Bab 11

Drama Series 55275

HATI bergelojak panas. Penghawa dingin dibuka, badan direbahkan ke atas katil. Suara Ariel masih terngiang-ngiang di telinganya. Bagai lelaki itu baru menuturkan kata-katanya tadi.

"Aku abang angkat Melia merangkap her future husband, kau jangan nak menggatal dengan dia. One more, aku tak suka kau rapat sangat dengan dia ."

Irfan mengetap bibir. Buku limanya dikepal. Mata dipejam erat-erat mengusir kata-kata itu dari terus melintas di ruang benaknya.

Wait Ariel, I'll prove that I will be her future husband too.

MATANYA mengekori perbuatan Irfan yang serba tak kena. Mundar mandir di depan meja selama setengah jam, pening dibuatnya.

"Kau asal ?"

"Obat, aku nak obat ." Kasar suara Irfan.

"Obat? Kenapa ?" Aneh, tiba-tiba je mamat ni nak obat? Apa kejadah pula ni?

"Kepala aku !" Irfan menjerit kecil, terenjut Tadwini di tempatnya. Gadis itu bangun menapak menghampiri.

"Obat apa? Kau letak dekat mana ?" Soalnya perlahan.

"Aku letak dalam laci, tapi tak ada! Dari pagi tadi dah cari ."

Dia bergerak ke meja. Laci ditarik. Matanya membulat sempurna melihat penuh bungkusan obat di dalamnya. Mata dikalihkan ke arah Irfan.

"Kau sakit apa? Kenapa aku tak tahu pun ?!"

Irfan melabuhkan punggung di atas sofa, pelipis kening dipicit. Nafasnya sudah tidak teratur. Dada berombak kasar. Denyutan di kepala bagai mahu memutuskan semua urat di badannya.

Satu bungkusan obat diraih, dia memandang nama obat yang tertera. Tubuhnya membeku sejenak sebelum mata menatap tidak percaya.

"Tell me, sejak bila kau ada penyakit otak ni ?!"

Kaki merapati, Irfan yang kelihatan lemah direnung. Sayu meragut tangkai hati.

Mereka sudah bertahun-tahun lamanya berkawan namun lelaki itu tidak pernah memberitahunya soal ini.

"Kenapa kau rahsiakan dari aku ?" Soalnya lagi, tangan perlahan-lahan mengelus kepala Irfan. Mungkin boleh meredakan sedikit sakit kepala yang dirasakan oleh lelaki itu.

"Stop Melia, jangan gosok kepala aku ,"

"Eh, asal pulak ?"

"Kau boleh tanya kenapa ?" Irfan mendesis halus. Dia mendongak bertentang mata. Hening. Tanpa sedar kepalanya semakin merapati wajah Tadwini.

Dada bidang itu ditolak. Matanya membulat besar.

"Kau nak buat apa ?!"

Tangan Tadwini dipegang lalu dicium sekilas. Gadis itu pantas menarik.

"Siapa bagi kau buat macam tu ?!"

"Aku ,"

"No, takkan ada yang boleh sentuh aku melainkan husband aku ," ucap Tadwini tegas.

"And then let me be your husband ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience