Bab 17

Drama Series 55275

"AKU minta maaf, rasanya kita berhenti setakat ini ,"

"Kau... Kau prank aku kan ?!"

Irfan mengeluh, dia mencapai jari jemari runcing Tadwini.

"Aku tak minta semua jadi macam ni, daddy aku dah balik. Aku nak settle masalah dengan dia dulu, aku takut tak sempat nak buat persiapan perkahwinan kita ." Jelasnya.

"Apa kaitan masalah daddy kau dengan wedding kita ?!"

"Melia... Aku harap kau faham. Kau tahu aku ada problem dengan daddy aku. Kepala aku jadi serabut nak fikir dua benda pada satu masa. Lagipun kau tahu aku ada penyakit mental kan ?"

Tadwini terkedu, dia menjauhkan diri. Tatapan Irfan yang redup dibalas.

"Serabut? Wedding kita serabutkan kau ke ?" Soalnya perlahan.

"Kau dah tabur janji dekat aku! Aku tak kira !"

"Melia, I'm sorry ." Susunnya sepuluh jari, Irfan tarik Tadwini.

"Mari aku hantar kau balik ,"

Tadwini membentak, dia cuba merungkai cengkaman Irfan. Dada berombak kasar. Akhirnya mereka berhenti tidak jauh dari kereta lelaki itu.

"Aku tahu kau ada penyakit mental, tapi kau kena atasi! Bukan pasrah macam ni aje, lagipun kita dah nak kahwin ," dia berhenti sejenak. Nafas ditarik dalam.

"Fine! Kita putus !" Sontak, Tadwini beredar laju meninggalkannya.

Irfan terkaku di tempatnya. Tangan bergerak memegang dada. Perit. Maafkan aku Tadwini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience