Bab 41

Drama Series 55275

"Bodoh!! Bangang! Binatang!!!" Qaisara menyumpah seranah, badannya bergetar menahan amarah.

PEREMPUAN MACAM DIA TAK LAYAK HIDUP! Makhluk hodoh itu berbunyi, memprovokasi si tuan. Melihat wanita itu terketap-ketap gigi membuatkan dia mengilai suka. Senang betul cicit Adam terpedaya. HAHAHAHA.

"Kau bunuh dia sekarang! Aku tak nak tengok dia senang !" jerit Qaisara geram.

GADAIKAN NYAWA KAU DAN AKU AKAN GANTIKAN NYAWA KAU DENGAN DIA. Makhluk hodoh itu tertawa lagi.

Qaisara terdiam. "Kau janji aku dapat semula nyawa aku ?"

JANJI TUANNN!

Qaisara tertawa bebas. Dia tersenyum licik. Jangan harap kau akan bahagia Irfan.

.
. .

Tidak terasa masa terus berdetak-detik, tersedar bahawa setiap saat ialah detik yang baru. Irfan bangun beredar dari balkoni menuju ke katil. Telefon yang terletak elok di atas tilam dicapai, rasa rindu mencengkam dada.

Kebelakangan ini Tadwini sudah jarang keluar dengannya. Kalau dihitung hari, sudah hampir seminggu lebih mereka tidak bersua. Bila ditanya katanya sibuk. Sibuk apa entah masa sakit-sakit macam ni, omel Irfan.

Dia menyentuh skrin telefon mendail nombor Tadwini.

Tek... 'The number you have dialed is not available, please try again later...'

Dia mendail sekali lagi. Panggilan bersambung, Irfan mengukir senyuman kecil.

"Assalamualaikum ."

Panggilan sunyi sementara sebelum dipecahkan suara di sana menjawab salam.

"Hmm, Tadwini. Kau... nak keluar mana-mana tak ?"

"Ada, aku ingat nak pergi tasik dekat rumah aku ni haa ,"

"Tasik aje ?"

"Yelah, habis tu nak pergi mana lagi? Bosan dah, lagi pun hidup tak lama. Baik merenung ciptaan Tuhan, dapat pahala ," ucap Tadwini diakhiri tawa kecil.

Irfan terdiam.

"Haish, aku gurau aje. Kau jangan ambil serius sangat ," Tadwini gusar. Menyesal pun ada kata seperti itu.

"Tak ada lah, aku ok je. Jom keluar nak? Kau tak rindu aku ke ?"

Pipi Tadwini merona merah. Ah! Budak Irfan ni, memang taklah dia nak mengaku yang dia rindu.

"Tak ."

Irfan menjuih bibir. Orang dah mengaku masih nak jual mahal. Tak rindu tapi rindu!

"Ikut kau lah, yang penting sekarang aku nak bawa kau pergi jalan-jalan ."

"Alright! When and where ?"

.
.
.

Kereta Audi bergegar kala sebatang tubuh badan masuk ke dalam kereta. Irfan memandang ke sisi, dia terpana. Wajah bujur sirih itu menggegarkan hati kecilnya.

"Kau pandang-pandang kenapa? Aku tahu la aku cantik ," rengek Tadwini. Jelas reaksi kebanggaan terbias di wajahnya.

Irfan memulakan panduan. "Ya, kau memang anggun ."

Tadwini menoleh ke tingkap menyembunyikan wajah yang kemerahan. Suara itu perlahan namun cukup jelas masuk ke pendengarannya.

Sedar-sedar mereka sudah sampai ke destinasi, Tadwini menatap teruja ke arah langit. Kepekatan malam terlihat indah nian dipenuhi bunga api. Dia menoleh ke sisi, lelaki itu hanya menyenget bibir menguntumkan senyuman.

"Kau buat khas untuk aku ?"

Irfan mengangguk perlahan. Dia menutup mata Tadwini menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya menyeluk poket kemeja.

"Suprise !"

Tadwini terjeda melihat satu kotak baldu merah kecil di tangan Irfan.

"Mencintai tanpa memiliki, bermimpi tanpa menjadi kenyataan, aku benci kita terus dalam keadaan sebegini. Jadi Tadwini, sambut huluran kuntuman bunga cintaku, agar hajat di dada ini akhirnya kesampaian..." lembut dia menutur bicara. Mata itu ditatap dalam.

Tadwini terkedu. Dapat dia rasakan perasaan lelaki itu melalui tatapannya. Tatapan jelas yang penuh kasih sayang.

"Aku sambut ."

Senyuman mekar di bibir masing-masing. Moga kali ini tak serupa dahulu.

3 chapters left! Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience