Bab 3

Drama Series 55275

PESANAN ringkas yang diterimanya dipandang. Berkerut dahinya. Alamat yang diterima itu direnung lama. Bangunan lama yang agak tersembunyi di dalam hutan. Jaket hitam disarung pada badan. Dia keluar dari perut kereta. Pistol sudah dipegang sebagai langkah persediaan jika ada lawan. Matanya tertancap pada pintu bilik yang terbuka luas.

"Rugi kalau kita tak ratah dia ni ." bergema suara itu seiringan ketawa beramai-ramai.

Irfan Helmi menyandar pada dinding, fokus dengan perbualan mereka. Bila dengkuran kedengaran, laju sahaja dia masuk. Irfan menembak semua lelaki yang sedang terbaring elok di tepi kerusi yang mengikat Tadwini. Kelihatan wanita itu cemas.

"Jangan takut, aku Irfan ." dia membuka mask hitam yang menutup wajahnya.

Tadwini Melia terkejut. Pistol? Sejak bila Irfan ada pistol?

Irfan membuka pelekat mulut dan ikatan tangan kaki Tadwini. Melihat keadaan wanita itu yang lemah, diangkat Tadwini lalu diletakkan ke dalam perut kereta.

"Nak pergi mana ?"

"Rumah ." sepatah Irfan menjawab.

"Kenapa tak hantar dekat hospital je ?"

"Kau tak payah bunyi, senyap je ."

Irfan sebenarnya dah lama perasan yang Tadwini menyukainya. Tapi dia malas melayan. Buat apa layan, nanti orang kata kita bagi harapan palsu pula kan? Memang tiada secebis pun perasaan cinta buat wanita itu. Entah kenapa.

"Kau ni.. " Tadwini terhenti bila perasan akan renungan tajam yang datang dari pemilik mata hazel itu. Keluhan kecil terbit dari bibirnya.

Sampai sahaja dirumah, dia memapah Tadwini masuk ke dalam rumah gadis itu. Nasib baik wanita itu tidak tinggal bersama keluarganya. Doktor peribadi dipanggil.

"Nanti doktor datang. Kau duduk sini diam-diam. Aku nak settlekan masalah aku dulu ."

Tadwini terpinga-pinga ditinggalkan sebegitu. Ceh! Tak guna punya kawan. Rasa nak maki pun ada. Dia pasrah sahajalah kalau perasaan ini dia harus pendam buat selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience