Tadwini mula jauh melayang. Akhirnya dia duduk di kerusi. Kening bercantum rapat. Sebelum Irfan tidak sedarkan diri tadi, gerak geri bibir lelaki itu seperti mengucapkan sesuatu.

IRFAN bangun, sekelilingnya hutan belukar. Mata terhenti pada satu susuk tubuh tersenyum lebar. Wajah cerah yang memegunkan, bulu mata yang lentik dan bibir merah bak delima. Sunguh seiras seperti Tadwini, cuma gadis di hadapannya itu kelihatan lebih muda, memakai baju dan tudung putih yang menutup auratnya.

"Assalamualaikum ,"

"Waalaikumusalam ," lambat-lambat Irfan menyambut salam si gadis. Kening terangkat ke atas.

"Kenal saya ?"

Kepalanya menggeleng laju. Berkerut dahi Irfan menatap lama ke arah gadis itu.

"Saya bakal isterimu, wahai Irfan ."

Irfan tersentak. Bakal isteri? Tak mungkin secantik itu bakal isterinya.

"Ayo bangun, aku sedang menunggumu di sana ."

Sana? Di mana? Kepala menoleh ke belakang, namun hanya semak samun menyapa pandangan. Tiba-tiba badannya ditolak kuat. Irfan menjerit nyaring di dalam hati.

Sinar lampu menusuk mata. Dia tersedar ke alam realiti. Kelihatan Tadwini berdiri di penjuru bilik menatap risau ke arahnya. Wajah gadis tadi dengan Tadwini bersilih ganti menyapa benaknya. Mereka orang sama ke? Tak mungkin.

Dadanya ditekan kuat oleh seorang lelaki berpakaian putih di tepi. Terbahak-bahak dia batuk. Tadwini menghampiri bila doktor meninggalkan ruangan.

"Kau okay? Masih sesak nafas ?"

Tidak larat mahu membalas, hanya gelengan menjadi jawapan. Irfan rasa mahu kembali ke sana, bertemu gadis yang begitu mempesonakan. Tutur katanya sopan ditambah lesung pipit di pipi bila tersenyum lebar.

"Irfan ," panggil Tadwini perlahan bila kata-katanya tidak diendahkan.

"Hmm..."

"Kau okay ?"

Mata dibuka. Kepala menoleh ke sisi, buat kali kedua mereka bertembung empat mata dengan begitu dekat. Wajah gadis tadi dibandingkan dengan Tadwini, iras. Cuma beda adalah sikap mereka. Satu lembut, satu lagi kasar. Tanpa sedar jantung Irfan mula berdegup kencang.

"Siapa kau ?"

InsyaaAllah, malam ni Akind update, stay tuned. Tinggal dalam beberapa bab je lagi, tq masih sudi baca. Akind singkatkan sebab Akind nak cepat ii tamatkan novel ni, tkut x sempat sebab asrama dh nk buka. 24 hrbulan ni Akind kena simpan dh telefon, parents x bg guna. So minta maaf sebab nmpk singkat, Akind terpaksa ya. Tp x au kalau sekolah x jd nk buka. Akind rindu asrama je, x rindu sekolah hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience