Bab 24

Drama Series 55275

KEKOK. Mereka berjalan menyusuri tasik yang berdekatan dengan restoran tadi. Akhirnya suasana hening itu dipecahkan dengan suara Irfan.

"Kau buat apa dekat sini ?" Soalnya, walhal terang lagi bersuluh gadis itu pergi mengisi perut.

"Makan ,"

Mulut Irfan membentuk '0'. Mata hazelnya terhenti pada lori aiskrim yang membunyikan loceng. Kebetulan sungguh.

"Kau duduk dekat bangku tepi pokok tu, nanti aku mari semula ," arahnya. Kaki dibawa laju mendekat.

"Bang, ada perisa apa je ?"

Sebuah buku menu dihulurkan kepadanya, tangan menyambut. Dia menunjuk dua jenis aiskrim. Selang beberapa minit, abang penjual aiskrim itu memberi. Sekeping not hijau cerah dibagi, tanpa menunggu pulangan baki wang, Irfan beredar.

Punggung dilabuhkan di sebelah Tadwini. Dia menghulur kon aiskrim.

Tanisha mengetap lembut bibirnya. Coklat? Ah, dia suka strawberi. Lambat-lambat tangan mencapai jua, lidah menjilat sedikit.

Aneh, kenapa gadis itu kelihatan terpaksa? Keningnya bercantum rapat.

"Kau dah tukar selera ?"

Tiada sahutan, Irfan merampas kon yang berada di genggaman Tanisha, menyebabkan kulit mereka bergesel.

Tanisha tergamam kala melihat aiskrim yang sudah dijilatnya dimakan oleh lelaki itu. Manakala aiskrim vanilla milik lelaki itu diberikan padanya.

Matanya terkaku pada wajah yang selamba me'ngap'. Seakan terpukau akan lelaki yang duduk tepat di tepinya. Tanpa sedar, serasa rama-rama berterbangan di dalam perut.

PELIK, sudah hampir setengah jam namun Tanisha masih tidak memunculkan diri. Hati mula berasa gelisah, entah-entah kembar yang tidak diakuinya itu berada dalam bahaya.

Dia keluar, kaki berlari masuk ke dalam restoran. Tiada. Ah! Ke mana perginya adik kesayangannya itu?

Mahu menangis pula rasanya, Tadwini terus mencari susuk tubuh model Paris itu. Lidahnya kelu menatap kepada sepasang kekasih yang merenung ke dada langit. Meta...

"MINTA maaf tho, aku sakit perut ."

Tadwini hanya mengangguk dan mengukir senyuman kecil. Stereng dikawal, pedal minyak ditekan. Sayu, marah, semuanya bercampur. Tak, dia tak boleh salahkan Tanisha, bukankah dia punca yang menyebabkan semua ini?

Sampai sahaja, Tadwini terus keluar menonong masuk ke dalam rumah. Dia menghempas badan ke atas katil, wajah ditekup. Sesal. Tapi memang hatinya tidak boleh dinafikan masih mengingati bagaimana dia diperlakukan dahulu. Perit. Namun sekarang tiada apa yang mampu dilakukannya. Ya, just follow the flow. Perlahan-lahan mata terlelap kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience