Bab 6

Drama Series 55275

PENING kepalanya memikirkan sikap Tadwini yang mendadak berubah. Irfan merengus kesal. Kini mereka sudah jarang melepak bersama.

Irfan mengurut pelipis keningnya. Dia bangun beredar ke pantri. Matanya memandang ke arah Tadwini yang duduk di meja. Namun langkahnya terbejat pabila muncul Ariel di sebelah gadis itu.

Matanya menatap lama ke arah gadis itu yang kelihatan ceria. Rahang diketap erat.

Dia berpatah kembali ke singki, tangan ligat membancuh nescafe. Laju dia meneguk air panas itu. Apalah panas sangat mahu dibandingkan dengan hatinya ini. Cawan dibasuh sebelum dia bergerak kembali ke bilik kerjanya.

Tadwini didail. Panggilan bersambung.

"Masuk bilik aku sekarang ."

Selang beberapa minit, terjengul wajah Tadwini di celah pintu kaca. Wajah yang biasanya beriak teruja itu tiada. Irfan benci dengan Tadwini yang sekarang.

Tangannya menunjuk ke arah sofa yang bertentangan dengan tempat yang didudukinya. Akur, Tadwini melabuhkan punggung. Kening gadis itu terangkat ke atas sambil mata bulat itu memandang pelik ke arah Irfan.

"Ada apa? Aku tengah makan tadi ,"

"Kenapa kau berubah ?" Tanpa berkias Irfan menyoal.

"Berubah? Tak ada lah ."

"Aku nak kau yang dulu ," ujar Irfan lagi.

Tadwini bingung. Terkedip-kedip matanya, otak cuba mencerna kata-kata sahabatnya itu.

"Asal tiber sangat ni? Kau sakit ke? Makan ubat tak lagi ?"

Irfan mengetap bibir. Dahi Tadwini dijentik geram. Dia bangun bergerak ke tepi gadis itu.

"Kenapa sekarang kau dah tak cari pasal dengan aku? Cuba curi perhatian aku? Aku suka dengan Tadwini yang dulu ."

Tadwini Melia tergamam. Gadis itu mematahkan tautan mata mereka berdua. Hatinya berdenyut laju. Mulut terbuka sedikit, terkejut dengan kata-kata yang meluncur keluar dari bibir Irfan.

Irfan tersenyum kecil. Matanya tidak berkalih dari memandang wajah gadis genit itu.

"Boleh kan... ?" Leret sahaja Irfan menutur kata-katanya.

"Cabaran kau hari tu, aku nak sahut ," bisik Irfan tepat di cuping telinga Tadwini.

Aura yang terbit dari Irfan amat besar. Tiba-tiba sahaja Tadwini berasa gerun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience